Juara Bintang Mencari Bintang "ACHEY" dan Juara Bintang Lawak Online "jazli hassan".. :)

Tuesday, June 25, 2013

Alhamdulillah taniah buat Achey dan Abg Harun Salim Bachik berjaya mendidik achey sehingga bergelar juara bintang mencari bintang tv3 musim pertama.secara tidak langsung saya telah terlibat dalam persembahan achey untuk mewarnakan lagi persembahan 2 sketsa achey..seronok dan banyak pengalaman baru di timba dan di jadikan bekalan untuk saya terus berjaya dalam industri seni tanah air ini...tak terlintas video saya akan menjadi juara bintang lawak online bintang mencari bintang tv3...video yang saya buat hanya  sekadar suka2 dan tak telintas untuk menang..mungkin ini yang di katakan rezeki...sekaligus dengan kemenangan achey menjadi team abg harun salim bachik menang berganda..


dengan sokongan dan kerjasama erat semua pihak dalam menjayakan persembahan akhir achey..walaupun pada mulanya saya tak dapat memasuki program realiti show ini kerana datang berseorangan..tapi tanpa di duga dapat juga peluang beraksi atas pentas akhir bersama seorang sahabat yang betul-betul berbakat sambil melihat dan menimba pengalaman baru..mudahan sahabat saya achey akan terus melangkah dalam arena seni tanah air ini...abg harun memang seorang yang cool dan style dalam mengajar anak buahnya tentang lawak..



terima kasih wawa zainal kerana awak luck saya hadir...mungkin suatu hari nanti kita akan berkerjasama dalam satu set yang sama...saya memang suka wawa zainal...pengakuan jujur lagi tue...heheheh ini dalah kenagan yang saya tak dapat lupakan mudahan selepas ini ada lagi peluang untuk saya terus berjaya menempatkan nama saya sebaris mereka yang hebat...hilang rindu pentas saya ...teringat zaman2 mula dulu dalam menjinakkan diri dalam dunia teater..




terima kasih semua...apa2 pun achey memang seorang yang humbel dan hebat...seronok berkerja dengan kumpulan xoxo,kumpulan awok dan beberapa makcik yang menyokong persembahan achey...perjalanan masih jauh dan banyak lagi ilmu2 yang perlu kami timba...terima kasih pada mereka yang mendoakan dan berikan sokongan pada saya...sayang u all semua..