Showing posts with label astro Prima. Show all posts
Showing posts with label astro Prima. Show all posts

Drama SAHABAT temukan saya dengan Sara Ali Oooooh sara ali... :)

Tuesday, June 18, 2013

lama tak updated blog..alhamdulillah sedikit demi sedikit mendaki tangga dalam kerjaya seni ini bukan mudah..takkkan jemu untuk mencari setiap yang tersirat dalam diri manusia yang bergelar GEMOKMAN...yeah! terima kasih pada team drama "sahabat" yang berikan sedikit ruang untuk mencari secebis pengalaman berlakon dengan manusia2 hebat ini dan punyai pemikiran lain dari yang lain..mula2 sampai lokasi drama sahabat nie tak kenal siapakan gadis cantik ini...rupanya inilah sara ali..memang cantik dan punyai character yang tersendiri..memang seseorang yang berbakat agak nervous gak beraksi dengan adik kecik nie...aura dia lain dari yang lain...lebih kurang masa beraksi mula2 masa drama supermak TV3..sempat juga bertweeter dengan dia...heehehehehe 

Joker Malaysia Dalam Telemovie Jeffri Dan Karina Di Rumah Besar for Astro Ceria

Tuesday, February 19, 2013

"woiiiiii abis sanwich aku kau jatuhkan" itulah dialog si Clown yang ganas suka kacau budak2 dalam telemovie JEFRI DAN KARINA DI RUMAH BESAR....akhirnya watak yang saya suka dan minat dapat juga.hehehehehe ingat jadi badut baik tapi kena jadi badut yang ganas suka sakat orang sana sini..ini adalah telemovie terbaru lakonan saya di dalam ASTRO ceria...terima kasih Pada Production FILMSCAPE SDN BHD memanggil saya untuk melakonkan watak ini..susah nak buat pertama kena sabar di makeup kan tebal untuk menjadi badut....putih kena makeup..hehehehehe

Drama Shara Astro Prima (provokasi pada pemahaman islam)

Wednesday, January 30, 2013

Drama shara Astro Prima.ini drama islam mana ada peluk..siap cakap ilove u lagi..memang mencabar sensitiviti org islam betul..ada hikmah dulu saya di tolak oleh Production manager..mula2 kata terima siap dah deal harga lagi..inilah balasan producer yang mementingkan keuntungan semata-mata..reason stesen Tv astro tak nak...saya tak ada masalah tuhan berikan saya rezeki lain...mula2 masa casting takut juga saya sebab melakonkan watak2 yang islamik nie...yerlah itu merupakan tangungjawab besar...time tue saya casting bawakan watak seorang genius dan lurus bendul....ada ke creative director suruh saya hyper aktif meloncat2 macam org tak betul..ini islamik.

Telemovie Haron Ron Ron bersama YUSOFF KELANA.. "SHAUKI"

Thursday, January 3, 2013
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi akhirnya menulis juga saya setelah sibuk menguruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran...Setelah hampir 2 minggu tak berlakon akhirnya Director yang sangat garang dan tegas memberikan peluang untuk saya berkerja dalam salah satu telemovie arahan dan terbitan productionnya YKS production.Telemovie ini bertajuk HARON RON RON..dalam banyak2 job lakonan ini paling mencabar semua aspek mental dan kesabaran.Kalau tak nak di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai...macam tue juga lah kalau nak berlakon dengan Yusoff kelana kalau tak tahan nak kena marah jangan rasa nak berlakon drama arahannya.sampai menitis air mata tue...bukan dekat set bila dah balik rumah.

DRAMA TIARA ASTRO PRIMA : PROFILE "CHEMAT" JAZLI HASSAN.

Wednesday, October 24, 2012

 NAMA: MUHAMMAD JAZLI HASSAN

COMERCIAL:JAZLI HASSAN

blogger semua jangan lupa.lakonan saya "chemat".dalam DRAMA "TIARA".

Sunday, October 21, 2012
 asalamaualaikum dan salam satu malaysia..terima kasih kerana mengunjungi blog saya..harap semua para sahabat blogger dapat melihat lakonan saya "chemat" di astro prima 22hb OCT 2012 jam 5ptg dan ulangan pukul 9MLM.selain menulis blog hobi dan minat saya dalam bidang lakonan sangat tinggi...dalam drama tiara ini saya telah di beri peluang melakonkan watak "CHEMAT" kawan baik kepada "kamal" di lakonkan oleh aliff aziz,"TIARA" dilakokan oleh ADIRA AF..saya bersyukur kalau sesiapa yang follow setiap penulisan dalam blog saya mesti ramai tahu saya bermula dari bawah...terima kasih juga pada director yang mempercayai saya..sebelum ini saya terlibat dengan drama 'PULAU PANDAN JAUH KE" yang telah mendapat rating yang agak tinggi di astro warna...Director yang sama telah memberikan kepercayaan pada saya untuk membawa watak "CHEMAT"....mudahan kali ini akan membuat ramai tersenyum..segala kesilapan akan saya perbaik dan saya akan cuba menjadi yang terbaik..harap kawan2 blogger dapat berikan sokongan pada saya..

Drama TIARA di ASTRO PRIMA (koleksi gambar)

Wednesday, October 17, 2012
huhhhhhhh tak sabar menanti DRAMA TIARA DI ASTRO PRIMA TAK LAMA LAGI..iaitu 22hb OKTOBER 2012 Jam 5.30 ptg dan 9MLM..seperti yang kita tahu drama ini penuh dengan kontreversi dari kisah artis sehingga pengurusan produksi.Saya dalam drama tiara ini melakonkan watak "CHEMAT" kawan baik aliff aziz (watak Kamal) dan Adira (watak Tiara) dan tak lupa juga MIZY RAZUAN (watak Dani).banyak pengalaman dan suka duka selama saya terlibat dengan pengambaran drama tiara ini.Bukan mudah untuk beraksi dalam lakon Tv ini..saya harap penonton dapat melihat hasil lakonan saya jazli hassan yang telah di sebut oleh orang ramai saya serupa dengan mirip wajah ARWAH ABANG KUMAN...tapi sebenarnya saya tiada sedikit pun talian darah dengan ARWAH ABANG KUMAN..ehehehe..di sini secara ekslusif saya mempamerkan antara gambar2 koleksi selama dalam pengambaran DRAMA TIARA.

Drama "TIARA" Astro Prima, pengalaman ke tahap seterusnya :)

Saturday, August 25, 2012

Tiara sebuah drama 20 episod megisahkan kisah cinta Kamal dan tiara yang penuh tragis serta pengorbanan yang penuh makna.cerita dari kisah seorang remaja hingga menjadi seorang bapa serta ada unsur persahabatan yang kuat antara kamal,chemat dan dani...sazzy dan khai juga antara watak angtagonis yang menjadi penghalang kisah cinta kamal dan tiara..pelakon2 senior turut membintangi drama ini...untuk selanjutnya saksikan di astro prima september ini...sekali lagi saya bersyukur dengan menaiki satu tahap lagi sealama kurang dari setahun saya berada dalam industri seni ini....