Selamat Tinggal 2011...Banyak kisah2 yang mengajar..

Thursday, December 29, 2011
Muhammad Jazli Hassan suatu nama pemberian sepasang suami isteri yang sentiasa sabar dengan perangai dan kerenah anaknya yang punyai pelbagai ragam yang mahu mencuba setiap apa yang ada di muka bumi.Biarpun saya sentiasa menangis tiap kali saya tak mampu untuk capainya.saya tahu agak sukar untuk saya terus berjalan mencapai apa itu MATLAMAT?....2011 adalah suatu detik di mana banyak suka duka yang saya tempuhi..bukan mudah saya setabahnya saya berjalan untuk suatu pengembaraan 2011..Terima kasih pencipta kerena di berikan umur yang panjang untuk berjalan dalan suatu perjalanan yang penuh erti yang warna-warni yang mengajar saya semakin matang...

Saya Tak mampu Lagi Awak... :)

Wednesday, December 28, 2011

heeee lama dah tak tulis Blog....saya rasa semakin saya ke depan semakin hebat setiap cabaran.Terdetik dalam hati nak jadi seperti zaman kanak2..satu persatu di tempuh setiap kali mahu mencapai puncak pasti ada silapnya hampir jatuh dan musnah..hidup ini telah membuat saya menangis dan terus menangis...saya cuba untuk lakukan ada saja penghalang yang datang...dulu saya nak berlakon filem MAK saya tak kasi "MAEL LAMBONG"...sekarang bagus Handphone hilang plak....banyak incoming job semua bulan satu..nak tukar simcard no sama...nak di jadikan cerita Tak tahu siapa yang registerkan no tue dulu....dammmmm!

Monolog "AKU YANG GEMUK".... BY :JAZZEL @ka Jazli

Tuesday, December 20, 2011
Aku Gemuk..Gemuk bukan suatu kekalahan tapi inilah anugerah terhebat yang perlu aku hargai,Ini bukan kelemahan tapi inilah keistimewaan,Ini bukan tangisan tapi inilah kesyukuran..Jangan engkau melihat aku serendah itu.Jangan melihat aku dengan mata yang penuh penghinaan.kerana penghinaan mengajar aku tentang kejujuran dalam setiap olah tubuhku.Bukan mimpi tapi inilah kenyataan.Tak mampu lagi aku tangisi setiap penderitaan aku.Bukan masanya Aku sesali pada penciptaan terhebat ini.hahahahaha..

Terima kasih Pada kawan-kawan serta peminat...anda memang terbaik..

Saturday, December 17, 2011
hye semua.GAMBAR DI ATAS ADALAH ORANG GEMUK DAN GEMUK DAN MASIH GEMUK LAGI..rasanya saya nak ucapkan terima kasih banyak2 pada kawan2 serta peminat2 yang banyak berikan sokongan dan tak putus2 memberikan sokongan...Dari muncul untuk short scene KUMAN MENTOR3,MHI LIVE tv3,Melodi LIVE tv3 dan pelbagai lagi kawan yang berlapis-lapis masyarakat....terima kasih juga buat kawan Facebook yang banyak memberikan komen2 membina serta ada juga yang negative...itu semua pembelajaran bagi saya...tak terdetik untuk mengatakan saya hebat atau mengejar sesuatu populariti....saya cuma mahu mencari setiap kelebihan yang tersembunyi...

JAZLI & DIDI Mencari Fomula...



hehehehehhe si gemuk dan sikurus..nampak macam komedi tapi ada banyak tersembunyi antara kami berdua..kami terus mencari tahap kemampuan bakat masing2..kami pernah di hina dan pinggirkan atas dasr CABLE....ehehehe tapi kami jujur untuk berkarya bukan nak semata-mata mengejar populariti..terima kasih pada pihak2 yang memberikan kami peluang untuk berjalan setapak demi setapak....

Saya Mahu Ke Tahap Seterusnya...

Sunday, December 11, 2011
menulis dan terus menulis ini adalah luhan saya bila kita berada pada seseuatu perasaan yang tak pasti..bukan senang untuk berjalan dengan perjalanan takdir yang telah di tetapkan..usaha dan terus berusaha...menanti realiti dengan kebenaran agak sukar...banyak halangan bertubi dan adakalanya sehingga mahu berputus asa...namun takkan jemu mencari setiap keistimewaan yang ada dalam tubuh ini untuk terus berjalanan dalam perjalanan yang sukar...

