bila blogger menjadi pelakon...

Wednesday, December 18, 2013

yeahh kembali menulis blog setelah lama meninggalkan blogku yang berhabuk nie...ada seseorang telah menayakan adakah gambar di atas gambar saya berlakon..yeahh memang saya melakonkan watak SHAUKI dalam telemovie haron ron ron...ramai cakap kenapa saya lain dari yang lain dalam tv...memang lain sebab saya berlakon...kalau siapa kenal saya yang sebenar saya bukan macam tue...sebelum terlibat dalam dunia lakonan saya memang saya suka menulis blog...tapi tak femes macam blogger2 lain hehehe...

CINTA PANDANG KE 2 TV9.. JAZLI HASSAN kawan baik DAZRIN.

Monday, November 18, 2013

Alhamdulillah sepanjang pejalanan saya dalam industri seni lakon ini....Drama CINTA PANDANG ke 2 menjadi drama seterusnya bagi saya untuk di jadikan profil dalam kerjaya saya..ada tanya awak nie blogger yer?...yupz saya jawab lah blogger yang suka menulis tetang kisah hidup sendiri...kali nie saya telah di senaraikan bersama-sama berlakon dengan pelakon yang hebat dan ada nama..mungkin ramai lagi tak kenal siapa JAZLI HASSAN....boleh search googel..malu lak nak angkat bakul sendiri...saya bermula dari bawah bukan datang dari mana2 program populariti.

MY Next drama Cinta Pandang Ke 2 Slot AURORA tv9... incoming

Friday, October 25, 2013

syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya saya mendapat lagi rezeki untuk terus menapak dalam industri seni tanah air ini.Ramai tanya saya saya berasal dari program realiti ke?sejujurnya saya bermula dari bawah dengan CASTING....bermacam-macam dugaan saya tapi saya tahu setiap yang terjadi tuhan ada sebab memberikan untuk kita berlajar bagaimana menghadapi apa yang mendatang...

Pelakon tak tahu malu..pelakon di ibarat sampah..

Monday, September 30, 2013


hye ramai nak jadi seorang pelakon..pelakon nie tak tahu malu..pelakon ini juga di ibarat sampah...ramai ingat mudah dan nak cepat popular dan tak lepas juga ada yang buat kontreversi untuk mendaki dengan mudah menjadi seorang pelakon yang di kenali ramai..sejujurnya bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon..bukan mudah untuk menjadi orang yang di perhatikan dan lebih senang di ibaratkan seorang manusia sedang berbogel di khalayak ramai.Bukan semua pelakon malaysia punyai ciri2 kualiti sebagai seorang pelakon yang terbaik.

Projek Metro mencuba lagi Jazli hassan untuk Projek M ..

Tuesday, September 17, 2013

hye semua pencarian projek metro yeahhhhhh saya dah pergi alhamdulillah sampai ke next stage...tapi saya tak pasti mampu untuk ke stage seterusnya atau tidak kerana mereka yang pergi hebat2 dan yang terbaik..siapalah saya dengan tiada rupanya...tapi mungkin keajaiban akan berlaku..dengan berkat usaha harap akan ada suatu sinar bagi saya untuk terus maju dalam industri seni tanah air ini..

Telemovie "Bunga-Bunga Jodoh" TV9 ....my next project..

Tuesday, September 3, 2013

huhhhh!malam nie sempat juga menulis blog tentang sesuatu perjalnan seni saya yang penuh suka dan duka..terima kasih pada produser yang pernah mengambil saya berlakon dalam Pulau Pandan jauh ke untuk telemovie "bunga-bunga Jodoh" arahan AZMI HATTA yang bakal menemuai anda 23 september 2013 di Tv9..kali ini saya di minta bermain character Abg madi jiran kepada hero iaitu di bintangi AIMAN RIDZA HAKIM (mentor) dan Fatiya..

Juara Bintang Mencari Bintang "ACHEY" dan Juara Bintang Lawak Online "jazli hassan".. :)

Tuesday, June 25, 2013

Alhamdulillah taniah buat Achey dan Abg Harun Salim Bachik berjaya mendidik achey sehingga bergelar juara bintang mencari bintang tv3 musim pertama.secara tidak langsung saya telah terlibat dalam persembahan achey untuk mewarnakan lagi persembahan 2 sketsa achey..seronok dan banyak pengalaman baru di timba dan di jadikan bekalan untuk saya terus berjaya dalam industri seni tanah air ini...tak terlintas video saya akan menjadi juara bintang lawak online bintang mencari bintang tv3...video yang saya buat hanya  sekadar suka2 dan tak telintas untuk menang..mungkin ini yang di katakan rezeki...sekaligus dengan kemenangan achey menjadi team abg harun salim bachik menang berganda..

