Filem 1 lawan 1 Pertemukan Jazzel Dan Piere Andre.....

Friday, November 25, 2011
hye!...lama sudah saya tak menulis blog saya...rindu beb nak menulis..terima kasih walaupun blog saya bersahaja tapi ramai sudah datang melawat dan ada juga yang iri hati dengan blog saya...apa2 pun semua ini ada permulaan terbaik saya dalam karier sebagai seorang pelakon...FILEM 1 lawan 1 menemukan saya dengan pengarah serta pelakon terkenal dan sering di sebut Piere andre...dulu masa tak join bidang nie saya just melihat depan Tv jek...tapi selepas berusaha belajar dan berusaha yang terbaik berjumpa juga dengan pengarah dan pelakon ini...

Saya Hampir Bunuh Diri Dari Rooftop

Saturday, November 19, 2011


pengalaman demi pengalaman saya dapat selama saya ceburkan diri dalam industri yang penuh warna..ramai ingat nak jadi pelakon mudah..terus terang bukan semudah menyusun abjad untuk di jadikan perkataan,tapi sebabkan minat yang mendalam saya suka belajar dan terus belajar..."ADUL MENCARI CINTA"...ehehehe inilah telemovie yang banyak kontreversi dan politik dalaman....apa2 pun semua pengalaman yang ini saya jadi sebagai rujukan..

"DIA" penulisan dari Isi Hati (Part 1 )

Monday, November 7, 2011

Menerusi jiwa yang lara sungguh indah perasaan ini.Bila terkenang saat itu sangat indah penilaian perasaan yang menyimpan satu makna…bila melihat sepasang mata yang sangat menakjubkan hati ini merasakan suatu perasaan yang sangat kagum penciptaan kebesarannya.mungkin ini adalah takdir yang telah tersurat untuk seorang hamba Allah yang mengejar suatu matlamat dalam kehidupan.Bukan mudah untuk hati kecil ini bermain dengan suatu rahsia perasaan yang tiada kepastian.Dia adalah inspirasi yang di anugerahkan tuhan untuk aku hargai.Bukan suatu permainan yang tiada penghujung.Namun dengan tercipta DIA menjelmalah suatu semangat yang mengingatkan aku tentang suatu perasaan.bila aku melihat sepasang mata itu aku terlihat suatu rasa atau luahan yang menyatakan DIA adalah ujian atau sebaliknya.terdetik setiap saat terpikir sejenak siapakah DIA?..

Pembelajaran mengajar saya sesuatu

Thursday, November 3, 2011

berjalan dengan kehidupan yang penuh liku2 ini bukan semudah yang di sangka...saya semakin belajar banyak benda baru dan semakin mengenali setiap yang tersirat..yang kaya akan terus mencari kekayaan dan yang miskin akan terus menagih simpati pada yang berkemampuan..inilah takdir semkin kita mengenali kehidupan semakin kita mengetahui segala yang kita bakal rasai... YA TUHANKU ENGKAU MUDAHKAN SETIAP PERJALANAN HAMBAMU INI,.....huhhhhhh saya semakin merasai kegagalan...tapi saya cinta apa yang saya lakukan sekarang...tunggu dan lihat setiap yang terjadi..bukan mudah untuk meniti sebuah titi yang usang dan rapuh.....belum tentu kita mampu melangkah sehingga ke akhirnya...

1/11/11 hadiah Birthday saya paling bermakna jumpa si "DIA".

Monday, October 31, 2011


asalamualaikum/salam sejahtera....... 1/11/2011 atau 1/11/11 suatu nombor atau angka yang memberikan seribu kenangan yang terbaik buat saya..selama ini saya rahsiakan siapa pendorong atau inspirasi untuk saya terus berjalan dan semakin maju ke hadapan.....inilah orangnya....saya jumpa dia semasa lepak bersama kawan2.....pelik sebab dia suka pakai kacamata yang besar...macam orang tua jek tengok...tapi sebenarnya tuhan berikan suatu semangat inspirasi yang saya tak tahu nak terangkan macam mana...

Cerita Sebalik Jazli & PILIH KASIH 3 bersama ROSYAM NOR,

Saturday, October 29, 2011




asalamualaikum/salam sejahtera semua pembaca blog saya...waaaaaa!akhirnya lepas kerinduan saya beraksi atas stage..seronok sangat dapat beraksi di BUKIT TINGGI KLANG..seronok dapat berlakon dengan seorang shabat Didi firdaus yang berpengalaman dan banyak berikan tunjuk ajar.walaupun saya tak mampu lagi nak follow sejauh dia skill lakonan saya cuba lakukan yang terbaik..akhirnya persembahan kami mendapat tepukan yang gemuruh dari penonton dan pengunjung shooping mall bukit tinggi..

Terima kasih En Ahmad Idham berikan Peluang Dalam "MAEL LAMBONG"

Sunday, October 23, 2011

Syukur alhamdulillah.....setiap usaha pasti akan ada hasilnya.Niat asal temankan sahabat...dah berputus asa Sebab casting MAEL LAMBONG hanya mencari pelakon yang boleh buat stunt.Melihat badan yang GEMUK hanya mampu mengankat kaki hasil pengalaman taekwando zaman2 sekolah rendah..namun berkat kawan DIDI FIRDAUS niat nak membantu memberikan profile pada Abg AHMAD IDHAM memberikan suatu peluang untuk saya belajar sesuatu yang baru ke level seterusnya untuk pencapaian peribadi...terima kasih banyak2 Abg ahmad Idham dan team produksi memberikan saya peluang....saya cuba buat yang terbaik,walaupun masih baru saya akan cuba belajar dan lakukan yang terbaik..

Terus Berusaha Walaupun Di kritik Yang negative..

Tuesday, October 18, 2011




aslamualaikum/salam sejahtera...apa la salah saya?kenapa saya sering jadi perhatian?begitu banyak manusia dalam industri nie saya juga di hentam dan di perhatikan dengan hebat....apa salah saya...baru2 ini saya dapat sms berbau negative..soalnya dari rakan seguru sama2 belajar acting....sampai blog saya nie pun di perhatikan..kalau sakit hati dengan entry blog2 saya jangan lawat dan saya tak minta DIA melawat blog saya...hehehehehehhe mungkin di cemburu sebab blog dia tak ada orang nak melawat..saya pun bukan power atau pandai lagi dalam bidang lakonan....saya hanya mahu belajar dan terus belajar...tak terlintas hati saya nak sakitkan hati mana2 pihak...ini adalah hak dan kemahuan saya...SAYA NAK ACTING UNTUK CARI SETIAP KEISTIMEWAAN YANG ADA DIRI SAYA...