persoalan di sebalik Pemahaman KARMA... :)

Saturday, January 7, 2012

memang terdetik untuk mengenali makna sebenar tentang KARMA....bukan sebuah lagu hanya merdu di cipta tanpa penghayatan..oh yeaaah! kadang2 terasa rendah itu lebih baik dari merasakan pemikiran ini cukup dengan ILMU..keistimewaan ini di katanya sama dengan CIKGU...wooooo "DALAM SATU AKUARIUM ,WALAUPUN IKAN ITU SEMUA SAMA JANTINANYA ,TAPI SETIAP PERGERAKAN ADALAH BERBEZA"....inikan manusia tiada yang sama...mungkin kerana terlalu melihat satu lapisan maka tidak di fahami lagi banyak lapisan...adakah anda Yakin anda faham tentan karma..saya tak di latih untuk percaya pada KARMA..cuma saya faham,saya percaya pada QADA dan QADAR..bukan tak mengerti apa itu karma cik ARDELL....pemahaman yang sempurna perlukan rujukan yang mendalam...maka di kaji sepotong ayat di bawah ini....membawa sejuta makna apakah itu karma atau ketentuan yang terhasil dari rukun iman QADA dan QADAR...


"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."
( Al-Furqaan 25:63 )


pemahaman saya tentang KARMA dalam maksud perkataan : "Perkataan karma itu sendiri merupakan satu perkataan dari agama Buddha yang menjelaskan tindakan atau perilaku kita baik dari segi perbuatan, pemikiran mahupun ucapan dengan niat baik atau buruk pasti akan menerima balasannya kelak. "

saya sebagai seorang yang mengenali tentang islam,walaupun tidak setaraf ilmu setinggi ustaz atau ulama,saya hanya percaya dan lebih patut mengerti mengenali tentang QADA QADAR...tuhan mencipta setiap kejadian ada sebabnya untuk belajar,memahami,mentafsir,mengolah untuk ke ARAH YANG POSITIF dan membawa pada kesejahteraaan bersama... Karma ini cuma satu kepercayaan yang terhasil dari ideologi manusia sendiri maka huraiannya akan menjadi pelbagai maksud yang tidak kukuh..

saya tak pernah percaya tentang karma... andaikata seorang perempuan tercipta untuk saya buruk perangainya,buruk rupanya,kurang ilmunya adakah itu karma untuk saya, sebab saya nie suka memainkan hati seorang perempuan...bagaimana kalau saya tercipta sebagai seorang ustaz di jodohkan dengan wanita itu...adakah itu karma saya yang baik di cipta untuk wanita yang tidak baik....ini adalah ketentuan yang telah di tetapkan untuk saya sedaya upaya menggunakan setiap penciptaan untuk memberikan sesuatu yang terbaik...saya bukan bijak pandai untuk berdebat tentang karma tapi ada sebab saya berdiam diri memberikan suatu makna yang tersembunyi kerana takut andainya akan menjadi kepercayaan...


ohhhh ya! memang sejujurnya saya suka mengolah ayat membuat ramai tersenyum dan ada juga yang menangis..bukan untuk memainkan atau di permainkan tapi itulah keistimewaan saya menyusun perkataan untuk menulis setiap perjalanan hidup yang sementara ini....kalau saya hanya mampu mengayat seorang perempuan tapi tak tahu menghargai satu hati yang sungguh lembut dan mendidiknya ke arah yang terbaik itu bukan matlamat....tuhan berikan hidup ada sesuatu makna yang perlu di cari..saya percaya, tuhan ciptakan saya mesti ada kelebihan bukan meratapi setiap kelemahan saya..mencari sesuatu yang tersembunyi lebih baik dari membuat satu penilaian awal......mengenali seseorang bukan memakan masa sehari atau dua hari tapi memerlukan masa yang panjang untuk mengenali siapa orang tersebut... memberikan makna cinta bukan sekadar susunan ayat yang manis dan membuat si gadis terpegun dengan kata2 tapi tafsiran minda dalam mengolah perjalanan dalam usaha memahami,mendalami dan memimpin dia ke arah suatu malamat hidup yang benar dan jujur..


kecantikan awak bukan matlamat sebenar saya...hati awak bukan pengertian yang saya cari..cinta dari awak bukan sesuatu yang saya mahukan.....tapi takdir temukan saya untuk mengenali setiap warna warni dalam kehidupan....saya percaya pada takdir,saya percaya pada QADA dan QADAR....saya tak perlukan ayat2 manis untuk melembutkan hati gadis2 yang ada di muka bumi ini....sejak azali telah tercipta siapa yang terbaik untuk saya...saya juga bukan seorang yang mahu permainkan seseorang yang lemah biarpun atas dari pengakuan kononnya KASAR....sebenar sangat lembut dan mudah menangis di sebalik kecantikannya.....


terima kasih pencipta atas anugerah minda ini.... hanya penulisan sekadar di sebalik yang tersembunyi di minda..:)