Drama SAHABAT temukan saya dengan Sara Ali Oooooh sara ali... :)

Tuesday, June 18, 2013

lama tak updated blog..alhamdulillah sedikit demi sedikit mendaki tangga dalam kerjaya seni ini bukan mudah..takkkan jemu untuk mencari setiap yang tersirat dalam diri manusia yang bergelar GEMOKMAN...yeah! terima kasih pada team drama "sahabat" yang berikan sedikit ruang untuk mencari secebis pengalaman berlakon dengan manusia2 hebat ini dan punyai pemikiran lain dari yang lain..mula2 sampai lokasi drama sahabat nie tak kenal siapakan gadis cantik ini...rupanya inilah sara ali..memang cantik dan punyai character yang tersendiri..memang seseorang yang berbakat agak nervous gak beraksi dengan adik kecik nie...aura dia lain dari yang lain...lebih kurang masa beraksi mula2 masa drama supermak TV3..sempat juga bertweeter dengan dia...heehehehehe 

AWEK NO PHONE PLZZ!..tersenarai bintang lawak online bintang mencari bintang tv3..

Thursday, June 13, 2013

hye semua blogger dan semua yang online pakai internet mohon jasa baik anda mengundi video pendek saya yang durasi kurang 2 minit tersenarai dalam top 10 video lawak bintang mencari bintang tv3...pihak Tv3 call saya untuk dapatkan tiket VIP..terima kasih tak sangka video yang hanya di buat dalam masa sehari terpilih...

pada asalnya video ini adalah assingment yang di suruh oleh seorang director untuk melihat saya buat lain dari yang lain...dia mahu saya buat sesuatu dengan silent acting saya mencuba lakukanya dan video yang di hantar dalam peraduan lawak online bintang mencari bintang ini saya terapkan bukan sekadar lawak tapi ada yang tersirat di sebalik element dalam menghasilkan video yang menghiburkan...video ini adalah percubaan saya dalam mencari landasan dan kekuatan dalam suatu lawak yang bijak..


cara mengundi:

just klik LINK INI. 

just klik sehingga 20 undian.....teruskan menyokong saya kerana mungkin ini boleh di jadikan titik sejarah dalam kerjaya saya dalam industri seni ini..


FILEM OH MAK KAU! HUSNA makan Gula2 org tegur.

Sunday, June 2, 2013

alhamdulillah syuknur sekali lagi pada tuhan mungkin ini bukan hebat tapi dari catatan pe ribadi saya bersyukur ramai menegur saya mana gula2?filem oh mak kau! mungkin ini pengalaman untuk di jadikan bekalan dalan kerjaya saya untuk ke level seterusnya.saya tak punyai rupa yang hendsome tapi saya percaya setiap ciptaan tuhan ada keistimewaannya...saya menunggu satu lagi filem MAMAK CUP CAKE! bersama2 faizal ismail,shazzy sam dan ramai lagi.

Pelapis Pelakon Berbadan Besar.artikel OHMEDIA!

Tuesday, May 28, 2013

lama tak menulis sebarang perkhabaran..sekarang masih menunggu lagi untuk menghabiskan sisa2 scene dalam DRAMA SUPERLICIOUS SOFEA.saya tak akan putus asa untuk terus berdiri.walaupun pelbagai-bagai halangan saya tempuh tapi saya tetap terus berjalan.kegagalan lepas menjadikan saya hingga ke hari ini.walaupun nama saya masih kerdil dalam arena industri lakonan..terima kasih pada pihak2 yang sudi menbantu dan memberikan sokongan dari jauh dan dekat..

GEMPAR!!! Gwiyomi Versi GEMOKMAN..

Friday, April 26, 2013

GWIYOMI,GWIYOMI,GWIYOMI.seorang lelaki comel yang bernama GEMOKMAN kini kembali mengegarkan lagi VLOG..semua artis korea semua muka jambu-jambu ini made in malaysia makan burger banyak jadi si comel yang nakal membuat video GWIYOMI mewakili malaysia tanpa segan dan malu.Bukan nak mencari populariti tapi sekadar hiburan di kala bosan duduk dalam bilik ini menanti hari shooting menjelang MAY nie..jangan lupa 16 MAY 2013 GEMOKMAN akan beraksi dalam di pawagam anda..sama2 kita nantikan....layan video saya yang terbaru...


Bintang Mencari Bintang Tv3 bakal melahirkan bintang..siapakah?

