Tamiya Mini 4wd hobi dari kecil....

Wednesday, January 15, 2014

Sekarang tengah heboh mengenai Tamiya mini 4wd pelbagai golongan bermain mini 4wd nie atau saya panggil sebagai tamiya.Nampak macam senang hanya kereta kecil dan mudah untuk di kelolakan...tapi permainan ini banyak melibatkan sebarang konsep mekanikal dan banyak menggunakan otak.

terima kasih pada abah sebab dia yang belikan tamiya ini untuk anaknya yang comel ini untuk di mainkan bersama teman-teman..saya bukan anak orang kaya nak bermain di trek hanya longkang dan jalanraya menjadi tempat saya bermain.pelbagai gelagat dan pengalaman saya selama saya bermain tamiya hampir 20 tahun tamiya ini dah menjadi darah daging saya...

sampai bila2 pun tamiya ini akan menjadi kenangan terindah saya...abah memang abah terbaik sanggup kumpul duit belikan anak dia tamiya maklumlah ayah saya hanya kerani kerajaan jek masa tue..mula2 abah belikan sebiji kereta mini 4wd ingat lagi black avante body lutsinar hitam...pasang sama2 dengan abah sampai menjadi suatu kereta...time tue baru darjah dua..mana trek abah bawak naik motor buruk walaupun terconget kebelakang motor tue yamaha cup 80 ada belakang rumah..masih dalam segar seolah-olah semalam jek baru terjadi....dalam keadaan hujan di redahkan juga sampai ke sogo untuk bermain trek...sampai jek trek paling sedih berikat dengan getah lagi motor tamiya tue...jalan bising jek yerlah dah patah....tak ada duit nak beli bukan anak orang kaya..

abah sanggup bawak bekal gi kerja semata-mata nak kumpul duit nak belikan trek dan tamiya baru...yeahh!akhirat keluarlah kereta magnum cyber yang warna hitam tue...di sinilah aku bermula berlajar satu persatu tentang tamiya mini 4wd..bayangkan umur aku darjah 5 dah lumba dan bermain orang yang atas aku...macam kajian di lakukan untuk melajukan motor...time tue daisheng pengedar tunggal barangan tamiya ke malaysia..


banyak suka duka saya selama saya bermain tamiya cukup pengalaman selama 20 tahun mengajar apa makna sebenar mini 4wd...terima kasih abah belikan tamiya untuk saya...walaupun dia tak ada duit time tue sampai mak marah manjakan sangat saya belikan tamiya mahal2....semua brand mini 4wd saya dah cuba...dari auldey,diamod,cap china,brand tepi jalan....semuanya sama konsep yang sama...siapa yang kenal saya pasti akan tahu siapa saya....saya takkan biarkan diri saya kalah saya mahu menang...hehehehehe hampir pokai abah time tue belikan anak dia yang debab nie tamiya....

stop jap bermain tamiya bila mula ke kolej dan slow2 hilang tamiya mini 4wd nie....eheheheheh sekarang ia datang semula....tapi dengan konsep dan komponen yang baru....tak adahal benda nie small metter jek tengah updated pengunaan komponen tue...dan siap uji kaji baru saya akan berjumpa dengan racer2 yang rasa diri diorg hebat dan angkuh....kita biarkan jek permainan mereka..saya anggap ini semua hobie yang buat saya mengingatkan kenangan lampau tanpa abah tak mungkin saya kenal apa makna dan nikmat sebenar tamiya......dengan motor pancit,redah hujan,di ejek kereta tamiya tak laju,dan semuanya saya telah laluai....sampai ada satu tahap saya tak mampu saya ada jek dekat kedai tamiya tue lihat jek....kawan2 tegur asyik kau jek dekat kedai tamiya nie...belinya tak...

terima kasih pada TAMIYA INC mencipta mainan yang banyak penceritaanya...bukan kejuaraan yang di kejar tapi pengertian sebagai racer sebenar yang perlu ramai tahu...kalau setakat angkuh dan takbur dia terhebat itu bukan nilai seorang racer yang sebenar...seorang racer sebenar dapat gunakan apa jenis kereta dan barang walaupun murah menamatkan perlumbaan dengan positif..


terima kasih teman2 yang sudi mengajar dan mengingatkan semula kompenen tamiya yang telah hampir lupa dari ingatan...tapi kenangan dan pengalaman lepas tetap segar di ingatan......hidup tamiya!terima kasih abah belikan tamiya saya :)