SELAMAT HARI JADI CIKGU ZULHUZAIMY... :)

Sunday, December 4, 2011
Dahulu dari seorang yang tak tahu erti lakonan..hanya melihat depan kaca TV orang lain berlakon tak terfikir dengan ilmu yang di berikan barisan cikgu2 serta antara cikgu zulhuzaimy yang banyak membantu memberikan ilmu itu...dulu dalam class saya antara pelajar yang tak faham sangat apa kegunaan ilmu yang cikgu berikan...sentiasa blur..baru saya faham setiap ilmu2 itu sangat berguna...setiap lakonan sangat memerlukan suatu kejujuran dalam menyampaikannya...terima kasih cikgu ZULHUZAIMY....terima kasih juga pada barisan2 cikgu yang mengajar....saya belum hebat lagi dan saya sentiasa mencari keunikan yang penuh kejujuran.. :)

"OMBAK RINDU" ingatkan saya pada Tragedi.. :(

Saturday, December 3, 2011
semua yang terjadi pada hari ini dan siapa aku hari nie...ini adalah kerana CINTA...seringkali aku meronta mencari sesuatu kerna aku sering mengingatkan suatu peristiwa yang akan aku ingat sampai bila2.....bukan suatu kisah senang untuk di buang tapi inilah kesannya sehingga aku mahu mencari setiap segi dalam oleh tubuh yang lemah ini..CINTA OH CINTA aku sumpah dengan apa yang aku tempuh akan aku jadikan diri ini mengharunginya dengan penuh ketabahan...aku bukan seorang lelaki yang penuh dengan kepura-puran...aku tahu aku tak layak mencintai sesiapa tapi aku akan cintai diri ini dan mencintai pencipta dengan seikhlasnya...

Mungkin Ini Takdirku... :)

Thursday, December 1, 2011
berjalan dan terus berjalan....sambil berjalan kadang2 menitis air mata kesedihan semakin susah untuk mencapainya..berfikir luar dari pemikiran biasa ada sesuatu yang amat merumitkan..kawan2 lain sedang asyik bergembira dengan kekasih hati,dan pasangan masing2 dan ada juga yang sudah beranak pinak....saya telah menjudikan seuatu yang agak mencabar sehingga terpikir mengapa dan kenapa....mungkin saya di lahirkan untuk mencabar diri saya atau mencari setiap yang tersurat...

Filem 1 lawan 1 Pertemukan Jazzel Dan Piere Andre.....

Friday, November 25, 2011
hye!...lama sudah saya tak menulis blog saya...rindu beb nak menulis..terima kasih walaupun blog saya bersahaja tapi ramai sudah datang melawat dan ada juga yang iri hati dengan blog saya...apa2 pun semua ini ada permulaan terbaik saya dalam karier sebagai seorang pelakon...FILEM 1 lawan 1 menemukan saya dengan pengarah serta pelakon terkenal dan sering di sebut Piere andre...dulu masa tak join bidang nie saya just melihat depan Tv jek...tapi selepas berusaha belajar dan berusaha yang terbaik berjumpa juga dengan pengarah dan pelakon ini...

Saya Hampir Bunuh Diri Dari Rooftop

Saturday, November 19, 2011


pengalaman demi pengalaman saya dapat selama saya ceburkan diri dalam industri yang penuh warna..ramai ingat nak jadi pelakon mudah..terus terang bukan semudah menyusun abjad untuk di jadikan perkataan,tapi sebabkan minat yang mendalam saya suka belajar dan terus belajar..."ADUL MENCARI CINTA"...ehehehe inilah telemovie yang banyak kontreversi dan politik dalaman....apa2 pun semua pengalaman yang ini saya jadi sebagai rujukan..

"DIA" penulisan dari Isi Hati (Part 1 )

Monday, November 7, 2011

Menerusi jiwa yang lara sungguh indah perasaan ini.Bila terkenang saat itu sangat indah penilaian perasaan yang menyimpan satu makna…bila melihat sepasang mata yang sangat menakjubkan hati ini merasakan suatu perasaan yang sangat kagum penciptaan kebesarannya.mungkin ini adalah takdir yang telah tersurat untuk seorang hamba Allah yang mengejar suatu matlamat dalam kehidupan.Bukan mudah untuk hati kecil ini bermain dengan suatu rahsia perasaan yang tiada kepastian.Dia adalah inspirasi yang di anugerahkan tuhan untuk aku hargai.Bukan suatu permainan yang tiada penghujung.Namun dengan tercipta DIA menjelmalah suatu semangat yang mengingatkan aku tentang suatu perasaan.bila aku melihat sepasang mata itu aku terlihat suatu rasa atau luahan yang menyatakan DIA adalah ujian atau sebaliknya.terdetik setiap saat terpikir sejenak siapakah DIA?..

Pembelajaran mengajar saya sesuatu

Thursday, November 3, 2011

berjalan dengan kehidupan yang penuh liku2 ini bukan semudah yang di sangka...saya semakin belajar banyak benda baru dan semakin mengenali setiap yang tersirat..yang kaya akan terus mencari kekayaan dan yang miskin akan terus menagih simpati pada yang berkemampuan..inilah takdir semkin kita mengenali kehidupan semakin kita mengetahui segala yang kita bakal rasai... YA TUHANKU ENGKAU MUDAHKAN SETIAP PERJALANAN HAMBAMU INI,.....huhhhhhh saya semakin merasai kegagalan...tapi saya cinta apa yang saya lakukan sekarang...tunggu dan lihat setiap yang terjadi..bukan mudah untuk meniti sebuah titi yang usang dan rapuh.....belum tentu kita mampu melangkah sehingga ke akhirnya...

