Terima Kasih Pihak Seniman Malaysia Dan Semua Pihak.

Saturday, July 7, 2012
Dari seorang tak mengenali apa2 tentang sesuatu lakonan alhamdulillah sedikit demi sedikit belajar dari praktikal di set shooting serta pengalaman yang di perolehi.Nak menjadi seseorang bukan senang perlukan ketabahan,kecekalan serta usaha yang tidak putus-putus..Terima kasih saya pada Pihak seniman serta abang2,serta teman2 yang berikan saya tunjuk ajar...populariti bukan aset utama saya tapi pencapaian peribadi yang saya mahukan di sebalik mencari yang tersirat di sebalik tersirat..

mungkin Kenangan dulu mengajar saya bagaimana berjalan dalam suatu perjalanan yang sukar.saya semakin minat untuk mendalami mencapai dan merasainya.saya bukan hebat dalam lakonan malah saya pernah di hina "Pelakon tak ada IQ"...ada sahabat mengejek dan merendahkan kemampuan saya mereka kata saya bukan dan tak boleh mampu jadi pelakon gred "A"....eheheheh saya tak mahu semua itu..saya mahu buat ramai tersenyum walaupun akhirnya saya menangis..kalau saya tak berjumpa dengan Rumah Aktor seniman mungkin saya tak kenali apa erti serta mendalami perjalanan seorang pelakon...saya masih banyak kena pelajari dan menimba pengalaman....

Dari sedikit saya mengolah sendiri sedikit demi sedikit.saya tak pandai lagi malah ada beberapa orang mengatakan saya hanya berlakon harapkan fizikal jek dalam kosong.Tak per la saya nak puaskan hati banyak pihak tak mampu saya hanya mahu berlajar andaikata saya di takdirkan hebat pun saya belajar dari semua dari sekeliling yang mengajar saya..Bagi saya setip keistimewaan tuhan berikan pasti ada hikmahnya..

apa saya harap pihak seniman malaysia dapat meneruskan dan menyambung sepertimana RUMAH AKTOR SENIMAN dengan lebih mantap dan tersusun nescaya boleh melahirkan ramai pelakon atau pelaku yang mengenali suatu makna bukan semata-mata mengenali populariti..belajar mendalami dan menghayati serta mengolah yang sedikit menjadi suatu pengertian..


hehehehehe selama berjalan dalam industri ini..macam2 dan pelbagai ragam saya lihat..apa2 pun saya ikhlas untuk belajar dan mencari setiap yang tersembunyi dalam diri saya...terima kasih pada pihak seniman malaysia memberikan saya sedikit ruang untuk mengenali ilmu2 yang tersirat...dan tak terkecuali my sifu yang mana sibuk direct darama2 all the best to zulhuzaimy...saya akan cuba ikut jejak cikgu dengan personaliti diri saya sendiri...mudahan tuhan menbalas jasa2 cikgu yang mengajar dan memberikan tunjuk ajar kepada saya...



sedar tak sedar dah semakin jauh saya berjalan tapi ini masih lagi permulaan banyak lagi kena pelajari..bukan mudah untuk berjalan dalam hutan populariti yang penuh pelbagai rintangan..semakin saya berjalan semakin saya berjumpa ramai orang hebat dengan ilmu serta pengalaman mereka dan tidak kurang hebatnya semakin saya kehadapan semakin banyak rintangan.kepada mereka yang ingin memburukan saya..saya tiada masalah sebab..orang yang memandang kelemahan orang lain adalah org yang akan sesat dengan bayang-bayang mereka sendiri....
saya masih kerdil saya masih banyak kena berlajar....sedar tak sedar banyak sudah saya beraksi.. SUPERMAK tv3,NEGATIVE 1 TM UNIFI,TELEMOVIE ADUL MENCARI CINTA,FRIDAY I'm In love tv9,TELE JANJI JUJUR SEPI Tv9,Filem Oh MAK KAu!,DRAMA HARAPAN,PULAU PANDAN JAUH KER? astro warna,the latest PENGAWAL HATIKU untuk cerekarama Tv3..dengan izin darinya ada lagi 1 drama dan telemovie incoming....semakin banyak berjalan semakin banyak pengalaman di timba.....saya hanya berusaha hanya tuhan mengetahuai apa yang ada di hadapan...terima kasih semua....