Mengejar Kemerdekaan Dalam Diri Ini...

Thursday, September 15, 2011
tuhan yang satu berikan aku kekuatan untuk mencapai kemerdekaan dalam diri ini..bukan mudah untuk aku berjalan dalam perjalanan yang banyak liku ini.Pelbagai rintangan harus aku tempuhi.Biarpun mereka melaungkan kemerdeka dalam hati belum lagi merdeka.aku bertempur ibarat satu peperangan dengan nafsu,perasaan dan masa depan...mata biasa hanya melihat biasa tapi mata hati lebih mengetahuai bagaimana aku bertempur dengan semua rintangan...semakin jauh perjalanan semakin sukar untuk di tempuhi..ibarat berjalan dalam jalan yang penuh bara api kalau tiada kekuatan maka hancurlah segala harapan selama 25 tahun untuk melihat siapa diriku sebenarnya kalau aku seperti mereka2 semua....AKU MAHU KURUS itu janjiku. :)


jalan cerita aku belum lagi selesai..semua hinaan yang aku dapat akan aku selesaikan satu persatu itu janjiku dengan diri ku sendiri.Alangkah sakitnya hati bila aku di mainkan seperti permainan,aku di hina seperti kain buruk,,,biarpun ada juga pujian comel ku dapat tapi ia tidak cukup untuk mengubat kelukaan yang datang dari penghinaan.Aku tahu aku bukan ciptaan tuhan yang lemah aku akan sempurnakan dan cuba menghadapi ujian2 ALLAH dengan sebaiknya sebagai hamba ALLAH.




dalam hati ini aku menunggu bila aku akan merdeka mencapai erti sebenar kemerdekaan dalam diri ini.memang nampak agak bodoh bagi segelintir manusia tapi aku tahu apa yang aku lakukan.Dengan ALLAH disisi aku percaya setiap derita atau usaha aku pasti akan ada hasilnya,terima kasih kepada semua teman2 yang setia memberikan semangat tak kisah dari segala hala tuju.Aku menulis dengan keikhlasan yang tersirat di hati bukan sekadar cerita dongeng yang tertulis dalam naskah lagenda lama.

To my cikgu yang selalu marah2 masa lakonan..insyallah dengan izin ALLAH saya akan gunakan ilmu2 cikgu.sebenarnya saya bukan gunakan ilmu cikgu untuk populariti atau nak bangga jadi artis.saya jadikan ilmu cikgu salah satu part penting dalam keyakinan diri saya.Saya takkan janji apa2 tapi saya akan pastikan saya akan jadi bintang..mungkin bukan sekarang tapi suatu hari nanti.Saya akan belajar sedikit demi sedikit biarpun saya mendapat kritikan hebat.saya tak nak orang kenal siapa saya tapi saya mahu orang tahu di mana asal usul saya...dan tak lupa juga tiga orang cikgu yang mendidil saya dari zero kepada ada sesuatu yang tersirat...jika allah setuju saya akan buktikan suatu hari nanti..

terima kasih juga pada abg fedtri..antara salah seorang yang telah mengubah dan menaikan keyakinan saya tahap luar biasa.memang nampak LIVE MHI tv3 waaaaa keluar tv3..bukan itu bukan misi saya tapi saya suka sebab ada komuniti yang menyokong dari belakang.Mungkin takdir saya bertemu dengan abg fedtri bukan sekadar live tapi cabaran yang di letakkan pada saya...Insyallah ada rezeki,panjang umur saya akan live back on Tv3 dengan bantuan abg fedtri.


terima kasih malaysia...saya mesti teruskan perjalanan ini.... :)