1/11/11 hadiah Birthday saya paling bermakna jumpa si "DIA".

Monday, October 31, 2011


asalamualaikum/salam sejahtera....... 1/11/2011 atau 1/11/11 suatu nombor atau angka yang memberikan seribu kenangan yang terbaik buat saya..selama ini saya rahsiakan siapa pendorong atau inspirasi untuk saya terus berjalan dan semakin maju ke hadapan.....inilah orangnya....saya jumpa dia semasa lepak bersama kawan2.....pelik sebab dia suka pakai kacamata yang besar...macam orang tua jek tengok...tapi sebenarnya tuhan berikan suatu semangat inspirasi yang saya tak tahu nak terangkan macam mana...

Cerita Sebalik Jazli & PILIH KASIH 3 bersama ROSYAM NOR,

Saturday, October 29, 2011




asalamualaikum/salam sejahtera semua pembaca blog saya...waaaaaa!akhirnya lepas kerinduan saya beraksi atas stage..seronok sangat dapat beraksi di BUKIT TINGGI KLANG..seronok dapat berlakon dengan seorang shabat Didi firdaus yang berpengalaman dan banyak berikan tunjuk ajar.walaupun saya tak mampu lagi nak follow sejauh dia skill lakonan saya cuba lakukan yang terbaik..akhirnya persembahan kami mendapat tepukan yang gemuruh dari penonton dan pengunjung shooping mall bukit tinggi..

Terima kasih En Ahmad Idham berikan Peluang Dalam "MAEL LAMBONG"

Sunday, October 23, 2011

Syukur alhamdulillah.....setiap usaha pasti akan ada hasilnya.Niat asal temankan sahabat...dah berputus asa Sebab casting MAEL LAMBONG hanya mencari pelakon yang boleh buat stunt.Melihat badan yang GEMUK hanya mampu mengankat kaki hasil pengalaman taekwando zaman2 sekolah rendah..namun berkat kawan DIDI FIRDAUS niat nak membantu memberikan profile pada Abg AHMAD IDHAM memberikan suatu peluang untuk saya belajar sesuatu yang baru ke level seterusnya untuk pencapaian peribadi...terima kasih banyak2 Abg ahmad Idham dan team produksi memberikan saya peluang....saya cuba buat yang terbaik,walaupun masih baru saya akan cuba belajar dan lakukan yang terbaik..

Terus Berusaha Walaupun Di kritik Yang negative..

Tuesday, October 18, 2011




aslamualaikum/salam sejahtera...apa la salah saya?kenapa saya sering jadi perhatian?begitu banyak manusia dalam industri nie saya juga di hentam dan di perhatikan dengan hebat....apa salah saya...baru2 ini saya dapat sms berbau negative..soalnya dari rakan seguru sama2 belajar acting....sampai blog saya nie pun di perhatikan..kalau sakit hati dengan entry blog2 saya jangan lawat dan saya tak minta DIA melawat blog saya...hehehehehehhe mungkin di cemburu sebab blog dia tak ada orang nak melawat..saya pun bukan power atau pandai lagi dalam bidang lakonan....saya hanya mahu belajar dan terus belajar...tak terlintas hati saya nak sakitkan hati mana2 pihak...ini adalah hak dan kemahuan saya...SAYA NAK ACTING UNTUK CARI SETIAP KEISTIMEWAAN YANG ADA DIRI SAYA...

kenapa pandang saya macam tue?...

Tuesday, October 11, 2011



hehehehehe KENAPA PERLU PANDANG SAYA MACAM TUE?....dari kecik sampai sekarang best sebab orang selalu fokus lebih dekat saya.macam ada magnet plak...tapi paling sakit hati orang selalu gelakkan saya dulu....wrghhhhhhhh nape la uniknya saya?..tapi saya gunakan keunikan itu untuk cuba tonjolkan apa yang istimewa dalam diri saya...naik broga pun semua pandang2...eheeeeee apa di ingat orang gemuk tak leh naik bukit broga ke....suka rakyat malaysia yang perihatin...ehehehehe

NEGATIVE 1 satukan kami seperti keluarga :)

Friday, October 7, 2011





negative bukan sebarang negatif...eheheheh inilah adalah job kedua saya sepanjang saya berjalan dalam industri yang saya tak pernah jangka dari dulu.syukur kerana saya hanya menggunakan setiap apa yang saya rasakan seronok dan suka saya lakukannya.saya tak cukup hebat lagi untuk bersaing-saing dengan pelakon lain....tapi saya ingat satu nasihat seorang sahabat "KELEMAHAN KO ADALAH SENJATA UTAMA,ADA sesuatu yang istimewa dalam diri ko"...termasuk crew semua pun baik2 dan macam2 ragam diorg...

