Rajalawak 7 : Kumpulan Mamam Tak Shortlisted

Wednesday, March 20, 2013

inilah kumpulan mamam yang tak pandai berlawak tapi tetap tersenyum.Terima kasih pentas RAJALAWAK 7 berikan kami peluang untuk beraksi menujukan bakat kami di sini.Bukan senang nak buat orang ketawa bukan senang nak berlawak.Kami dah cuba yang terbaik namun apakan daya ini semua dah di tetapkan dengan qada dan qadar kami.biarpun saya tak terpilih tapi saya bersyukur dengan apa saya lakukan untuk berjaya dan terus mencari setiap keistimewaan yang tersirat dalam diri ini.



terima kasih pada Amirul kerana nekad dia untuk berjaya dalam industri lakonan ini membuatkan saya ingin turut sama-sama berusaha untuk dapatkan tempat di rajalawak.Bukan rezeki kita mungkin dalah yang lebih baik untuk kita telah di tetapkan namun ini sekadar usaha saya untuk mencari pengalaman baru dan sekaligus saya dapat berjumpa ramai lagi teman2 baru.Berlakon komedi di hadapan kamera bukan menjamin kita adalah pelawak yang mampu berlawak di atas stage.bukan semua pelawak mampu berlakon di hadapan kemera dan membawakan wataknya,





kepada semua perserta yang shortlisted bagi rajalawak 7 teruskan perjuangan anda semua.kami yang memerlukan peluang itu tak dapat dan tak kesampaian kerana masih banyak lagi kekuranga ilmu untuk bergelar sebagai seorang pelawak.nak mencapai menjadi seorang bintang bukan mudah memerlukan kekuatan mental jiwa dan fizikal yang tinggi untuk bergelar seorang bintang.



terima kasih pada rakan yang sempat merakan kami semasa audition Rajalawak 7 hari tue untuk sekadar memori bersama.saksikan semua..