Terima Kasih Cikgu Zulhuzaimy :)

Tuesday, May 17, 2011
Saya ucapkan terima kasih pada CIKGU ZULHUZAIMY serta Pengerusi SENIMAN MALAYSIA EN HARUN SALIM BACHIK yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam seni lakon.saya tak pernah telibat secara langsung depan kamera atau sebarang pengambaran drama tv dan filem apa yang saya pernah harungi ialah LIVE MHI TV3.Saya rasa setiap ilmu yang cikgu ajar menyebabkan saya semakin naik ke satu tahap lagi sebelum nie..

Dahulu saya nie pemalu sikit saya pun tak pandai nak belakon.Saya tak tahu apa yang tersembunyi dalam diri saya.Selepas saya belajar,fahami dan hayati sedikit demi sedikit yang di terangkan oleh cikgu baru saya tahu apa erti sebenar lakonan.Saya mengambil ilmu yang di berikan bukan untuk membangga diri saya ingin di gelar sabagai pelakon tapi saya rasa seronok dapat selami yang tersembunyi dalam diri saya.

zaman kecik2 orang selalu ejek saya,selalu pandang rendah saya,selalu buli2 saya..banyak yang negative saya dapat..tapi semakin saya dewasa semuanya semakin mematangkan saya.Apa yang cikgu cuba sampaikan seperti saya pernah laluai.Cuma saya tak tahu bagaimana untuk mengeluarkan semula apa yang saya rasai.perasaan,emosi,perlakuan serta olah tubuh untuk menghasilkan gaya lakon yang terbaik..bayangkanlah bukan mudah nak keluarkan atau mengolah tubuh yang gemuk nie untuk menjadi apa yang sepatutnya.

terima kasih cikgu saya tahu mengapa cikgu maki hamun saya dahulu,saya tahu kenapa cikgu kritik saya kaw2 dulu.saya tahu apa yang cikgu katakan semuanya benar2.walaupun saya tak hebat lagi seperti pelajar2 lain tapi saya cukup bangga dapat berguru dengan cikgu yang penuh dengan ilmu.Biarpun suatu hari nanti saya tak di takdirkan pelakon hebat seperti cikgu ,saya akan gunakan ilmu2 cikgu beri untuk setiap perjalanan hidup saya.

inilah lakonan cikgu saya...




hehehehhehe ini plak lakonan anak muridnya jazli sebelum join Rumah aktor...malu kena kritik habis di forum lowyat.net dan beberapa forum high trafik.



"LAKONAN BUKAN SEKADAR LAKON UNTUK JADI POPULAR,TAPI LAKON ADALAH TEORI DAN PRAKTIKAL DALAM KEHIDUPAN"