Si Gemuk Cerita Di Sebalik LIve Melodi Tv3.. :)

Sunday, October 2, 2011


asalamualaikum/salam sejahtera....terima kasih semua pelawat blog saya dah cecah lebih dari 10K...terharu saya walaupun blog saya bersahaja tapi ramai yang membaca setiap perjalanan hidup saya.dulu mimpi saya nak berada Live tapi sekarang saya percaya tuhan ciptakan saya mesti ada kelebihan dan keistimewaan...Bukan pertama kali saya Live ini kali ketiga rekod peripadi saya..saya LIve dengan Tv3..terima kasih Tv3...berikan saya pengalaman yang saya jek dapat rasakan...ramai ingat saya kejar populariti bukan...saya dah sedaya upaya mengelak dari kamera tapi aura saya kuat sehingga crew2 TV3 cham siapa saya....alhamdulillah syukur sebab tuhan berikan keistimewaan itu...hehehehe siap raja lawak ZIZAN tanya saya "BERAPA KALI DAH MASUK TV?" ehehhhehehe soalan agak mencabar bagi saya.....saya jawab dengan rendah diri tak pernah keluar Tv pun....ehehehehehe bila akak DIRA tanya baru saya kata dah pernah keluar dah akak....sebab kak dira saya jumpa dalam SET PONTI VS OMI filem arahan Afdlin shauki yang akan keluar temuai penonton tak lama lagi....

Bagaimana Saya Cipta Semangat itu?....

Thursday, September 29, 2011
asalamualaikum dan salam sejahtera..ramai tanya saya bagaimana saya cipta semangat luar biasa saya.Sebenarnya mudah sahaja saya ubah pemikiran saya kepada sesuatu yang positif.saya cabar diri saya untuk berubah dari satu tahap ke satu tahap yang lain.Kita di berikan peluang hanya 60tahun itu ikut majoriti hayat manusia.Sampai bila kita nak duduk satu tahap tanpa berubah atau hendak membuat perubahan.Saya nekad nak kurus sebab orang selalu hina dan kutuk saya dulu.....jazliiiii gemuk,jazli macam lembu ,bapak gemuk ko nie jazli.....macam2 lagi saya dapat rasakan.semuanya sangat menyakitkan hati..tapi tuhan cipta saya bukan untuk mengalah tapi untuk saya berfikir saya berusaha ubah di mana setiap silap saya....

Jazli Shooting Negative 1 .

Wednesday, September 28, 2011

asalamualaikum/salam sejahtera terima kasih pada mereka yang membaca blog saya..mungkin blog ini menjadi saksi saya menulis setiap perjalanan hidup saya dalam kehiduapan dan kerjaya lakonan yang tak pernah jadi impian saya dari kecil..saya sebenarnya minat untuk menjadi seoarang ahli perniagaan tapi kalau ini adalah jalan rezeki saya serta antara platform untuk saya explore diri saya..saya akan cuba lakukan yang terbaik...saya masih baru banyak lagi saya kena belajar dan saya terima sebarang kritikan untuk saya belajar perbaiki lagi di mana kelemahan...biarpun ia bukan sesuatu perkerjaan atau kerjaya yang mudah saya berasa semakin minat dengan lakonan...ibarat kita main suatu permainan yang dengan penuh strategi...semakin kita mendalami semakin seronok..

"ABU" supermak VS "MOK" Negative 1....

Sunday, September 25, 2011
"ABU" SUPERMAK

"MOK" NEGATIVE 1.


heheheheh this my entry sebab BZ shooting akhir2 nie...anyway terima kasih pada mereka2 yang memberikan peluang...pada project kali nie abg lando n team telah berikan saya peluang terima kasih...project supermak hari tue FILMscape telah berikan saya peluang...alhamdulillah dan syukur sedikit demi sedikit saya semakin belajar dan mengenali sesuatu yang terbaik..yang penting kita berkarya adalah keikhlasan jangan tiru sesiapa dan haruslah benar2 datang dalam diri.....kali ini saya berkerja arahan DAMIAN woo....antara pengarah yang punyai pengalaman dan pemikiran yang berbeza..saya suka belajar dan suka terima apa2 pun kritikan janji ia boleh mengajar saya sesuatu yang hebat dan menarik...

CIK "W" inspirasi saya... :)

Wednesday, September 21, 2011


hehehehe terima kasih pada cik W kerana sudi layan kerenah budak gemuk pelik dan pelbagai ragam nie..wooooo jangan salah sangka dia bukan kekasih hati saya...hatinya sudah di miliki oleh orang lain.saya tak layak untuk dapatkan hati dia yang baik itu...saya doakan mudahan kebahagian sentiasa milik orang sebaik dia...Kenapa dia jadi inspirasi?...kenapa tak orang lain? mungkin ini adalah takdir tuhan temukan seseorang...mungkin kerana saya suka tengok dia...mungkin dia nie unik..apa2 pun biarlah ini jadi rahsia saya...

Loceng yang membuat malaikat terpegun melihatnya..!!

