Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi akhirnya menulis juga saya setelah sibuk menguruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran...Setelah hampir 2 minggu tak berlakon akhirnya Director yang sangat garang dan tegas memberikan peluang untuk saya berkerja dalam salah satu telemovie arahan dan terbitan productionnya YKS production.Telemovie ini bertajuk HARON RON RON..dalam banyak2 job lakonan ini paling mencabar semua aspek mental dan kesabaran.Kalau tak nak di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai...macam tue juga lah kalau nak berlakon dengan Yusoff kelana kalau tak tahan nak kena marah jangan rasa nak berlakon drama arahannya.sampai menitis air mata tue...bukan dekat set bila dah balik rumah.
Agak gemuruh nak berlakon dengan senior Abg Harun salim bachik....hurmmmm terima kasih kerana bersabar dengan saya yang baru berlajar.ini merupakan pengalaman yang tak dapat di lupakan. SKRIPT pen merah menjadi ingatan dalam pengalaman dalam kerjaya saya sebagai seorang pelakon..dalam Harun RON RON ini saya membawa watak "SHAUKI" seorang yang bertangung jawab mencari 3 orang adik beradik yang memiliki kekayaan yang di tinggalkan oleh ibunya sebanyak 3 juta Euro tue...perghhhhhh kaya beb.
dalam banyak set ini paling saya takut nak berlakon..haishhhh tak tahu kenapa..Terima kasih kepada semua krew2 YKS yang sabar melayan kerenah saya...tergagap-gagap nak dialog apabila melihat pen merah atas skript..kali ini tak seperti selalu baru terasa pengalaman masih sedikit dan perlu banyak lagi perbaiki..kalau tak cuba dan tak alami berlakon atasa arahan Yusof kelana sampai bila kita nak dapatkan pengalaman dan ilmu2 yang cuba dia sampaikan...atas dasar minat dan ingin berlajar saya teruskan juga sebab saya tak hebat dan saya memang nak berlajar....hati kena keras ROY..
berbalik pada Telemovie ini cerita komedi walaupun skript yang dapat pada saya tak sepenuhnya..tapi saya faham telemovie ini menceritakan ragam seorang pemandu teksi dengan teman2 yang susah tertiba dia limpahkan rezeki untuk mendapat kekayaan luar biasa...tayangannya saya tak pasti tapi pengalaman selama 4 hari ini memberikan kesedaran untuk terus maju dan saya takkan putus asa dengan apa yang di lontarkan ke atas saya di set..
saya tak marah dan saya jadikan ini semua antara sebahagian liku-liku untuk terus maju...nasihat yang di berikan ada betulnya..insyallah saya akan perbaiki dan cuba perbaiki lagi...2013 ini genap setahun lebih saya dalam industri lakonan ini...masih banyak lagi yang perlu saya berlajar....pelbagai ragam manusia saya dapat lihat di set pengambaran ini...biarkan saya jadikan rujukan untuk masa hadapan...semua ini pembelajaran....berkerja di set yussof kelana teringat ketika berlajar di Rumah Aktor tentang Filem seniman bujang lapok Director Ahmad Nisbu...heehehehehehe
Aduh sedih KAsut kuning saya kena curi di Rumah....AHhhhhhh sedih...kasut itu dah 2 set saya bawa ia berlakon set Filem MAMAK CUP CAKE dan TELEMOVIE HARON RON RON....dan nak jadikan cerita lagi Character "Shauki" dari segi luaran sama dengan FILEM MAMAK CUP CAKE "bodyguard"....cuma janggut pelik jek tak ada...takut sampai tak boleh nak berdialog seperti biasa...mod hilang...itu antara cabaran2 berlakon dalam telemovie ini...
tahun 2012 adalah penutup Telemovie HARUN RON RON dalam senarai yang saya lakonkan.....penutup dengan penuh cabaran...terima kasih mengajar,menasihati dan berikan saya melihat lagi besar tentang kerjaya sebagai seorang pelakon.....dengan izin pencipta saya akan perbaiki mana yang perlu saya perbaiki...
Pages
Seorang Yang Percaya Kelemahan Itu Keistimewaan