Terima kasih Pada kawan-kawan serta peminat...anda memang terbaik..

Saturday, December 17, 2011
hye semua.GAMBAR DI ATAS ADALAH ORANG GEMUK DAN GEMUK DAN MASIH GEMUK LAGI..rasanya saya nak ucapkan terima kasih banyak2 pada kawan2 serta peminat2 yang banyak berikan sokongan dan tak putus2 memberikan sokongan...Dari muncul untuk short scene KUMAN MENTOR3,MHI LIVE tv3,Melodi LIVE tv3 dan pelbagai lagi kawan yang berlapis-lapis masyarakat....terima kasih juga buat kawan Facebook yang banyak memberikan komen2 membina serta ada juga yang negative...itu semua pembelajaran bagi saya...tak terdetik untuk mengatakan saya hebat atau mengejar sesuatu populariti....saya cuma mahu mencari setiap kelebihan yang tersembunyi...

bermula perjalanan sebagai seorang yang zero hendak pergi menjadi seorang hero bukan mudah..sebenarnya misi utama saya memasuki dunia seni lakon adalah tidak di jangka sama sekali...saya bermula sekadar mencari keyakinan diri terus berjalan dan mengkaji potensi diri saya..tak terdetik nak berjaya macam yang lain..sebenarnya bila kita berdiri depan kamera atau stage kita sepenuhnya bergantung 100% dengan diri kita..berani atau tak melakukan sesuatu keunikan dengan kejujuran tertentu..GEMUK OH GEMUK macam kritikan hadir bukan senang nak berjalan dalam liku2 yang penuh suka dan duka ini.....

ya saya bermula mencari suatu cahaya di RUMAH AKTOR SENIMAN....kawan dalam rumah aktor pun ada segelintir memberikan komen2 yang menjatuhkan namun itu hak mereka.saya hanya mampu berjalan dan terus berjalan.Tak perlu saya ragu dengan kata2 dari mereka kerana dunia ini luas untuk kita teroka bukan itu penghalang utama...biarpun mereka hebat saya tak cemburukan mereka kerana itu rezeki mereka...terima kasih PIHAK SENIMAN MALAYSIA yang telah memberikan jalan2 serta peluang2 untuk belajar...Ramai yang yang mengaku hebat di luar tapi bagi saya tiada pengertian hebat dalam diri ini...masih banyak kena belajar dan setiasa positif...

alhamdulillah permulaan saya selepas tamat RUMAH AKTOR SENIMAN saya di panggil oleh pihak Filmscape untuk melakonkan watak pelakon tambahan ABU..dari situ saya terus terang saya tak tahu satu apa2 pun pasal pengambaran shooting..nervous tapi ilmu2 saya belajar yang asas tue saya gunakan dan kembangkan menjadi sesuatu yang berguna...saya tak ada duit nak bayar yuran yang di kenakan ke atas saya masa mengikuti class asas lakon bersama zulhuzaimy tapi sebabkan niat saya cuba usahakan..sebab dalam diri ada sesuatu yang kita mahu cari...


berjalan dalam titian yang penuh bara api bukan semudah melangkah di atas katil yang empuk..setiap perjalanan yang saya pilih saya akan menangis pekbagai tangisan..bukan mengejar sesuatu populariti tapi populariti datang sendiri mengejar saya dengan begitu kejam....terima kasih kawan2 yang sentiasa faham dan mendoakan yang terbaik..serta peminat2 dan follower senyap saya yang sentiasa menegur dan memerhatikan saya...saya bukan mahu jadi pelakon terkenal saya cuma mahu mencari setiap potensi yang tersirat dalam diri....maafkan saya kalau ada salah dan silap atau tak perasaan anda semua di mana2 tapi saya perlukan anda semua untuk terus memberikan sokongan....

buat follower saya dalam MHI tv3...saya tak lupa misi saya..cuma saya tengah berperang untuk naikkan semangat saya...saya hanya manusia biasa...selepas menurunkan hampir 33kg semangat saya memeberontak dan menurun bukan saya hangat2 tahi ayam...saya tertekan sebab saya tak dapat mencapai target...kadang2 saya terbabas dan sehingga naik 6kg...di tambah dengan kecerderaan lutut kiri saya akibat jatuh...saya perlukan masa...memang pihak Tv3 ada memanggil saya live tapi saya tak bersedia...belum masanya lagi memanggil saya....jangan saya akan kembali berjuang bila saya betul2 bersedia....saya dari kecil saya dudk dalam kepompong lemak kadang2 saya berada tahap stress bukan misi saya kena pikirkan tapi masa depan saya pun kena seiring....saya minta doakan saya yang terbaik...saya cuba jadi contoh yang terbaik dan saya cuba untuk memberikan semangat pada yang lain....mudahan tuhan berkati setiap usaha saya....tak perlu pandang setiap pencapaian saya tapi saya minta kita sama2 buat yang terbaik....dari 173kg ke 130..masih banyak lagi perjalanan saya.....terima kasih pihak Tv3 yang memberikan saya inspirasi untuk terus mencari sesuatu yang tersembunyi dalam diri.....