Tuesday, September 20, 2011



Loceng apakah yang membuatkan malaikat terpegun mendengarnya??? nampak banyak ada bau sensitivity dalam penulisan kali ini tapi sebenarnya banyak maksud tersirat di sebalik.inilah hasil keindahan setiap karya williwm shakespear yang ramai tak tahu di mana keistimewaan setiap ayat..ada menjadi setiap pelaku atau pelakon mengetahuai maksud karya dan ayat untuk memastikan lakonan berkualiti dan pasti dengan apa yang kita lakukan.

Bukan populariti saya kejar,,tapi berkarya.

Sunday, September 18, 2011
hye...hari nie hujan pagi...tanda kesyukuran rahmat ALLAH yang maha esa..mengikut jadual adalah waktu kita berlatih tapi..inilah masa saya gunakan untuk berblog..ramai ingat saya nie kerja populariti dan ada gak katakan saya "ARTIS" terima kasih penghargaa yang terbaik dan saya hargai...buat pengetahuan semua saya sebenarnya berkelulusan DIPLOMA in NETWORKING KOMPUTER..mula seriously secara jujur kepada pembaca blog saya...saya tak tahu apa2 tentang lakonan..aksi pertama saya sebagai pelakon Pembantu "SUPERMAK tv3" saya dapat sesuatu minat dan pencapai peribadi yang agak memeranjatkan saya..walaupun satu episod tapi kesan yang di berikan sangat mendalam...saya tak mintak mendapat pujian tapi saya saya seronok dengan pengalaman yang saya dapat...

MERAH bakal gegar sri PENTAS TV3 VOKAL BUKAN RUPA

Saturday, September 17, 2011
apa Itu merah?siapa yang merah?merahhhhhhhhhhhhh oh merah kenapa merah yang di pilih...sebab merah adalah suatu lambang bunga yang penuh durinya..mungkin merah juga adalah lagu membalas dendam kekecewaan audition mentor 3 Tv3 adibah nor...dan mentor 5 tv3 sekadar lepas dengan penasihat vokal ajai....perghhhhh dulu malu2 kucing nervous ada tapi sekarang no nervous2..ini adalah hasil lagu cikgu yang pernah mengajar saya...

Mengejar Kemerdekaan Dalam Diri Ini...

Thursday, September 15, 2011
tuhan yang satu berikan aku kekuatan untuk mencapai kemerdekaan dalam diri ini..bukan mudah untuk aku berjalan dalam perjalanan yang banyak liku ini.Pelbagai rintangan harus aku tempuhi.Biarpun mereka melaungkan kemerdeka dalam hati belum lagi merdeka.aku bertempur ibarat satu peperangan dengan nafsu,perasaan dan masa depan...mata biasa hanya melihat biasa tapi mata hati lebih mengetahuai bagaimana aku bertempur dengan semua rintangan...semakin jauh perjalanan semakin sukar untuk di tempuhi..ibarat berjalan dalam jalan yang penuh bara api kalau tiada kekuatan maka hancurlah segala harapan selama 25 tahun untuk melihat siapa diriku sebenarnya kalau aku seperti mereka2 semua....AKU MAHU KURUS itu janjiku. :)

Saya Takkan Malukan CIkgu saya.Tak sabar nak beraksi.. :)

SUPERMAK OH SUPERMAK.....SUPERMAK tv3 di sini saya bermula.Saya sebagai pelakon pembantu bersama-sama beraksi dengan pelakon-pelakon hebat abg azhan dan kak nasha aziz serta abg adi bear...biarpun hanya satu episode tapi kesannya terasa hingga kini.Mungkin ini adalah satu titik permulaan yang terbaik..Saya tak pernah telibat sama sekali dalam bidang lakonan biarpun sebagai watak extra biasa.Apa yang bermain di fikiran saya..karya yang cantik akan di olah oleh pelaku yang pandai memainkan olah tubuh mereka.Mengikut character mereka masing-masing.

kenapa saya nak KUrus?

Monday, September 12, 2011
hurmmmm teringat saya suatu kisah2 silam yang membakar semangat saya....inilah wajah yang awak hina2 dulu.saya tahu awak layak untuk orang hendsome jek kan...saya belajar banyak...sekarang orang yang tak hendsome nie akan jadi luar dari apa yang awak anggap dulu...saya di bawah biarkan saya terima semua penghinaan insan yang bernama manusia..saya tak makan apa2 hati pun...selepas saya menangis di mainkan oleh awak saya sedar dan cuba perbaiki diri saya,,,saya bngun ibarat pisau belati yang mencucuk hati saya yang terluka..awak mungkin bahagia insan yang awak pilih....

Semuanya Hilang Dalam Sekelip Mata..... :)

Sunday, September 11, 2011
fuhhhhh...macam2 ujian datang..hajat nak transfer gambar2 dalam hanset terus jadi tragedi..kehilangan semua kata2 inspirasi dari dia..mengapa semua ini terjadi..semuanya hilang dalam sekelip mata..semua ingat sms serta no2 dalam tue tak penting....semua dah hilang..buruk handphone tue sebenarnya sangat berharga isi2 yang ada dalam tue..nak nangis pun ada...tapi nak buat macam mana dah ketentuan tragedi nak terjadi....pasnie agak susah nak minta sumber inspirasi berkata-kata lagi sebab no Phn dia hilang dah...warghhhhhhhh sepantas kilat hilang semuanya....

