"OMBAK RINDU" ingatkan saya pada Tragedi.. :(

Saturday, December 3, 2011
semua yang terjadi pada hari ini dan siapa aku hari nie...ini adalah kerana CINTA...seringkali aku meronta mencari sesuatu kerna aku sering mengingatkan suatu peristiwa yang akan aku ingat sampai bila2.....bukan suatu kisah senang untuk di buang tapi inilah kesannya sehingga aku mahu mencari setiap segi dalam oleh tubuh yang lemah ini..CINTA OH CINTA aku sumpah dengan apa yang aku tempuh akan aku jadikan diri ini mengharunginya dengan penuh ketabahan...aku bukan seorang lelaki yang penuh dengan kepura-puran...aku tahu aku tak layak mencintai sesiapa tapi aku akan cintai diri ini dan mencintai pencipta dengan seikhlasnya...

setiap kali aku berjalan dalam dunia seni ini aku bukan mengejar Populariti atau untuk di gelarkan sehebat ARON AZIZ atau sesiapa pun...tapi ini adalah dendam yang tercetus akibat CINTA...aku meronta ingin mencabar diri aku dan bertanya pada diri sendiri mampukah aku mencapainya?memang indah aku lihat setiap permain2 cinta bermain dengan perasaan dengan pasangan mereka...biarkanlah mereka aku dengan diri aku akan mencari siapa yang layak untuk menerima cinta dari seorang hamba ALLAH yang masih belajar dan terus belajar dari kehidupan...wahai perempuan itu sebabkan engkau aku jadi macam nie.....aku pernah luahkan sepenuh cinta sehingga aku takkan luahkan sekali lagi....cukup untuk sekali...terima kasih perempuan..

Ya memang aku GEMUK atau aku tak sekacak putera raja idaman kau....tapi aku akan buktikan setiap segi penciptaan tuhan ada keistimewaaan itu....sebab CINTA muhammad jazli yang dahulu malu2 dan tak ada keyakinan tinggi terus berubah mencari setiap segi dalam diri ini...hehehehehhe Aku bukan seorang lelaki yang tewas kerana cinta,aku bukan seseorang lelaki yang mudah mengaku kalah...biarlah aku terpaksa berkorban melihat semua kawan2 bahagia dengan pasangan masing2...tapi demi aku mencari setiap yang tersirat dan tersurat yang ada dalam diri bukan mudah....kalau di panjangkan umur hidup aku sebagai manusia mungkin dalam 60 tahun....aku tinggal lagi 30 tahun untuk mencarinya....

bermain dengan kehidupan bukan semudah bermain dengan bunga api yang penuh warna warni tapi bermain dengan kehidupan ini penuh dengan warna2 yang telah di tetapkan sebelum kita lahir lagi...kita sebagai manusia hanya perlu bijak dan sebaiknya menghargai kehidupan...walaupun hati yang kecil dan penuh taman2 bunga ini...biarpun hati ini penah di bunuh kejam oleh si permain cinta,pebah pecah dan retak berkali-kali tapi aku tahu hidup ini suatu keindahan....Hidup muhammad jazli adalah suatu jalan yang penuh pembelajaran....setiap perjalanan mesti ada suatu tragedi yang mengajar di semakin kehadapan berfikir...sehingga menitis air mata ini untuk menempuh setiap segi perjalanan yang penuh duri2 racun...


BIARPUN SAYA belum lagi berjaya saya takkan putus asa...sekarang waktu saya menahan segala serangan berunsur negative...saya tak banyak duit untuk di banggakan,saya tak ada kereta besar dan di megah-megahkan macam sahabat saya yang lain,saya tak ada isteri cantik untuk menjadi pasangan seperti sahabat2 saya yang lain..tapi saya ada kawan2 yang sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik..saya ada ibu bapa yang tak jemu dengan perangai anak sulungnya yang sentiasa mencuba sesuatu yang pelik dan sentiasa berikan kejutan....ehehehehhe


alhamdulillah dengan tak malu dan sebabkan dendam akibat cinta saya baru menceburkan diri dalam dunia lakonan dan tak pernah sebagai EXTRA saya semakin banyak belajar dan di berikan peluang...insyallah akan ada lagi peluang2 untuk ke tahap seterusnya...bukan populariti saya kejar tapi pencapaian peribadi saya yang saya cari dan apa yang tersembunyi....INI BUKAN saya tulis untuk di blog tapi inilah pengakuan peribadi saya DEPAN ROSYAM NOR dia tanya kenapa saya Berlakon?....itulah jawapannya....dengan izin tuhan mudahan saya terpilih untuk belajar ilmu2 baru dalam PILIH KASIH 3...