Showing posts with label Astro gempak. Show all posts
Showing posts with label Astro gempak. Show all posts

bila blogger menjadi pelakon...

Wednesday, December 18, 2013

yeahh kembali menulis blog setelah lama meninggalkan blogku yang berhabuk nie...ada seseorang telah menayakan adakah gambar di atas gambar saya berlakon..yeahh memang saya melakonkan watak SHAUKI dalam telemovie haron ron ron...ramai cakap kenapa saya lain dari yang lain dalam tv...memang lain sebab saya berlakon...kalau siapa kenal saya yang sebenar saya bukan macam tue...sebelum terlibat dalam dunia lakonan saya memang saya suka menulis blog...tapi tak femes macam blogger2 lain hehehe...

Sahabat Astro Gempak..terima kasih semua pengundi

Monday, April 15, 2013
asalamualaikum dan salam sejahtera terima kasih semua pada yang mengundi saya untuk Sahabat Astro gempak yang memberikan sokongan pada saya yang tidak putus memberikan undian terbaik untuk Sahabat di asto gempak.saya bersyukur dan permulaan terbaik bagi saya selaku pelakon baru dalam industri seni malaysia.Mudahan ini menjadi platform untuk saya terus maju setanding mereka yang hebat dalam dunia lakonan ini.Terima kasih pada pihak ASTRO malaysia dan Suhan Movie.

blogger semua jangan lupa.lakonan saya "chemat".dalam DRAMA "TIARA".

Sunday, October 21, 2012
 asalamaualaikum dan salam satu malaysia..terima kasih kerana mengunjungi blog saya..harap semua para sahabat blogger dapat melihat lakonan saya "chemat" di astro prima 22hb OCT 2012 jam 5ptg dan ulangan pukul 9MLM.selain menulis blog hobi dan minat saya dalam bidang lakonan sangat tinggi...dalam drama tiara ini saya telah di beri peluang melakonkan watak "CHEMAT" kawan baik kepada "kamal" di lakonkan oleh aliff aziz,"TIARA" dilakokan oleh ADIRA AF..saya bersyukur kalau sesiapa yang follow setiap penulisan dalam blog saya mesti ramai tahu saya bermula dari bawah...terima kasih juga pada director yang mempercayai saya..sebelum ini saya terlibat dengan drama 'PULAU PANDAN JAUH KE" yang telah mendapat rating yang agak tinggi di astro warna...Director yang sama telah memberikan kepercayaan pada saya untuk membawa watak "CHEMAT"....mudahan kali ini akan membuat ramai tersenyum..segala kesilapan akan saya perbaik dan saya akan cuba menjadi yang terbaik..harap kawan2 blogger dapat berikan sokongan pada saya..

Drama TIARA di ASTRO PRIMA (koleksi gambar)

Wednesday, October 17, 2012
huhhhhhhh tak sabar menanti DRAMA TIARA DI ASTRO PRIMA TAK LAMA LAGI..iaitu 22hb OKTOBER 2012 Jam 5.30 ptg dan 9MLM..seperti yang kita tahu drama ini penuh dengan kontreversi dari kisah artis sehingga pengurusan produksi.Saya dalam drama tiara ini melakonkan watak "CHEMAT" kawan baik aliff aziz (watak Kamal) dan Adira (watak Tiara) dan tak lupa juga MIZY RAZUAN (watak Dani).banyak pengalaman dan suka duka selama saya terlibat dengan pengambaran drama tiara ini.Bukan mudah untuk beraksi dalam lakon Tv ini..saya harap penonton dapat melihat hasil lakonan saya jazli hassan yang telah di sebut oleh orang ramai saya serupa dengan mirip wajah ARWAH ABANG KUMAN...tapi sebenarnya saya tiada sedikit pun talian darah dengan ARWAH ABANG KUMAN..ehehehe..di sini secara ekslusif saya mempamerkan antara gambar2 koleksi selama dalam pengambaran DRAMA TIARA.

Drama "TIARA" Astro Prima, pengalaman ke tahap seterusnya :)

Saturday, August 25, 2012

Tiara sebuah drama 20 episod megisahkan kisah cinta Kamal dan tiara yang penuh tragis serta pengorbanan yang penuh makna.cerita dari kisah seorang remaja hingga menjadi seorang bapa serta ada unsur persahabatan yang kuat antara kamal,chemat dan dani...sazzy dan khai juga antara watak angtagonis yang menjadi penghalang kisah cinta kamal dan tiara..pelakon2 senior turut membintangi drama ini...untuk selanjutnya saksikan di astro prima september ini...sekali lagi saya bersyukur dengan menaiki satu tahap lagi sealama kurang dari setahun saya berada dalam industri seni ini....