Wednesday, April 24, 2013


Bintang mencari bintang Tv3 kini menghampiri puncak.taniah pihak tv3 berusaha melahirkan pelapis-pelapis pelawak yang semakin versetalite bukan berlawak kosong tapi punyai isi untuk di persembahkan.semua perserta hebat-hebat dan separuh dari mereka peserta-peserta yang ada pengalaman.mula-mula ada juga pergi ujibakat tapi mungkin tak ada rezeki untuk ke tahap seterusnya.Apa-apa pun saya kagum dengan semangat peserta yang tabah hatinya dan sedaya upaya untuk bersaing mendapatkan yang terbaik.Boleh katakan saya melihat setiap perkembangan mereka dari mula konsert dan rasanya sekarang masuk ke konsert yang semakin hangat dan bukan masa untuk main-main lagi kerana markah mereka menetukan siapa yang layak untuk bersaing peringkat akhir.

Instagram pelakon gemuk malaysia.

Saturday, April 20, 2013

Instagram kini sudah merebak dalam jiwaku.terima kasih pada follower yang semakin meningkat dari 0 hingga 200 org sekarang yeahh.online instagram pun pakai laptop jek.senang nak simpan banyak2 gambar.instagram nie kalau di gunakan secara betul boleh mebawa sesuatu yang positif pada diri si pengguna kalau tidak bijak akan menjadi bencana yang ke arah negative.kepada semua blogger dan yang mengenali saya pendatang baru dalam industri lakonan dengan rasminya telah membuka laman sosial baru saya iaitu instagram..semua follow yer.

Sahabat Astro Gempak..terima kasih semua pengundi

Monday, April 15, 2013
asalamualaikum dan salam sejahtera terima kasih semua pada yang mengundi saya untuk Sahabat Astro gempak yang memberikan sokongan pada saya yang tidak putus memberikan undian terbaik untuk Sahabat di asto gempak.saya bersyukur dan permulaan terbaik bagi saya selaku pelakon baru dalam industri seni malaysia.Mudahan ini menjadi platform untuk saya terus maju setanding mereka yang hebat dalam dunia lakonan ini.Terima kasih pada pihak ASTRO malaysia dan Suhan Movie.

Diet dan kurus:10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA.

Thursday, April 11, 2013

Ramai rakyat malaysia kini Obesiti.Tercari-cari Cara Nak kuruskan badan.Macam mana nak diet Seimbang.macam mana nak Langsingkan badan.Menjelmalah produk-produk meguruskan berlambak di pasaran.Reseipi diet menjadi famous sana sini.Instagram rakyat Malaysia ramai upload Gambar makanan.Bila kena penyakit mula mencari penawar kencing manis,penawar darah tinggi dan macam-macam lagi.Di sini ada 10 makanan paling mengemukan di malaysia.

temuai saya di astro ceria "telemovie jeffri dan karina di rumah besar" By Filmscape Sdn Bhd

Wednesday, April 10, 2013

Astro ceria "jeffri dan karina di Rumah besar" akan ke udara menemuai anda semua pada 14hb april 2013 pada jam 11.30 pagi..antara character yang berlainan lakonan saya.mungkin kali ini agak menakutkan kanak-kanak tapi akhirnya pada babak last sekali ada pemohonan maaf dari badut yang tak berapa berani sangat.terima kasih ini telah menjadi sebahagian daripada diari suka duka saya untuk mencapai kejayaan dalam industri lakonan ini.saya harap sokongan dari teman-teman dan pembaca blog saya akan menjadikan saya seseorang suatu hari nanti sebaris dengan mereka yang hebat.

Royalti Pelakon Malaysia dan Malaysia Screen Actor Guild Berhad (MSAG)

Tuesday, April 2, 2013

Royalti pelakon Malaysia dan penubuhan MSAG Malaysia Screen Actor Guild Berhad adalah suatu khabar berita yang mengembirakan saya selaku pelakon baru dalam industri seni ini.Jadi pelakon bukan senang ramai ingat jadi pelakon jek kaya atau popular tapi pada zahirnya banyak kesusahan yang perlu di fikirkan.Yang banyak makan keuntungan adalah golongan producer dan setesen tv swasta.Terima kasih pihak seniman malaysia di mana dengan seniman malaysialah saya bermula mengenali sebagai seorang pelakon.Abang Zed zaidi dah macam abang atau senior yang berjuang untuk kebajikan para artis.

TELEMOVIE BARU SI GEMUK Di ASTRO CERIA 31 HB MARCH 2013.

