"DIA" penulisan dari Isi Hati (Part 1 )

Monday, November 7, 2011

Menerusi jiwa yang lara sungguh indah perasaan ini.Bila terkenang saat itu sangat indah penilaian perasaan yang menyimpan satu makna…bila melihat sepasang mata yang sangat menakjubkan hati ini merasakan suatu perasaan yang sangat kagum penciptaan kebesarannya.mungkin ini adalah takdir yang telah tersurat untuk seorang hamba Allah yang mengejar suatu matlamat dalam kehidupan.Bukan mudah untuk hati kecil ini bermain dengan suatu rahsia perasaan yang tiada kepastian.Dia adalah inspirasi yang di anugerahkan tuhan untuk aku hargai.Bukan suatu permainan yang tiada penghujung.Namun dengan tercipta DIA menjelmalah suatu semangat yang mengingatkan aku tentang suatu perasaan.bila aku melihat sepasang mata itu aku terlihat suatu rasa atau luahan yang menyatakan DIA adalah ujian atau sebaliknya.terdetik setiap saat terpikir sejenak siapakah DIA?..

DIA adalah insan yang menjelmakan setiap keistimewaan yang tersirat dalam diri ini.Bukan suatu kisah dongeng yang muncul di pertengahan cerita ADAM & HAWA.Inilah realiti yang sering melanda setiap episod kisah hidup aku.Ya Allah sesungguh setiap saat aku teringatkan DIA.Namun engkau tabahkan hati ini untuk menempuh seribu satu kemungkinan yang bakal melanda hati ini.DIA adalah Kunci yang di anugerah tuhan pada sekeping hati yang terluka berkali-kali sehingga menitis airmata kekecewaan.Cukup aku menjadikan DIA inspirasi kerana DIA telah di miliki.Perjalanan masih jauh bukan sekadar berhenti melepaskan lelah.Bayangan Matanya senyumannya melambangkan kekuatan aku untuk terus berjalan dalam perjalanan hidup yang begitu mencabar.Aku harap DIA di hargai sebaiknya.Takdir oh takdir ini bukan mimpi tapi inilah kenyataan yang harus di tempuh dengan penuh akal serta pemikiran yang terbaik.

DIA adalah ciptaan tuhan yang membuat seorang insan yang lemah kembali mencari setiap yang tersirat dalam hati yang penuh luka dan duka.aku sentiasa berdoa DIA mendapat kebahagian dan kegembiraan.Aku tak mahu DIA di sakiti,di permainkan kerna DIA adalah insane yang baik.tuhan DIA ibarat nyawa kedua yang menjelma ketika diri ini sedang mencari setiap keistimewaan itu.Engkau peliharalah DIA menjadi seorang hAwa yang sentiasa gembira di sebalik kebahagiannya.biarlah diri ini mati tapi jangan engkau berikan diri DIA jauh dari perasaan ini.ketika muncul DIA dalam hidup ini aku tak pernah terfikir dia akan menjadi inspirasi,apa yang aku lihat DIA mempunyai keunikan tersendiri.Indah dan cantik setiap penciptaan mu ya tuhan,aku tak tahu kenapa tiap kali aku berjumpa DIA hati ini terdetik begitu deras seolah-olah ingin mengatakan sesuatu..Namun aku takut kisah lama kembali tercetus…

ibarat gunung berapi yang meletus sehingga menjelmakan luka yang begitu mendalam.Aku bukan ADAM yang pandai menilik tentang perasaan ini..Namun dengan doa dan tawakal mudahan ada kesudahan yang terbaik…kepada DIA aku bersumpah dalam hati kecilku akan aku pastikan mudahan engkau di jaga dan di haragai seperti HAWA yang muncul dari syurga.INI bukN Sekadar janji tapi inilah takdir yang menguji setiap pewatakanku sebagai ADAM.Melihat keindahan perasaan itu aku takut dengan bayangan lama yang masih segar bermain dalam hati yang sentiasa berperang dengan perasaan itu.Bila tiap kali ia menjelma setabahnya aku memikir yang terbaik untukku,Dia ibarat sebatang lilin yang menerangi taatkala aku dalam kegelapan.Dia ibarat pemacu yang sentiasa memacu aku ke hadapan,Dia juga ibarat permaisuri yang sentiasa melebarkan takhtanya sebgai pemaisuri dalam hati kecil yang penuh dengan parut lama.PENCIPTAKU tunjukkan aku jalan yang perlu aku tuju.Temukan aku di sebalik jawaban yang penuh sejuta rahsia.Waktu biarkan berlalu seperti air yang mengalir dengan ketenangan.