Tangisan Seorang Gadis :)

Thursday, June 9, 2011
saya buat posting nie sebab saya terharu,sebak dan nak nangis bila mendengar rintihan luahan masalah gadis nie..tuhan sedang menguji dia.saya terdiam sedetik bila melihat di sebalik muka ganas dia rupanya ada yang tersembunyi suatu perasaan yang telah lama di pendam dan akhirnya tuhan takdirkan saya mendengarnya.sangat sedih sehingga saya menitiskan air mata dalam hati ini.Mungkin tuhan menemukan saya dengan dia untuk saya membantu menasihati serta memberikan jalan2 yang terbaik untuk gadis ini..terlalu muda bagi dia nak hadapi suatu masalah yang terlalu berat.Andaikata saya mampu menolongnya sudah lama saya cuba membantu yang terbaik untuknya.

Mula2 saya mengenali dia dari seorang rakan saya MIA SARA..semua rasanya kalau siapa yang baca blog saya mesti kenal siapa dia.saya just kenal dia macam tue.time lepak dengan kawan2 di D'tomyam damansara perdana.ingat dia nie tomboyz.rupanya dia gadis yang sangat lembut hatinya,sangat tulus hatinya.sangat memerlukan perhatian kasih sayang.Mungkin takdirnya telah di uji dengan ketabahan yang terlalu tinggi.saya simpati dengan dia.saya tak sanggup melihat dia menangis lagi.saya tahu terlalu berat penderitaan yang sedang dia laluai.kalau saya berada di tempatnya agak sakit serta tak tahu mana tempat nak mengadu.semua orang salahkan dia sebab kisah silam keluarga dia.yang sedih sekarang anak yatim piatu yang di jaga oleh keluarga angkat.

Dia menangis teresak-esak menahan kesedihan saya biarkan dia meluahkan apa yang terpendam lama dalam hatinya.Tak sepatutnya org di sekelilingnya menjadikan dia sebagai pesalah dan bahan sendaan akibat kisah silam keluarganya.Anak tak bersalah dalam hal ini.Dia di lahirkan adalah untuk kita berikan sepenuh kasih sayang serta perhatian.Saya hargai dan berterima kasih padanya sebab mempercayai saya untuk meluahkan apa yang terpendam.terima kasih awak baru 2 hari kita kenal awak dah percayakan saya.dengan bersaksikan kereta buruk saya jazzel menyaksikan tangisan seoarang gadis yang penuh dengan kesedihan.memang tak di nafikan saya sebak untuk menulis.

Atas sebab menjaga privasi saya tak boleh menceritakan masalah sebenar gadis ini.kerana ini akan mengaibkan pihak2 tertentu.hari ini adalah pengalaman terbaru dan agak sedih saya alami.saya tak sangka akan bertemu dengan seorang gadis yang pada asalnya saya lihat ada kekuatan dalam hatinya rupa-rupanya ada kesedihan yang tersirat.Ya ALLAH engkau maha pencipta mencipta setiap ujian darinya.Mungkin ada hikmah saya berjumpa dengannya dan mungkin ini adalah pembelajaran untuk saya belajar berkaitan kehidupan.

Andaikata saya boleh ubah takdir dia saya akan berikan kebahagian dan kegembiraan untuk dia kerana dia sememangnya layak untuk mendapatkannya.Bukan untuk menabur ayat manis tapi saya nampak sendiri dari airmatanya yang mengalir di hadapan saya.saya nampak sendiri kesedihan itu.saya terasa direct in my heart.Awak tuhan menguji awak sebab dia sayangkan awak,dia takkan menguji awak kalau awak tak layak hadapi ujian itu.awak kena tahu hari nie awak dah berjumpa dengan seseorang akan sentiasa berada di belakang awak.saya akan menjadi abang,kawan baik dan tempat awak menangis sepuas-puasnya.saya sentiasa terbuka untuk awak.biarpun kita jauh awak kena tahu saya akan sentiasa ada untuk awak.

Malam semalam tempat yang "dia" menangis dalam kereta mengingatkan saya seorang gadis yang pernah saya cintakan menangis pada di tempat duduk kereta saya.dia menangis kerana telah memainkan hati dan cinta saya..saya dah cerita pada dia.saya janji walaupun buruk kereta saya tidak sesekali saya akan jualnya.banyak peristiwa atau kisah yang mengajar saya semakin dekat mengenali tentang kehidupan...inilah di katakan kuasa tuhan.niat hati pada mulanya nak keluar bersama-sama kawan untuk melihat KL GENGSTER tak terlintas dalam hati jazzel untuk menemuai atau melihat kesdihan atau tangisan seorang gadis lemah.

hehehehehhe sampai sekarang saya masih ingat peristiwa itu.Saya harap awak dekat langkawi akan jagadiri awak baik2 dan jaga nilai awak sebagai seorang gadis dan sentiasa berusaha membuktikan awak akan berjaya dunia dan akhirat.Jangan jadikan setiap dugaan awak hadapi adalah sebab awak mengundur diri dalam kehidupan atau merosakkan diri awak sendiri.saya akan doakan mudahan kegembiraan serta kebahagian akan bersama dengan awak..dekatkan diri awak pada tuhan dan banyakkan berdoa berikan awak kekuatan.

awak telah buka suatu buku baru dalam hidup saya.awak telah mengajar saya suatu level baru dalam kehidupan.awak telah berikan saya kekuatan baru yang menambahkan semangat saya untuk mencapai apa yang saya ingin capai.Sebab tuhan tak pernah kejam dengan hambanya.saya menulis dengan keikhlasan tanpa harapkan apa2 balasan.satu malam saya mengenali dan bercerita dengan awak.cukup mendekatkan saya pada kesedihan,kesakitan hati seorang gadis yang punyai kelembutan hati yang terlalu halus.


"terima kasih IRA airmata awak mengajar saya semakin menghargai dan memahami wanita yang serba lemah,selama ini saya lihat wanita lebih kuat hatinya dari lelaki tapi saya terharu dan tak sanggup lihat airmata itu jatuh lagi.kerana airmata seorang wanita mengajar seorang lelaki menghargai kesedihan seorang wanita"...

special for untuk awak.