MY Next drama Cinta Pandang Ke 2 Slot AURORA tv9... incoming

Friday, October 25, 2013

syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya saya mendapat lagi rezeki untuk terus menapak dalam industri seni tanah air ini.Ramai tanya saya saya berasal dari program realiti ke?sejujurnya saya bermula dari bawah dengan CASTING....bermacam-macam dugaan saya tapi saya tahu setiap yang terjadi tuhan ada sebab memberikan untuk kita berlajar bagaimana menghadapi apa yang mendatang...

terima kasih pada producer ZK production ZAini kosnin dan Production manager abang IS yang memberikan sedikit ruang untuk saya untuk dalam drama Cinta pandang Ke 2 terbitan ZK production untuk slot aurora tv9 yang bakal menemuai anda semua....



dalam drama ini saya melakonkan watak MAzlan kawan dari kecil ZAirul yang di lakonkan oleh dazrin dan beberapa pelakon lain seperti Izara aishah,ridzuan hashim,dian pramlee,erynn dan ramai lagi nama2 hebat..dalam drama ini menceritakan bagaimana kisah2 cinta antara zairul dan ainur  menghadapi suka duka dalam bercinta serta konflik kekeluargaan yang melanda zairul...kisah sedih ainur ketika dia gemuk sehinggalah dia bertukar menjadi seorang yang sangat cantik...nak tahu kisah penuhnya tungg

Drama ini dalam proses pengambaran dan di jangkan di tayangkan pada disember..sebarang perkembangan drama boleh di lihat di fanpage CINTA PANDANG KE 2.  di situ terdapat updated mengenai drama ini yang bakal menemuai anda semua di TV9


abang JET LEE merupakan pengarah drama ini merupakan seorang yang memberikan pelakon-pelakon bermain dan banyak memberikan tunjuk ajar pada para pelakonnya...dia juga antara barisan pengarah yang mempunyai kreativiti dalam menghasilkan drama dan telemovie sebelum ini...enjoy beb berkerja dengannya...




semua tenaga produksi sangat best dan ada antaranya pernah saya berkerja seperti abag aim dan krewnya..saya pernah terlibat dengan mereka dalam telemovie CINTA ADUL yang telah keudara di RTM baru-baru ini...terima kasih juga pada pembaca novel cinta pandang ke 2 yang banyak memberikan rumusan tentang siapa watak MAZLAN ini...nescaya memudahkan saya menterjemahkannya dalam bentuk visual.







ini adalah drama seterusnya untuk saya terus berjalan mengejar dan mengolah setiap keistimewaan yang tuhan beri dalam jasad ini yang masih banyak lagi untuk di keluarkan.terima kasih kerana membaca blog saya ini...mudahan drama ini akan mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton TV9...terima kasih :)