ilmu yang di berikan cikgu zulhuzaimy menjadi garis panduan saya untuk terus berjalan dalam industri seni yang penuh ranjau ini.Bukan senang nak di gelarkan seorang pelakon.Bukan sekadar membaca skript tapi harus faham setiap elemen yang melibatkan teknikal.Bermula dengan lakon tv pertama saya iaitu drama bersiri SUPERMAK tv3..di situ saya berlajar bagaimana menjadi seorang pelakon.saya tak ada paras rupa yang hendsome dan kacak tapi saya belajar mencari setiap yang tersirat dalam diri ini.
DRAMA SUPERMAK tv3 Supporting WATAK "ABU"
zaman sekolah dahulu hanya tahu untuk melihat setiap lakonan yang cuba di berikan.sekarang saya sendiri merasakan.pada zahirnya saya hanya berlajar lakonan teater agak kekok bila beraksi dalam seni lakon TV..saya sentiasa mahu belajar dan mencari setiap yang tersirat dalam diri ini.Bukan mudah untuk menjadi seorang bintang kjena usaha dan terus berusaha.
MENTOR 3 TV3 ADIBAH NOR PREVIEW
berkat dorongan kawan menjadikan saya semakin ingin berusaha mencapai tahap tertentu.penat kadang2 nak menangis pun ada kerana mahu membuat ramai orang tersenyum.lagi bila kita berbadan besar ramai ingat kita nie adalah seorang pelakon komedi.sebenarnya saya bukan seorang yang suka pada komedi.
TELEMOVIE JANJI,JUJUR SEPI. Tv9 SUPPORTING "JAJA"
terima kasih pada production house yang memberikan saya peluang.saya bermula dengan CASTING..terima kasih pada CASTING IN MALAYSIA group yang ada di facebook.saya berlajar dan terus berlajar untuk menjadi someone suatu hari nanti.Saya tak pernah pikir mengenai populariti tapi saya tahu suatu hari nanti populariti akan datang.
FRIDAY I'M IN LOVE tv9 WATAK "BOBOI"
saya pernah tinggal RM5 jek dalam poket semata-mata nak pergi casting untuk tambah lagi pengalaman.beraksi untuk sesuatu drama akan membuatkan seorang puas bukan sebab kerana keluar tv tapi sebab dapat melakonkan watak luar dari diri kita...memang ramai ingat senang dulu pun saya pikir macam tue tapi susah..semakin kita berlakon banyak drama semakin kita perlu upgrade level kita dari satu tahap ke tahap seterusnya..
DRAMA HARAPAN ASTRO TVI WATAK Supporting "HABIB"
pengalaman paling berharga adalah berlakon dengan team production dari Bollywood..dari situ saya dapat rasakan pengalaman serta kelainan dari segi mereka berkerja.huhhhhh sekali menulis ini mengenali setiap apa yang saya rasa..betul kata abg kumin dalam industri lakonan ini macam ragam ada slow2 dan belajar...saya pernah di duga memilih antara keluarga atau kerja...apabila dapat tawaran AHMAD IDHAM dalam Filem Mael LAMBONG...Filem mael lambong sepatutnya merupa filem pertama saya beraksi...tapi tak ada rezeki..
Pulau Pandan Jauh ke! ASTRO WARNA Supporting "SPY"
buat masa nie tahun 2012 saya hanya beraksi untuk 3 filem Filem OH MAK KAU,FILEM SENGAT,FILEM MAMAK CUPCAKE..kalau ADA rezeki akan beraksi FILEM NANGKANG STYLE..saya bermula dari bawah setiap peluang yang di berikan akan saya gunakan sebaiknya..
CEREKARAMA tv3 Pengawal hatiku Supporting WATAK "CHAD"
DRAMA TIARA ASTRO PRIMA supporting WATAK CHEMAT.
kalau suatu hari nanti saya berada di atas saya takkan lupa bagaimana suka duka saya di bawah..di hina di perlekehkan,dilayan macam hamba dan bermacam-macam saya rasa...bukan senang nak bergelar seorang pelakon yang bermula dari bawah...bukan mudah bukan senang...
FILEM OH MAK KAU! supporting WATAK HUSNA.
TELEMOVIE NEGATIVE 1 FOR TMUNIFI SUPPORTING "MOK"
TELEMOVIE ADUL MENCARI CINTA SUPPORTING watak "BULAT".
slama setahun lebih saya dalam industri lakonan ini adalah berlakon di atas bumbung 5 tingkat..time tue memang menguji tahap kemampuan saya.abg hilal kata kalau seorang pelakon kena berani hadapi apa yang mereka lakonkan.alhamdulillah saya lakukan dengan baik walaupun banyak kelemahan saya perlu perbaiki.
TEATER MUZIKA ANDALUSIA WATAK AHLI NUJUM.
FILEM SENGAT SUPPORTING WATAK MANAGER ASASIN 4.
last Filem saya MAMAK CUPCAKE sebagai watak kecil sahaja...mungkin selepas ini akan terus maju dan maju..dalam industri ini saya bermula tanpa mengenal sesiapa sehingga saya mengenali sedikit demi sedikit produser dan crew serta cikgu2 yang banyak membantu....perjalanan saya baru bermula...mungkin 2013 akan menjadi permulaan baru dalam perjalnan carier saya.....yeahhhhh jazli hassan akan sebaris mereka yang hebat suatu hari nanti... :)