Kenapa Berlakon?...kata Kak Nasha Aziz.

Wednesday, August 17, 2011

dulu kecik tak pernah terpikir nak jadi berlakon...padahal nak kasi ucapan dekat pentas perhimpunan pun mengigil.lagikan nak berlakon dan menyanyi.Saya nak menipu dengan lakonan pun saya failed nie kan nak berlakon dan menghiburkan ramai orang.bukan mudah seperti di sangkakan.Inilah orang tua2 kata semuanya kuasa tuhan...saya dulu terus terang memang super duper pemalu...yerlahhhh gemuk kan paham jek la keyakinan diri kurang..saya tak tahu kenapa saya boleh berubah sampai ke tahap nie....sekarang rasa nak buat sesuatu yang mencabar diri...lakonan saya boleh tahu di mana tahap diri saya...ini semua sebab saya dah bosan duduk di takuk lama...biarlah orang nak cakap janji saya nak lakukan semua benda2 yang menakutkan saya dahulu...saya tak kata hebat tapi saya suka belajar dengan apa saya rasa..


saya tak nak orang kenal bakat saya sebab cikgu saya.Tapi saya terima kasih pada cikgu zulhuzaimy sebab ajar saya tentang acting.walaupun saya tahu cikgu saya bz selalu.saya belajar nak jadi hebat macam cikgu.saya tahu saya bukan anak murid kesayangan cikgu.tapi saya akan buktikan saya akan lakukan dan belajar jadi hebat macam cikgu.Bukan nak main2 tapi ini saya akan usahakan.insyallah kalau ada rezeki saya akan beraksi pula bersama-sama SKOP produktion tak lama lagi..terima kasih kerana mereka berikan saya peluang.walaupun watak saya tak sehebat pelakon2 lain saya gembira sebab dapat menimba pengalaman dah ilmu yang baru dalam lakonan.

heheheh pertama kali saya beraksi dalam dunia lakonan saya beraksi dengan nasha aziz sebagai pelakon pembantu.kak nasha memang baik dengan saya...saya serba salah masa dalam scene bersama kak nasha dalam "SUPERMAK" TV3,masa scene kena lempang dalam episode satu berkali-kali saya terpijak kaki kak nasha aziz..saya minta maaf saya kata dekat kak nasha.."Akak maaf saya baru belajar,akak nasha memang terbaik sentiasa kasi saya sokongan.ingat lagi pesanan kak nasha masa nak balik dari tempat shooting supermak..."yang comel2 tue akak tak nak tengok awak duduk lama2...akak nak tengok nanti kita jumpa dah sama level dengan akak"...walaupun 1 episod sahaja dengan "SUPERMAK" tapi saya belajar banyak ilmu yang tak dapat di jual di mana2 pun.sejarah hidup saya permulaan lakonan bersama pelakon hebat kak nasha.terima kasih kak nasha mungkin satu hari nanti adik kak nash yang comel ini akan berkerja dengan kak nasha lagi....insyallah saya masih lagi berusaha..


tiap2 kali casting ramai tanya kenapa saya berlakon?awak nak glamour ke?....saya jawab dengan keyakinan saya nak berlakon sebab saya nak explore diri saya.sebab saya tahu popularityi akan datang kemudian bila saya semakin mengenal setiap keistimewaan yang ada dalam diri saya..saya seronok setiap kali saya cabar diri saya secara tak sengaja saya dah bergerak dari setapak ke setapak ke hadapan..saya bukan anak murid kesayanagan cikgu saya.tapi saya akan terus menimba ilmu dalam lakonan gunakan setiap kelebihan yang saya ada untuk menjadi platform saya berjaya dalam kehidupan.


TERIMA KASIH KAWAN DENGAN SOKONGAN DAN DOA ANDA SEMUA>....INSYALLAH NEXT DESTINATION DENGAN SKOP PRODUCTION :)