Drama "TIARA" Astro Prima, pengalaman ke tahap seterusnya :)

Saturday, August 25, 2012

Tiara sebuah drama 20 episod megisahkan kisah cinta Kamal dan tiara yang penuh tragis serta pengorbanan yang penuh makna.cerita dari kisah seorang remaja hingga menjadi seorang bapa serta ada unsur persahabatan yang kuat antara kamal,chemat dan dani...sazzy dan khai juga antara watak angtagonis yang menjadi penghalang kisah cinta kamal dan tiara..pelakon2 senior turut membintangi drama ini...untuk selanjutnya saksikan di astro prima september ini...sekali lagi saya bersyukur dengan menaiki satu tahap lagi sealama kurang dari setahun saya berada dalam industri seni ini....

Dulu ingat lagi masa mula beraksi Teater Muzika Andalusia arahan Zulhuzaimy..eheheheh apa2 pun terima kasih cikgu serta pihak Seniman malaysia kerana telah mewujudkan RUMAH AKTOR SENIMAN..."TIARA" adalah drama seterusnya dalam perjalanan kisah saya bergelar anak seni yang masih banyak lagi menimba pengalaman..dalam drama ini saya membawa watak CHEMAT seorang yang gila2 serta punyai sifat setia kawan yang tinggi sedaya upaya membantu kawannya kamal untuk mendapat cinta sejatinya TIARA..ini merupakan cabaran bagi saya kerana berlakon pada bulan puasa..alhamdulillah syukur sebab saya puasa penuh..

Saya suka dan cinta dengan kerja yang saya lakukan...tak tahu kenapa....jangan tanya saya kenapa saya tersesat dalam bidang inu...ehehehehehe...oh ya terima kaih pada MOHD syazwan selaku kawan yang banyak membantu..ramai ingat dia PA saya bukan....belum mampu lagi nak upah PA....


saya bukan seorang yang ada nama yang GAGAH seperti ADIRA dan ALIFF aziz dan beberapa nama hebat dalam drama ini tapi saya cuba beraksi dan berikan yang terbaik dengan sedikit ilmu serta pengalaman yang ada untuk memberikan hasil lakonan yang terbaik...terima kasih juga pada ABG ayie nuwairi dan Abg aswad yang telah memberikan peluang untuk saya beraksi dalam drama ini..kepada tuan Director SHAMBY DANISH dan Assitant Director abg Aziem terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar serta banyak membantu saya set lokasi..hehehehe maafkan saya kalau pergerakkan saya agak lembab bulan puasa tenaga limited sikit...

watak "chemat" nie banyak gunakan gerakkan...berlari pergerakkan semuanya besar,reaksi muka yang besar,lontaran suara yang besar serta penghayatan yang besar....berlakon bukan benda yang mudah..banyak gunakan tenaga serta otak...walau bagaimana pun saya tetap berusaha buat yang terbaik walaupun kadang2 ada lakukan kesilapan...


crew2 juga semuanya style2..semuanya baik2 serta sporting walaupun berkerja dalam keadaan yang huru hara sekali sekala...hehehehe apa2 pun ini semua pengalaman dan pembelajaran yang terbaik bukan sekadar nak berlakon jek pandai tapi kena belajar mendalami setiap aspek yang persekitaran dalam set pengambaran...pada wordrobe dan makeup artis terima kasih banyak membantu saya ehehehehehe....pakaian untuk set drama kali ini banyak di pakai...hampir semua baju shooting saya di pakai...warghhhhhhh!..nak cari sponsor nama tak gah lagi....baru nak bertatih...
"pulau pandan jauh ke!" arahan director yang sama telah mendapat high rate di astro lakonan saya sebagai spy...harap2 "tiara" drama 20 episod ini akan mendapat sambutan yang terbaik dari penonton....kali ini gabungan pengalaman SUPERMAK,NEGATIVE 1,ADUL MENCARI CINTA,FILEM OH MAK KAU dan semua saya gabungkan jadilah CHEMAT versi tiara......memang saya tak ada nama segagah mereka tapi saya akan cuba pastikan setiap yang saya lakonkan akan mendapat sedikit perhatian penonton drama ini..


selain itu juga drama "TIARA" juga telah mengeratkan serta mengembangkan silaturahim antara pelakon2 lain...ADIRA af,ALIFF aziz dan ramai lagi..rasa dah macam family sendiri..hhehehehehe si gemuk yang comel...first block nie memang menguji semua aspek mental dan stamina....dengan panas terik puasa kena berlari kena buat movement besar...pengalaman yang tak dapat di lupakan...



dengan izin darinya saya akan beraksi untuk 2 telemovie...insyallah..masih merisik khabar lagi...tapi dalam hati kecil ini saya rindu teater..warghhh! sebab teater saya rasa puas..syukur "TIARA" kita tercatat dalam sejarah perjalanan carier saya yang tak sampai setahun lagi....terima kasih juga buat kawan2 yang banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar..

pasnie ada sesuatu watak yang agak berat menanti saya...mudahan projek2 akan datang saya mampu lakukan yang terbaik...saya tak hebat tapi saya suka berlajar menjadi hebat...mudahan suatu hari nanti saya akan sebaris dengan pelakon2 lain..terima kasih pada mereka2 yang memberikan peluang pada insan kerdil macam saya.........sambung lagi menulis blog untuk 2nd blog katanya chemat jadi matang plak...ehehehehe :)