Filem Oh Mak Kau! "HUSNA" makan gula2. :)

Tuesday, April 17, 2012
asalamualaikum,terima kasih pada pencipta malam nie ada kelapanagan menulis blog peribadi saya.wowwwwww!banyak suka duka saya berlakon dalam Filem OH MAK KAU!...setiap kepahitan dan suka duka biarlah saya simpan sebagai pengalaman untuk terus mara ke tempat seterusnya..terima kasih Pada director,team2 production yang banyak memberikan tunjuk ajar serta pembelajaran baru tentang ilmu2 yang sangat berharga..

saya memegang watak "husna" seorang pengawal peribadi kepada pak maun di lakonkan oleh abg ABON,husna adalah seorang yang sentiasa bangga dengan kekuatan bosnya dan dalam masa yang sama dia punyai hati yang kecik.character husna adalah seorang yang berbadan besar punyai ciri2 yang lain dari orang kanan yang lain...ehehehehe dia juga harap badan jek besar tapi penakut...dalam cerita ini dia sentiasa ada sebagai pemerhati kepada geng2 yang lain dalam cerita FILEM OH MAK KAU!..

hehehehe banyak lagi yang perlu saya perbaiki...namun saya bersyukur walaupun saya berbadan besar tuhan telah anugerahkan bakat yang saya sendiri tak tahu saya ada bakat tersebut,namun saya nak ucapkan terima kasih pada cikgu2 yang ada di sisi yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan teguran..seronok berkerja dengan team2 crew yang berikan saya sesuatu ilmu yang sangat berharga..
masih segar dalam ingatan bagaimana secene letupan kereta,macam mana nak curi kamera,yang paling best kena marah dengan WAN MAIMUNAH dalam ada satu scene..paling menguji kesabaran berjemur ditengah panas buta sambil payment pun tak dapat..tapi jiwa saya dalam seni sungguh dalam terus habiskan apa yang saya mulakan..saya cuma mencari setiap yang tersembunyi dalam diri saya bukan...pengambaran filem OH MAK KAU! menguji stamina sbenar saya sebagai seorang pelakon...calltime pukul 1 petang habis sehingga pukul 7 pagi ke esokkan harinya...bagaimana muka mengantuk dan keletihan mengekal character yang menguji minda mental sebagai seorang pelakon..nak jadi seorang pelakon bukan mudah kena ada semangat yang kental...



macam2 dugaan saya tempuh untuk melakonkan watak Husna,biarpun bukan sesiapa dan tiada nama lagi tapi saya cuba berikan,dan pernah di rendahkan semasa berada dalam majlis pelancaran hari tue..ini semua bukan halangan atau pematah saya untuk terus maju mencapai kejayaan,biarlah ada suara kecil menghina saya di set tapi saya tetap teruskan langkah..saya hanya berusaha mencapai matlamat diri sambil mengolah lagi bakat yang tersembuyi dalam diri...terima kasih pada mereka2 yang mendoakan dan memberikan saya semangat untuk terus maju ke tahap seterusnya..

andaikata saya berjaya ada kerana berkat doa serta bimbingan semangat yang di berikan oleh kawan2 semua...