Jazzel & Pengacara MHI Tv3.

Tuesday, May 17, 2011
JAZLI BERSAMA KAK WARDINA.


Terima kasih banyak Pada TV3 kerana telah memberikan peluang pada saya untuk merasai pengalaman on air serta berjumpa secara rapat dengan pengacara2 rancangan MHI TV3.walaupun pertama kali saya menjejak kaki di sana di studio B.tapi pengalaman itu tidak akan saya lupakan sampai bila2.saya belajar sesuatu dari pengalaman yang saya dapat.bukan semata-mata nak masuk TV3 tapi sokongan dari semua orang menyebabkan saya semakin bersemangat untuk terus mencapai matlamat saya menguruskan badan dan membuang lemak2 degil ..

JAZZEL BERSAMA ALLY ISKANDAR.

tapi saya ucapkan ribuan terima kasih pada Abg AHMAD FEDTRI YAHYA yang telah banyak membantu serta memberikan semangat saya untuk mencapai apa yang saya impikan.Pertolongan abg fedtri telah sedikit sebanyak membantu saya mendapat kata semangat dari seluruh rakyat malaysia yang banyak memberikan sokongan melaluai facebook serta online forum.



Jazzel Bersama Abg AHMAD FEDTRI YAHYA

Dari kecil hanya melihat sahaja depan TV tiap kali MHI bersiaran,tapi saya gembira bila besar sendiri dapat masuk bercakap secara live di MHI..dulu ingat lagi time kecik zaman aziz desa dgn hasbullah awang..ehehehehe..tak sangka inilah ketentuan tuhan untuk saya belajar dan merasai detik itu.bukan sekadar nak berbangga masuk TV3 tapi pengalaman berharga saya dapat..memang best.!

Jazzel bersama ABG M.ZUL