Terima Kasih TV3 dan Filmscape :) "SUPERMAK"

Sunday, July 24, 2011
Dengan izin darinya saya melangkah setapak lagi dalam setiap perjalanan kehidupan saya.terima kasih ya tuhan dengan setiap ujian dari mu membuat saya belajar sesuatu yang luar biasa.dahulu saya dari seorang yang pemalu tahap membimbangkan sebab kegemukan saya kini dengan izin darinya saya telah bergelar pelakon.hanya kawan baik saya lebih mengerti setiap apa yang saya laluai.dahulu saya mencuba untuk menyanyi masuk mentor 3 Tv3..saya tahu dahulu saya tak pandai menyanyi saya tahu ramai gelakkan saya.tapi saya tak pernah putus asa..saya menangis sebab diorang kata saya nak dapatkan populariti...tapi sebenarnya saya mencari sesuatu yang berharga dalam diri saya..MAK n ABAH saya pun sindir2 saya..saya teruskan berjalan biarlah orang nak cakap apa2 pun saya tahu apa saya lakukan.
bukan mudah untuk cunkil apa yang ada dalam diri saya..saya belajar semua ini dari setiap suka duka yang saya alami.pelbagai perasaan saya rasa.saya alami pelbagai dilema biarpun saya tahu saya GEMUK saya tak hendsome mana pun inilah antara ejekan dan kritikan negative yang selalu saya dapat.tapi sebabkan sokongan kawan yang positif menyebabkan saya semakin bersemangat untuk terus mencapai impian saya.pedulikan setiap apa yang orang ingin katakan saya tahu apa saya lakukan.terbaik saya bukan artis yang nak mengajar populariti tapi saya hanya mahu mencari setiap keistimewaan yang tuhan berikan dalam diri saya..bukan janji tapi pasti :)


apa2 pun saya masih perlu berusaha gigih lagi untuk memastikan saya sentiasa berada dalam keadaan yang positif dan sentiasa menuju sesuatu kejayaan.walaupun agak susah tapi saya mseti terus berjalan mencapai impian itu..bukan sekadar bergelar pelakon tapi seorang hamba ALLAH yang berjaya dunia dan akhirat.memang hidup ini banyak likunya tapi de sebalik liku2 banyak mengajar sesuatu yang tersirat.kita perlu belajar dari setiap kelemahan untuk memastika kita sentiasa bersedia menghadapi apa jua situasi.bukan senang nak menjadi senang dengan kepayahan kita akan mengenali apa erti sebenar kesenangan.


saya harap degan setiap usaha saya akan membuahkan hasil yang penuh kejayaan.andaikat di kirakan dengan air mata saya dah banyak menitis.saya akan terus berusaha walaupun jalan yang saya laluai ini bukan semudah yang di sangka....mudahan penampilan pertama saya di kaca TV3 malam ini akan membuahkan hasil serta karya yang terbaik...insyallah...

"terima kasih semua dengan sokongan serta dorongan anda semua membuat saya semakin berani untuk melangkah dalam aliran kehidupan yang penuh cabaran ini."