MISI SUNGAI CHILING...(BERIKAN IKAN KELAH MAKAN)

Sunday, July 31, 2011


asalamualaikum/salam sejahtera....saya gembira dengan kuasa allah dahulu benda2 macam nie agak mustahil untuk saya lakukan.berkat sokongan dan bantuan kawan2 saya semakin hampir dengan misi untuk saya kembali aktif seperti yang lain.memang semakin saya mengenali cabaran semakin saya bersemangat untuk teruskan dan tamatkan perjalanan.Terima kasih pada kawan saya mohd khairul @ buntal kerana menguruskan serta menjaga segala yang berkaitan dengan event.mudahan tuhan balas yang terbaik untuk buntal..eheheheeheh ini adalah sebahagian dari training kecil sebelum menawan gunung nuang..gunung kedua tertinggi di semenanjung malaysia...

macam saya ceritakan semua yang saya lakukan ini ada kunci inpsirasi dalam hati saya.biarpun inspirasi itu bukan milik saya,saya jadikan dia sumber atau plafrom untuk memajukan diri saya setapak demi setapak....sebelum memulakan perjalanan jalan2 dalam hutan saya sms inpirasi saya dulu macam biasa "saya jadikan awak insprasi "....saya harap dia tak marah saya.saya perlukan dia untuk saya berlajar tentang kehidupan.tuhan temukan saya dengan seseorang ada sebabnya dan saya bersyukur :)
inilah antara rakan2 saya yang teruskan berikan sokongan pada saya.mereka semua adalah yang terbaik punyai pemikiran yang positif yang membuat saya ingin terus berjalan tanpa berhenti lagi,terima kasih kawan2 semua sudi melayan kerenah saya yang besar nie.apa2 pun korang semua the best mudahan tuhan yang membalas segalanya.perjalanan saya masih jauh banyak lagi saya kena berjalan.seperti mendaki bukit yang sungguh tinggi cerunnya tapi saya pasti kejayaan itu akan datang kalau saya teruskan berusaha.memang terbaik semua.mreka semua sporting dan sihat2 semua...dahulu mereka semua gemuk dan berisi sekarang mereka da bom... :)

Sungai chiling adalah tempat yang di jaga oleh renjer hutan.bukan suka2 boleh masuk dalam serta buat sebarang aktiviti tanpa kebenaran mereka.sesungguhnya sangat menakjubkan serta pelbagaian bunyian dapat di dengari di dalam hutan tersebut.terima kasih penciptaku kerana engkau telah berikan aku tenaga serta keupayaan untuk melihat segala kebesaran hasil ciptaan mu.sangat menarik dan tak pernah terpikir dalam minda akhirnya saya mampu untuk melakukan aktiviti lasak ini..terima kasih juga pada herbalife yang banyak membantu saya.

saya akan buktikan walaupun gemuk saya mampu lakukan.saya tahu selama ini semua orang ejek saya..sekarang masanya saya untuk berubah..dengan izin tuhan saya akan keluar dari kepompong lemak tak lama lagi.saya akan buktikan pada individu2 yang menghina saya dahulu.saya akan berubah bukan sekadar kata2 tapi saya akan buktikan.saya tahu setiap penciptaan ada keistimewaanya.nantikan apa yang saya akan lakukan.kesukaran adalah sahabat baik saya kerana saya tahu kejayaan bakal menjadi kekasih saya.

antara halangan yang best....best punya :)

apa2 pun ini tak pernah saya jangka...kalau dulu jangan mimpi saya nak buat semua ini.tapi sebabkan saya ada nekad da iltizam saya akan habis setiap dugaan ini sehingga akhir.baipun agak susah tapi saya akan fokus untuk jadikan semua ini cabaran.semua ini akan saya game over tak lama lagi...terima kasih pada semua kawan2 yang terlibat dalam menjayakan misi sungai chiling...


MISION GUNUNG NUANG.....nak berlatih lebih lagi....ehehehehe :)