Takdir Ku Begini.

Thursday, June 30, 2011
hehehehhe..blog ini juga merupakan luahan rasa buat saya.sebab tue saya suka menulis tentang segala yang terpendam di hati..terima kasih takdir mungkin takdir itu ada sebab2 tertentu untuk saya belajar.saya takkan menyalahkan sesiapa saya cuma makhluk tuhan ciptaannya hanya di berikan ujian di anugerahkan suatu perasaan untuk melihat adakah saya mampu hadapinya..alhamdulillah dengan berkat kawan2 di sisi saya mampu tempoh dengan ketenangan walaupun ada sebak di hati..this normal sebagai manusia yang punyai hati..saya takkan putus asa untuk teruskan berjalan di dunia ini...saya kena hargainya sebelum saya menemuai dia di alam lain..terima kasih penciptaku.

anyway saya tetap doakan yang terbaik untuk DIA.biarpun saya tak kesempatan nak menyatakan apa yang saya rasa.biarkan semua ini berlalu pergi saya akan cari lagi cinta yang buat saya terus mara meniti sebuah kehidupan yang perlukan banyak kesabaran.Kesakitan dan kelukaan seperti dah lali dalam diri saya...bukan senang nak menjadi seorang insan atau manusia bernama MUHAMMAD JAZLI.kalau di ceritakan satu persatu setiap yang saya laluai boleh di novelkan menjadi satu kisah.yang saya sendiri tak tahu apa kesudahannya.tapi saya bersyukur kerana ujian demi ujian saya semakin rapat dengan pencipta.terima kasih YA ALLAH sedarkan saya dari kelemahan yang perlu di perbaiki.

nampak saya akan terus berusaha lebih gigih lagi.biarpun hati saya ibarat tertusuk belati yang sangat tajam saya mesti tamatkan kehidupan ini dengan kegembiraan dan ketenangan.tersenarai lagi seorang gadis sebagai inspirasi saya.biarpun saya tak dapat memiliki nyawa kedua saya...dia tetap jadi inspirasi saya.harap2 org yang dia pilih dapat memberikan yang terbaik untuk dia.saya mesti teruskan perjalanan saya dalam mengolah segala yang tersirat dan tersembunyi dalam diri ini..terima kasih pada kehidupan.

Dia tak tahu semua yang tertulis di wall Fb semuanya adalah berkaitan dengan dia..tapi tak pe la.ada baiknya dia tak mengetahuai semuanya..cuma saya jadi pelik sebab dalam banyak2 gadis hati saya ibarat kena kejutan atau ada alunan tertdetik sendiri.saya harap dia akan kembali sihat dari penyakit dia,dia tak simpan masalah lagi dalam hati dia,dia akan tersenyum,dia tak kerja terlalu kuat sangat dan buat diri tue kuat..walaupun sekejap saya jumpa dengan dia saya terima kasih pada dia sudi bercerita dan berkongsi apa yang dia rasainya..kepada dia saya minta maaf bukan sengaja saya jatuh cinta dengan dia..dan bukan sengaja saya nak ambil hati dia..ini semua datang sendiri pemberian tuhan yang maha esa.maafkan saya.. :) maafkan saya juga kerana tak memberitahu segala kebenaran yang perlu awak tahu..saya tak ada peluang dan kesempatan untuk beritahu..

awak tanya kenapa saya kata awak pelik?..ini jawapan saya..awak pelik sebab saya tak tahu kenapa dalam banyak bunga saya jumpa,hati saya terdetik suatu rasa yang tak mampu saya terjemahkan.saya seolah-olah di beri tugas untuk menjaga dan memastikan awak sentiasa gembira.saya tak tahu saya jarang merasai dan mengalami apa yang saya rasakan sekarang.dalam hati saya mengatakan awak adalah milik saya..mungkin ini ada hikmah di sebalik yang tersirat..terima kasih pada awak dan saya tak salahkan sesiapa ini adalah sebahagian dari perjalanan hidup saya....