Ada Saya Kisah..Cakap la apa2 pun :)

Friday, September 9, 2011
hehehehe......dapat rasakan ada seseorang sedang memerhatikan dan menyampaikan sesuatu berkaitan tettttttttttttttt "di rahsiakan"..biar lantak dia la nak merengek sana sini.mulutnya mampu berkata-kata saya tak leh halang....sekali saya dah marah dan benci saya takkan suka..saya tak effect apa2 pun..sebab saya percaya kalau tuhan dah tentukan kejayaan itu milik saya tak perlu nak kecoh2....bukan saya yang kena marah orang lain yang kena marah..saya duduk rumah gi training dan lepak bersama keluarga.....buat apa nak ke hulu hilir kalau duit dekat poket ada seringgit baik duduk rumah...nak dapat populariti banyak cara tak mau susahkan badan...

SAYA DAH MENYAMPAH... :)

Wednesday, September 7, 2011
Entry kali nie saya nak tulis sepuasnya dan agak keras...biarkan mereka rendahkan saya..saya bukan target nak jadi pelakon terbaik pun.saya tak mintak pun..anyway sekarang saya nak kasitahu saya suka berlakon sebab nak explore diri saya...saya dah dgr nama saya di sebut2 sakit gak telinga sebab semua orang dengar..kurang enak...tunggu sekarang saya di bawah saya di sendakan...heheehehehe sikit masa lagi tunggu..saya nak laksanakan benda2 penting dulu..tak kisah dia seseorng yang saya banggakan dulu.....tapi ini cabaran bagi saya "terbakar tahap gaban,org lain di sanjung2"....lama dah perhatikan....saya tak perlu mention nama siapa tue...faham2 sudah..ini blog peribadi saya....saya tak burukan sesiapa...jangan duduk merenget terasa sana sini...SAYA TAK AKAN MENTION NAMA sesiapa....

Jangan Mudah Putus Asa :)

Sunday, September 4, 2011


terima kasih anda semua sebab sudi melawat blog saya..ramai sejak akhir2 nie jumpa semua jadikan saya sumbe inspirasi,idola dan admire pun ada..apa2 pun terima kasih banyak.saya cuma berusaha nak capai apa yang saya impikan sepanjang hidup..apa2 pun setiap usaha saya,semuanya saya berserah pada tuhan yang mencipta saya.sebab saya tahu setiap usaha pasti ada hasilnya.saya akan teruskan berjalan walaupun agak susah dan semakin mencabar liku2 hidup dalam diri ini.ramai tanya dan ramai juga saya lihat tak mampu kekalkan momentum semangat yang ada...

JAZZEL DAN RAYA..semua rasa ada :)

Saturday, September 3, 2011
hehehehe macam perasaan dapat rasa hari raya nie tahun 2011.Ada sedih ada rasa terluka dan rasa macam2 la.Apa2 pun bersyukur pada tuhan sebab berikan kesempatan saya untuk beraya bersama keluarga.paling mencabar mengawal diri makan macam2.walaupun tak di nafikan ada juga terbabas.tapi masih lagi dalam kawalan.insyallah isnin nie akan start balik training nak buang lemak2 badan yang datang masa raya nie.matlamat tue masih jauh saya masih perlu berusaha.harap2 isnin nie saya punya energy dan fitness tak out...teruskan berusaha jazli.... :)

PERHATIAN!! Buat semua Rakan2 FACABOOK ,TWITTER & BLOGGER jazli.. PENTING :)

Tuesday, August 23, 2011

asalamualaikum/salam sejahtera semua...saya ingin mengucapkan terima kasih banyak dan penghargaan ini bukan sekadar ucapan tapi ikhlas dari hati seorang manusia yang kerdil yang sentiasa berusaha mencapai apa yang di impikan.memang nampak biasa tapi sedar atau separa sedar tanpa korang semua kehidupan jazzel nothing seriously.kekuatan jazzel semua datang dari korang semua yang sentiasa berikan support pada jazzel.bukan mainan tapi ini memang membuat jazzel semakin menghargai korang semua...andaikata suatu hari nanti tuhan takdirkan jazzel menjadi bintang jazzel rasa bertuah sebab ada sokongan kawan2 semua..bukan populariti yang jazzel kerjar tapi sesuatu yang boleh jazzel belajar dan ingin mencabar tahap2 yang ada dalam diri jazzel..

