Terima Kasih PAK RAHMAN B.

Monday, June 13, 2011
Asalamualikum/salam sejahtera semua pembaca blog saya.Saya rasa dengan rendah hati dam terdetik ini menulis dalam blog ini tentang apa yang saya ingin tulis.Sabtu lepas bertempat di Rumah Warisan Kampun baru saya mengikuti bengkel bawah kelolaan kementerian warisan malaysia..bengkel tentang teater bangsawan.saya duduk paling hadapan menghadap SENIMAN MALAYSIA yang memperjuangkan seni teater Bangsawan iaitu Pak Rahman B.Orang yang penuh di dada berkaitan semua adat istiadat raja serta ilmu2 lakonan dan teater.bukan calang2 orang Pak Rahman B.Saya masih perlu banyak belajar untuk menghayati dunia lakonan dan persembahan yang sangat2 luas.

saya kena marah pun sebab cikgu zul kata macam nie awak nak berlakon bangsawan.Takper saya tahu dia marah demi kebaikan.Normal la saya dari zero tak tahu apa2 pun pasal teater.selama nie saya ingat bangsawan nie just kita acting macam biasa.rupa-rupanya kita kena ada cara berjalan,ada cara bercakap ada cara mengangkat sembah,ada cara bagaimana susun atar prob.sangat banyak cabang yang perlu di jaga..woooo!jangan main2 dengan warisan negara nie..sebab tue boleh di katakan bangsawan adalah teater yang berat karyanya.bukan boleh main tangkap muat kalau tiada pengalaman dan ilmu di dada.Pak Rahman B adalah pengasas kumpulan Seni BINTANG TIMUR.antara kumpulan terhebat dan telah melahirkan ramai pelakon2 terbaik..

terima kasih juga pada cucu bongsu Pak RAHMAN B yang telah memberikan kata2 semangat untuk saya melakonkan dan melontarkan beberapa dioalog bangswan di hadapan 47 org perserta.Hehehehehehe saya juga sempat berkenalan dengan abang zairul anak murid Pak RAHMAN B.yang akan mengajar pada 18hb nie..tapi sayangnya saya tak dapat mengikuti latihan tersebut sebab dalam jadual ada shooting bersama filemscape.itu pun penting untuk saya mencari pengalaman belajar dan menghayati dunia lakonan yang sebenar.
Dalam antara pelajar RUMAH AKTOR SENIMAN BATCH 1 saya paling lemah.saya penah di kritik hebat YUSOFF KELANA "awak belakon jadi raja tak macam raja"..cikgu zul pun berapa kali marah saya dalam teater arahan dia MUZIKA ANDALUSIA.."JAZ suara ko macam sial"..."jaz ko nie jangan macam robot"...itulah semua pendorong untuk saya belajar dan terus berjalan.saya tak kisah orang nak kata apa...Cikgu pun cakap "jazz awak teruskan berjalan dan berusaha abaikan jek kata2 org lain"....mungkin sekarang nie saya di bawah dan banyak lagi sakaya kena belajar.saya tak punyi keistimewaan paras rupa macam remy ishak,farid kamil,Aron aziz dan adi putra tapi saya percaya setiap ciptaan tuhan ada keistimewaanya.saya sedang berusaha mencarinya.

kata nasihat pada PAK RAHMAN B pada saya."buat sesuatu lakonan dengan keikhlasan kita buat secara bersungguh-sungguh jangan takut dengan lakonan yang hendak kita lakonkan"..awak mampu lakukan jangan rasa rendah diri badan awak besar.kata itu tersimpan rapi dalam minda saya..saya janji pada diri saya sendiri saya akan lakukan yang terbaik biarpun saya di kritik hebat...kawan2 semua doakan saya yang terbaik.