Saya Takkan Malukan CIkgu saya.Tak sabar nak beraksi.. :)

Thursday, September 15, 2011
SUPERMAK OH SUPERMAK.....SUPERMAK tv3 di sini saya bermula.Saya sebagai pelakon pembantu bersama-sama beraksi dengan pelakon-pelakon hebat abg azhan dan kak nasha aziz serta abg adi bear...biarpun hanya satu episode tapi kesannya terasa hingga kini.Mungkin ini adalah satu titik permulaan yang terbaik..Saya tak pernah telibat sama sekali dalam bidang lakonan biarpun sebagai watak extra biasa.Apa yang bermain di fikiran saya..karya yang cantik akan di olah oleh pelaku yang pandai memainkan olah tubuh mereka.Mengikut character mereka masing-masing.

inilah julung kali dan production pertama saya beraksi.Saya baru dalam bidang nie.Berkat ilmu cikgu2 saya.saya cuba faham dan belajar.memang macam2 kritikan datang tapi saya pekakkan telinga dan terus berjalan.Apa pun terima kasih banyak sebab berikan saya jalan untuk mengenali dunia sebenar lakonan...kalau tengok supermak TV3 tue nama saya pelakon pembantu ABU jazlihassan...tak caya boleh tengok :) itu bukan ukuran bagi saya apa yang saya tahu cuma mahu berkarya dan terus cuba mengolah tubuh serta keistimewaan saya..bagi saya populariti akan datang kemudian :)


yezza tak sabar nak beraksi di production nie...mungkin dalam KL gengster 2..opsssss!..hehehe apa-apa pun saya rasa seronok dapat beraksi.Bagi saya cuma ingin berkarya dan buktikan pada mereka2 yang ejek saya dahulu.GEMUK bukan sebarang gemuk....gemuk akan cuba berikan lakonan terbaik biarpun hanya bermula sebagai pelakon pembantu...yang penting karya kita di nilai walaupun sekejap sahaja...ayah n mak saya cakap buat yang terbaik.Saya bukan mengejar populariti atau gelaran artis.semua dah salah faham saya sebenarnya ada perkaiatan misi saya menurunkan berat badan.saya mencari di mana tahap level confident level diri saya...Andaikata lakonan ini rezeki saya..saya bersyukur banyak lagi saya kena belajar..

heheheh mungkin ini adalah destinasi seterusnya selepas skop...tapi semuanya baru janji mulut belum ada black n white..kita jalan dan terus berjalan mengikut kehidupan.bukan senang nak jadi senang.bukan mudah untuk jadi terkenal.saya cuma mahu berkarya bukan nak di nilai sebagai artis paling hot...kalau tak percaya boleh jumpa semua CASTING DIRECTOR diorg tanya kenapa saya nak berlakon saya jawab..saya cuma nak tahu di mana potensi diri saya dalam berkarya bukan sesuatu anugerah atau populariti yang saya cari.


Dalam saya mengejar dunia lakonan..yang paling penting saya ingin muncul semula di TV3 dengan wajah baru.bukan janji itu pasti kerana ini adalah matlamat utama saya selama saya hidup.saya kan berusaha dan terus berusaha biarpun saya tahu agak susah untuk saya mencapainya.tapi saya tahu tuhan sentiasa di sisi dan melihat setiap usaha saya.Jangan pandang saya sebelah mata saya akan buktikan pada mereka siapa saya.

kepada semua yang pernah menjadi cikgu2 saya dalam apa jua pun ilmu yang di berikan saya akan pastikan anak murid cikgu yang bukan pelajar terbaik akan beraksi dengan sebaiknya dengan ilmu2 yang di berikan.Biarpun hebat mana saya atau di tahap mana sekali pun saya takkan lupa siapa cikgu saya.sebab saya tahu ilmu yang datang darinya...biarpun cikgu itu saya benci saya tetap hormatnya sebagai cikgu...jangan risau saya akan cuba bawa ilmu itu sebaiknya..dengan izin darinya :)