Impianku BROGA HILL... :)

Sunday, July 24, 2011
setiap kejadian tuhan jadikan bukan suatu kelemahan tapi kita mensti belajar dengan kelemahan untuk perbaikinya..terima kasih penciptaku..walaupun hati ini sering menangis mengenang setiap hinaan lampau membuatkan saya tabah dan di anugerahkan kawan2 yang terbaik.saya sangat hargai kawan2 saya.mereka sama2 membantu saya untuk saya terus berubah.walaupun dalam hati kecil saya alangkah bagus kalau inspirasi saya dapat berada di sisi saya.tapi mungkin dia bukan tercipta untuk saya.terima kasih tiap kali saya mendaki broga hill saya melihat HP saya yang dengan wallpaper ada gambar sumber inspirasi saya..setiap kepayahan mendaki bukit broga saya jadikan pembakar saya untuk terus membuktikan saya mampu lakukan....saya siap SMS sumber inspirasi saya biarpun saya tahu dia tak membalas sms saya..tapi saya anggap saya dah buat langkah pertama....akhirnya dengan nekad saya serta keyakinan saya,pertolongan kawan2 dari team herbalife banyak membantu saya setiap pendakian di broga hill :)
dulu saya mudah mengalah tak mahu berjuang tapi saya pikir sampai bila saya nak mengalah..tuhan berikan kesempatan saya hidup untuk saya gunakan apa keistimewaan saya ada.MAK DAN AYAH saya pun tak menyokong apa yang saya lakukan...saya pergi broga tak beritahu diorg.saya kata nak naik bukit jek.diorg tak percaya.tapi saya tahu saya yakin saya mampu lakukan.saya tahu setiap penciptaan ALLAH ada kelebihannya...takper org boleh kata saya gemuk..tapi saya gemuk adalah anugerah yang tuhan beri sebagai ujian untuk saya berfikir lebih jauh kehadapan..setiap dakian saya saya menagis dalam hati kecil terharu kerana tuhan berikan kawan yang menyokong saya dari belakang..andaikata suatu hari nanti tuhan tarik nyawa saya sebelum saya berjaya capai impian saya..tuhan berikanlah setiap ganjaran pada kawan2 saya yang banyak membantu menyokong saya dari belakang.

tuhan berikan jalan kehidupan saya bukan mudah.saya kena berusaha sebab saya tak tahu bila saya akan mati.perjalanan menaiki broga bagi org biasa senang.bagi saya ia adalah suatu penderitaan yang memberikan saya pengajaran bermakna.tuhan engkau permudahkan setiap perjalanan hambamu ini.saya hanya mahu seperti orang lain.ramai org ingat saya gembira tapi kegembiraan saya adalah datang dari semangat saya melawan setiap dugaan yang di berikan pada saya.bila kita capaipuncak broga kita puas walaupun saya tak mampu untuk mendaki sehingga ke tempat seterusnya.terima kasih Ya Allah dengan setiap kesihatan dan kekuatan yang telah engkau berikan.semua pembelajaran yang engkau berikan mengajar saya tentang makna yang tak mampu orang lain mengerti.


saya ada impian saya tak kisah orang nak kata saya apapun...saya berterima kasih kerana saya telah di anugerah dengan sokongan dari semua orang..terima kasih semua..