Bagaimana Saya Cipta Semangat itu?....

Thursday, September 29, 2011
asalamualaikum dan salam sejahtera..ramai tanya saya bagaimana saya cipta semangat luar biasa saya.Sebenarnya mudah sahaja saya ubah pemikiran saya kepada sesuatu yang positif.saya cabar diri saya untuk berubah dari satu tahap ke satu tahap yang lain.Kita di berikan peluang hanya 60tahun itu ikut majoriti hayat manusia.Sampai bila kita nak duduk satu tahap tanpa berubah atau hendak membuat perubahan.Saya nekad nak kurus sebab orang selalu hina dan kutuk saya dulu.....jazliiiii gemuk,jazli macam lembu ,bapak gemuk ko nie jazli.....macam2 lagi saya dapat rasakan.semuanya sangat menyakitkan hati..tapi tuhan cipta saya bukan untuk mengalah tapi untuk saya berfikir saya berusaha ubah di mana setiap silap saya....

saya tak pernah endahkan setiap kritikan atau suara luar yang negative bagi saya kalau ada kemahuan saya akan cuba usaha sehingga saya berjaya...dulu kecik2 hanya tengok dan tonton depan TV orang berlakon,,,bestnya keluar TV...sekarang saya sendiri dah rasa keluar tv...pengalaman itu bukan saya nak banggakan tapi saya suka dalam setiap hinaan orang pada saya rupanya saya ada keistimewaan yang tersembunyi...sehinggalah saya terjebak dalam bidang lakonan.Secara peribadi saya bukan bermula dengan pelakon EXTRA LALU LALang tapi saya bermula dengan PELAKON PEMBANTU Supermak Tv3...dan baru2 nie saya melangkah setapak lagi untuk NEGATIVE 1 ......kita tak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini atau di hadapan kita....saya cuma gunakan setiap detik yang tuhan berikan untuk saya berusaha...saya akan terus melaksanakan impian saya menjadi kenyataan "KURUS DAN SIHAT"....itulah misi saya yang utama....bukan nak jadi pelakon popular atau seseorang yang mencari populariti..

DULU orang hina dan rendah sebab saya GEMUK...tapi sekarang jangan mimpi nak hina saya macam tue..saya tahu saya tak sempurna...tapi saya semakin sayangkan diri saya...sebab setiap hinaan manusia pada saya ibarat menghina ciptaan tuhan...saya mesti buktikan orang yang mereka mainkan,hina dan sendakan dahulu kini mungkin akan bertukar menjadi bintang yang bakal berkelip,saya tak nak janjikan apa2 tapi saya yakin dengan usaha tiada yang mustahil...Dulu saya pemalu tahap teruk sebab faktor fizikal...semakin saya menurunkan berat badan level confident saya sangat mengalakkan...orang yang menghina saya boleh terus menghina saya tapi saya tak sesekali mengalah...saya sentiasa postif sebab saya ada inspirasi yang saya jadikan sebagai galakan atau batu loncatan untuk terus maju dari setapak ke setapak lagi..

kepada semua jangan putus asa terusakan berjalan sesungguhnya kehidupan ini sangat indah.Bukan sesuatu yang perlu kita ratapi kesedihan dengan setiap kelemahan yang kita miliki..kita kena set dalam minda kita "KALAU KAMU HEBAT SAYA MAMPU JADI HEBAT DARI KAMU"...jadikan impian anda adalah sesuatu matlamat yang paling bermakna...kelukaan,penderitaan,penghinaan serta kesusahan...setiap perjalanan saya mengajar sesuatu yang menjadikan saya sehingga ke hari ini...saya bukan seseorang yang akan mengalah dengan apa yang saya tempuh...kalau awak cabar saya saya akan sahut cabaran awak..lambat atau sekejap hasilnya bergantung pada takdir tapi saya akan pastikan awak terdiam dengan cabaran awak pada saya...

heheheheh saya akan ingat setiap patah perkataan yang telah membakar dan mencipta saya sekarang ini..bangun jangan biarkan manusia yang berpandangan negative melemahkan apa yang kita rasa tak sepatutnya kita tewas.Buktikan pada mereka tiada yang boleh menganggu gugat siapa kita...tuhan cipta manusia semua ada kelebihan masing2 cari dan buktikan bahawa kita adalah ciptaan yang terindah.Bukan menangis dan meratapi suatu kekalahan di medan perang...
inilah jazli lama yang malu2 dan tak yakin dengan kemampuan diri.inilah manusia yang dahulu pernah di buli,di mainkan,di lukai dan macam2 la.....semua itu saya belajar untuk mencipta jazli yang baru.mungkin kejayaan itu belum datang lagi tapi saya yakin kejayaan semakin dekat lagi..percaya atau tak tapi saya yakin setiap usaha pasti akan ada hasilnya..

doakan yang terbaik untuk saya...saya masih berusaha mencapai sesuatu kejayaan yang kekal dalam diri saya....biarpun bukan mudah tapi saya yakin tiada yang mustahillll......