Futsall Bersama Rumah Aktor Seniman Batch 1.

Monday, May 30, 2011
semalam adalah yang paling best.bukan sahaja kami berlakon tapi kami juga aktif bermain futsall bersama-sama.inilah ikatan persahabatan yang cikgu Zulhuzaimy telah latih kami.Kami pergi casting pasti akan bersama-sama serta kami akan lepak minum pun sama2.biarpun peringkat umur kami berbeza-beza namun kami tetap mesra..ehehehehehe saya join main futsall sebab nak senaman dan bersukan.Main tue tak ada la power sangat tapi boleh la setakat nak menyepak bola...ehehehhee

Tercipta Untukku. :)

huuuuuuu...this hot posting dari saya jazzel.gempak...!siapakah dia..adakah namanya dania danielle...heheheehe memang saya minat dia tapi tak mungkin saya dapat cinta darinya.pejalanan saya masih jauh bukan esok atau lusa saya mampu miliki hati dia.apa2 pun dia antara salah seorang inspirasi saya untuk saya semangat mara ke hadapan.agak mustahil mungkin saya kena jadi sehebat Aron Aziz dan Adi Putra atau seperti Cikgu saya Zulhuzaimy.

Mencari Suatu kepastian.

Sunday, May 29, 2011
Setiap hari bila saya bangun dari tidur saya selalu bayangkan saya adalah terbaik.tapi saya belum lagi yang terbaik.saya belajar cara untuk menjadi yang terbaik.Saya dahulu sering menjadi bahan sindiran.tak pernah saya tersenyum untuk mendapatkan pujian dari orang di sekeliling.mungkin takdir saya untuk saya belajar bagaimana mengunkan kelebihan yang ada dalam diri saya.heheheh saya juga bukan seorang yang mudah mengaku kalah.Kalau saya nakkan juga saya akan dapatkan..

Himpunan Belia 1 Juta Di Putrajaya

Saturday, May 28, 2011

hye...lenguh2 kaki di buatnya berjalan satu putrajaya.kalau orang x ada stamina agak payah juga nak berjalan mengelilingi setiap acara belia di putrajaya.Yang bestnya jazzel datang betul2 masa Perdana Menteri Malaysia datang merasmikan himpunan belia 1 juta.Ramai sangat2 orang di putrajaya.Parking agak susah kena sabar banyak2.Tapi best dapat lihat

Filem Tun Abdul Razak Arahan Suhaimi Baba.

Friday, May 27, 2011
hye...jazzel baru bangun tidur terus tulis blog...sebab dalam mimpi tadi tgh menulis blog.Penat giler dan letih berada dekat tempat shooting di kampung baru bersama kawan2 lain.Pertama kali tengok persona picture production berkerja.tapi pandangan jazzel la nampak macam agak kelam kabut.kesian talent2 extra kena halau balik.Inilah di katakan permainan dunia seni..Termasuk jazzel la.Jazzel jadi extra sahaja nak melihat,belajar persekitaran pembikinan filem.maklumlah jazzel bukan power sangat dalam acting.masih belajar dan akan terus belajar.

Teater Sidang Gila PETA 2011

Thursday, May 26, 2011
Bertempat di aswara jazzel menambahkan ilmu tentang teater.melihat method yang cuba di sampaikan oleh aktor untuk menambahkan libary diri tentang dunia lakonan.Ramai ingat berlakon senang tapi hakikatnya agak sukar untuk bermain dengan lakonan.perghhhh sangat penat dengan permainan emosi.apa2 pun jazzel ucapkan taniah pada mereka sebab melakonkan semua watak dengan sepenuh emosi.walaupu ada kelemahan di lihat.saya tak layak menilai tapi ini just pandangan.

Cinta Bukan Kepastian Tapi Keikhlasan.

Wednesday, May 25, 2011
tertiba malam yang penuh kesunyian nak terdetik menulis suatu perasaan yang sedang bermain di fikiran.jam sekarang menujuk pukul 3.05 am.Saya telah berjumpa dengan seorang gadis yang agak istimewa tapi agak pelik dan senget sikit..eehehehhehehe anyway dia nie menjadi rebutan ramai.saya hanya melihat dan memerhati dari jauh,sebab saya bukan jenis mengejar cinta tapi saya memberi cinta dengan keikhlasan..dalam acting sedar ruang dan sedar diri.saya tak layak untuk menyanyangi dia sebab saya sendiri pun tak mampu nak sayang diri saya sendiri.

Jazzel Ahli Nujum Teater MuZika Andalusia.

Friday, May 20, 2011
Saya tahu kegemukan bukan penghalang untuk saya mencuba sesuatu yang baru.Cikgu Zulhuzaimy sangat garang bila direct teater.tak di nafikan tapi ini adalah untuk kebaikan.sedaya upaya orang yang tak tahu pasal teater untuk mencuba melaksanakan dan melakonkan tugas dengan watak yang di beri.Agak susah dan agak payah juga untuk mendalami apa yang di rasai.nampak seolah-olah senang tapi hakikatnya agak mencabar.MUZIKA ANDALUSIA bukan sebarang teater muzikal.kami hanya memakan masa 10 hari.untuk mencipta skript,lagu,gerakan tarian serta characterlazation.perghhhhh terseksa jiwa dan raga...