G-Shock PURPEL dan SMS "DIA".....TERIMA KASIH SEMALAM

Sunday, August 21, 2011

syukur akhirnya ada jugak tangan ini pakai G-Shock warna purpel....dulu jangan mimpi nak pakai G-shock paham2 la.mana ada G-shock saiz besar,,tangan saya nie dulu kan besar penuh dengan lemak...tapi dengan usaha akhirnya raya nie saya dapat pakai apa yang saya hanya lihat dan impikan sejak dari sekolah lagi..jam G-shock nie saya kenal dan tahu masa zaman sekolah2 sebab dulu2 kan masa zaman kanak tak pernah jumpa jam yang ada lampu....hehheheheh saya tahu memang kelakar sesiapa yang baca entry ini tapi ini adalah kejayaan tau impian kecil saya..impian saya yang lain adalah untuk memakai baju saiz biasa yang ada jual dekat tesco dan giant...saya tak mampu nak beli hari2 nak beli baju kena beli butik..saya bukan anak tokeh balak..saya anak orang biasa2 jek...kisah saya bukan senang seperti yang orang lihat..saya nak berubah pun sebab saya tak nak orang mengkritik saya lagi.

Kenapa Berlakon?...kata Kak Nasha Aziz.

Wednesday, August 17, 2011

dulu kecik tak pernah terpikir nak jadi berlakon...padahal nak kasi ucapan dekat pentas perhimpunan pun mengigil.lagikan nak berlakon dan menyanyi.Saya nak menipu dengan lakonan pun saya failed nie kan nak berlakon dan menghiburkan ramai orang.bukan mudah seperti di sangkakan.Inilah orang tua2 kata semuanya kuasa tuhan...saya dulu terus terang memang super duper pemalu...yerlahhhh gemuk kan paham jek la keyakinan diri kurang..saya tak tahu kenapa saya boleh berubah sampai ke tahap nie....sekarang rasa nak buat sesuatu yang mencabar diri...lakonan saya boleh tahu di mana tahap diri saya...ini semua sebab saya dah bosan duduk di takuk lama...biarlah orang nak cakap janji saya nak lakukan semua benda2 yang menakutkan saya dahulu...saya tak kata hebat tapi saya suka belajar dengan apa saya rasa..

Kuasa Shake Herbalife....kebenarannya :)

Sunday, August 7, 2011
woooooow...ini adalah kebenaran ramai tertanya saya apa yang memberikan saya tenaga untuk berjoging di bulan puasa.rahsianya saya bersahur dengan shake herbalife perisa vanilla...sedapppp campur air soya bean less sugar.minum air 2 liter time sahur.entah la saya pun hairan dan saya dah buktikan selama 8 hari ramdhan saya berjoging tasik shah alam besar sejauh melebihi 4km.hehehehehe ramai ingat saya tak puasa..kebenarannya saya puasa..tapi ini adalah rahmat tuhan berikan pada saya .bukan cerita dogeng tapi saya telah buktikan joging bersama-sama kawan saya....

Bagaimana Saya NaK Ambil Hati Awak?

Saturday, August 6, 2011
pening kepala saya tiap kali saya pejamkan mata saya mesti nak tergelak seorang diri melihat semangat awak,ketawa awak dan entah bila saya terpikir sejenak betul la saya tengok kadang2 awak macam budak2 pun ada...kadang2 perghhh kalau dah marah main langgar jek semua.dekat FB wall awak la jadi mangsa..anyway awak tak tahu saya memerhatikan awak tapi saya tak mampu nak ambil hati awak,sebab saya tahu awak ramai yang minat...lagi ada orang yang dah minat awak..tapi tak per saya tak menyesal pun mengenal awak...sebab saya ingat awak mesti nak tergelak. :)

saya gemuk awak paham tak!!!!

Wednesday, August 3, 2011
asalamualaikum/salam sejahtera...best menulis blog kali nie dengan laptop baru saya memilih jentera asus core I3...saya gemuk memang saya gemuk pun.dulu saya kuat makan sebab tue saya gemuk..tuhan berikan saya ibu bapa penyanyang dan ibu yang sentiasa jaga makan dan minum saya..dari kecik saya tak pernah di biarkan lapar walaupun mak dan abah saya tak ada duit..saya bukan anak orang kaya..tapi saya ada keluarga yang kaya dengan kasih sayang,saya bersyukur..kalau ada arwah nenek dia jek tahu kalau time makan macam mana...ingat lagi masa di beli kuih untuk cucu dia yang lain habis saya sapu semuanya....ehehehehhehe mengamuk nenek saya...apa2 pun saya tahu nenek sebenarnya suka....banyak dari tadika lagi dah kena ejek buli GEMUK! GEMUK! GEMUK! kuat makan dan yang paling sakit hati bila time sekolah rendah selalu kena buli.....tak per itu semua dah berlalu..semua itu mengajar saya tentang sesuatu..

Tragedi Ramadhan .

Monday, August 1, 2011
asalamualikum/salam sejahtera...Ramadhan mengingatkan saya tentang semua peristiwa yang membuat saya menangis.mungkin ini telah di takdirkan tapi saya harus kuatkan hati untuk meneruskan perjalanan yang penuh sukar.setiap kali saya menghampiri ramadhan saya sentiasa teringat saat indah bersama si "X" dan segala yang menjadikan saya berubah sehingga ke tahap sekarang ini.peristiwa ramadhan sebenarnya menjadi tugu peringatan setiap kelukaan dan kepahitan yang terpaksa saya telan kerana ini adalah suratan takdir.bermula dari kecil lagi setiap kali kehadiran ramadhan pasti akan meninggal suatu peristiwa yang mengingatkan saya pada kenangan.saya bersyukur setiap ujian darinya membuat saya semakin mengenali setiap kelemahan diri saya..terima kasih ya pencipta ku.

