
perempuan itu sangat cantik,ciptaan tuhan yang terindah biarkan dia pergi..mungkin bukan saya yang layak untuk mendapatkan cinta itu..saya tak mahu lagi hati saya menjadi mangsa cinta lagi,saya tak mahu sia2 kan airmata yang jatuh pada cinta yang sia2,saya tak nak berharap lagi terlalu tinggi setinggi gunung di awan,saya tahu dia tak pernah tahu saya sukakan dia..saya tahu dia takkan pandang saya.biarkan dia terbang seperti biasa...bukan kecewa tapi inilah yang terbaik untuk saya.masih jauh lagi perjalanan saya meniti matlamat saya..ini adalah dugaan saya mengawal emosi untuk bertarung demi masa depan...Dia hebat mungkin tak layak untuk saya.dia pernah bertanya kenapa "saya cakap dia pelik"...ini jawapan saya..awak pelik sebab banyak2 gadis saya lihat awak yang paling aneh kerana saya tertarik dengan cara awak,pelat awak dan pemikiran awak...mungkin suatu hari nanti awak akan mengerti..
saya tahu ini akan membuat saya hampa..tapi saya tak mahu lagi hati ini menjadi mangsa.saya masih banyak perlukan kekuatan untuk mencapai masa depan demi membantu keluarga saya..saya bukan main2 lagi saya mesti terus berjalan walaupun saya akan di panah dengan beribu lagi cinta yang unik sepert "W"...terima kasih nie adalah suatu pembelajaran membuka mata saya di mana kelemahan saya dalam mengawal perasaan ingin di sayangi dan di kasihi oleh seorang kekasih.saya sebagai lelaki masih besar tangungjawab yang perlu saya pikirkan.kepada awak saya bukan mengalah tapi keadaan saya memerlukan saya berfikir panjang...saya ada peristiwa lama yang saya tak mahu berulang kembali.dan saya sedar siapa diri saya untuk bermain cinta dengan awak...
Saya doakan awak kerja dekat KL sentral tue dengan penuh ketenangan,tak mau stress dan jangan kerja berat2 sangat sebab awak perempuan tak kuat sangat..kesihatan awk pun bukan elok sangat.dan saya doakan awak akan berusaha menangkap gambar yang terbaik untuk tontonan semua..awak seorang photographer yang terbaik.saya kagum dengan bakat awak modeling.saya tahu awak ada admire dah dari mata awak ada tersembunyi banyak rahsia..jaga apa yang awak rasa sebaiknya..jangan simpan banyak beban dalam hati awak yang sangat halus dan selembut sutera tue...
saya akhiri perasaan ini di sini...saya serahkan dan tawakal pada pencipta.. :)