MISI SUNGAI CHILING...(BERIKAN IKAN KELAH MAKAN)

Sunday, July 31, 2011


asalamualaikum/salam sejahtera....saya gembira dengan kuasa allah dahulu benda2 macam nie agak mustahil untuk saya lakukan.berkat sokongan dan bantuan kawan2 saya semakin hampir dengan misi untuk saya kembali aktif seperti yang lain.memang semakin saya mengenali cabaran semakin saya bersemangat untuk teruskan dan tamatkan perjalanan.Terima kasih pada kawan saya mohd khairul @ buntal kerana menguruskan serta menjaga segala yang berkaitan dengan event.mudahan tuhan balas yang terbaik untuk buntal..eheheheeheh ini adalah sebahagian dari training kecil sebelum menawan gunung nuang..gunung kedua tertinggi di semenanjung malaysia...

Di Saat Aku Mencintaimu :)

tajuk blog hari nie gempak...adakah mungkin "aku mencintaimu"...jeng2 suka dengar lagu dadali "DISAAT AKU MENCINTAIMU"...sebab nak buat board story base on lagu nie.for latihan untuk acting.huhuhuhhu lagu dadali ini banyak meninggalkan suatu kesan yang mengajar saya sehingga ke hari ini.saya jadikan lagu2 ini sebagai pendorong atau memory recall sebagai bantuan untuk saya menempuh apajua rintangan.heheheheeh saya akan cuba buat yang terbaik.kalau dah siap video nanti saya akan upload..

Terima Kasih Dengan Sokongan Anda "ABU" Supermak Hargainya.

Tuesday, July 26, 2011
saya terharu dengan sokongan yang di berikan oleh semua..terima kasih walaupun kemunculan "abu" sebagai pelakon pembantu dalam SUPERMAK tapi effect yang saya ...ini adalah penampilan pertama saya dalam dunia lakonan setelah belajar class basic bersama pelakon terhebat zulhuzaimy serta 3 orang pengajar dari ASWARA.saya secara peribadi lakonan yang saya lakukan dalam supermak sebenar agak kurang berpuas hati.tapi saya tak sangka banyak pujian serta komen positif saya dapat.sebab saya masih baru dalam industri ini.berlakon dengan nama hebat seperti kak nasha aziz bukan sesuatu yang senang.tapi dengan tunjuk ajar serta ilmu yang cikgu berikan saya mampu laluainya... :)

Terima Kasih TV3 dan Filmscape :) "SUPERMAK"

Sunday, July 24, 2011
Dengan izin darinya saya melangkah setapak lagi dalam setiap perjalanan kehidupan saya.terima kasih ya tuhan dengan setiap ujian dari mu membuat saya belajar sesuatu yang luar biasa.dahulu saya dari seorang yang pemalu tahap membimbangkan sebab kegemukan saya kini dengan izin darinya saya telah bergelar pelakon.hanya kawan baik saya lebih mengerti setiap apa yang saya laluai.dahulu saya mencuba untuk menyanyi masuk mentor 3 Tv3..saya tahu dahulu saya tak pandai menyanyi saya tahu ramai gelakkan saya.tapi saya tak pernah putus asa..saya menangis sebab diorang kata saya nak dapatkan populariti...tapi sebenarnya saya mencari sesuatu yang berharga dalam diri saya..MAK n ABAH saya pun sindir2 saya..saya teruskan berjalan biarlah orang nak cakap apa2 pun saya tahu apa saya lakukan.

Impianku BROGA HILL... :)

setiap kejadian tuhan jadikan bukan suatu kelemahan tapi kita mensti belajar dengan kelemahan untuk perbaikinya..terima kasih penciptaku..walaupun hati ini sering menangis mengenang setiap hinaan lampau membuatkan saya tabah dan di anugerahkan kawan2 yang terbaik.saya sangat hargai kawan2 saya.mereka sama2 membantu saya untuk saya terus berubah.walaupun dalam hati kecil saya alangkah bagus kalau inspirasi saya dapat berada di sisi saya.tapi mungkin dia bukan tercipta untuk saya.terima kasih tiap kali saya mendaki broga hill saya melihat HP saya yang dengan wallpaper ada gambar sumber inspirasi saya..setiap kepayahan mendaki bukit broga saya jadikan pembakar saya untuk terus membuktikan saya mampu lakukan....saya siap SMS sumber inspirasi saya biarpun saya tahu dia tak membalas sms saya..tapi saya anggap saya dah buat langkah pertama....akhirnya dengan nekad saya serta keyakinan saya,pertolongan kawan2 dari team herbalife banyak membantu saya setiap pendakian di broga hill :)