Wednesday, March 27, 2013

Sedang asyik dengan RAJALAWAK 7 di astro warna, Binitang Mencari Bintang Tv3..semua audition saya cuba.Akhirnya Badut ganas yang comel akan menemuai anda di Astro ceria 31 March 2013 pukul 11.Drama pertama saya bersama Astro ialah "Pulau Pandan Jauh ke!" untuk astro warna , drama "tiara" untuk astro Prima,Telemovie Harun Ron Ron untuk Astro Prima, dan akhir sekali Telemovie "jerfri dan karina di rumah besar" untuk astro ceria..Drirector yang pernah saya berkerja dalam Supermak tv3.terima kasih anand prem pilai memberikan saya peluang sekali lagi melakonkan watak lain dari yang lain..

Rajalawak 7 : Kumpulan Mamam Tak Shortlisted

Wednesday, March 20, 2013

inilah kumpulan mamam yang tak pandai berlawak tapi tetap tersenyum.Terima kasih pentas RAJALAWAK 7 berikan kami peluang untuk beraksi menujukan bakat kami di sini.Bukan senang nak buat orang ketawa bukan senang nak berlawak.Kami dah cuba yang terbaik namun apakan daya ini semua dah di tetapkan dengan qada dan qadar kami.biarpun saya tak terpilih tapi saya bersyukur dengan apa saya lakukan untuk berjaya dan terus mencari setiap keistimewaan yang tersirat dalam diri ini.

Bintang Mencari Bintang tv3 : Jazli bersama Harun Salim Bachik


Bintang Mencari Bintang Tv3 all the best buat cikgu yang pernah mengajar saya Harun Salim Bachik.saya sentiasa menyokong semua kawan-kawan saya antaranya protege kepada abg harun salim bachik Achey dan kumpulan xoxo (hazwan dan chot)..best2 mereka semua hebat2 bukan mudah untuk berlawak atas stage..walaupun saya seorang pelakon komedi di hadapan kamera tapi saya belum cukup pandai dan layak lagi untuk berdiri seperti mereka...secara automatik saya dapat belajar apa yang saya tak dapat lakukan..

Bintang Mencari Bintang Tv3 Reunion Rajalawak.

Sunday, March 17, 2013
 

Dulu sinaran Pasport kegemilangan,Rajalawak sekarang bintang mencari bintang.Dulu pelawak di letakkan golongan ketiga tapi sekarang pelawak di anggap golongan sama hebat dengan selebriti yang lain.Bintang mencari bintang merupakan salah satu program realiti yang baru tumbuh bagai cendawan tapi apakah industri seni malaysia berada dalam tahap landasan yang betul...

JOKER Malaysia Mengamuk On Astro Ceria MArch Ini."JEFFRI DAN KARINA DI RUMAH BESAR"

Wednesday, February 27, 2013

Yeahhhhh JOKER Oh JOKeR kejam gila nak makan budak Jeffri dan Karina akan ke udara di astro nanti...pelakon kanak2 yang sangat berbakat akan menghiburkan anda semua di Astro ceria tak lama lagi pada MARCH ini terbitan Filmscape Sdn bhd dan di arahkan oleh director PREM ANAND PILAI director yang pernah mengarahkan putera syazlan suatu ketika dahulu.

Joker Malaysia Dalam Telemovie Jeffri Dan Karina Di Rumah Besar for Astro Ceria

Tuesday, February 19, 2013

"woiiiiii abis sanwich aku kau jatuhkan" itulah dialog si Clown yang ganas suka kacau budak2 dalam telemovie JEFRI DAN KARINA DI RUMAH BESAR....akhirnya watak yang saya suka dan minat dapat juga.hehehehehe ingat jadi badut baik tapi kena jadi badut yang ganas suka sakat orang sana sini..ini adalah telemovie terbaru lakonan saya di dalam ASTRO ceria...terima kasih Pada Production FILMSCAPE SDN BHD memanggil saya untuk melakonkan watak ini..susah nak buat pertama kena sabar di makeup kan tebal untuk menjadi badut....putih kena makeup..hehehehehe

FILEM OH MAK KAU! 16 MAY 2013 nie tayangan...


Filem Oh mak Kau!antara filem pertama lakonan saya dalam industri lakonan ini..alhamdulillah saya bersyukur walaupun saya tak begitu famaous lagi terima kasih pada Nurul Ain Noordin memberikan saya sedikit peluang merasai pengalaman beraksi dalam arena Filem sekali gus menambahkan lagi skop pencapaian saya dalam dunia lakonan.Filem ini adalah filem aksi komedi yang memapar semua aspek kekeluargaan,percintaan,komedi dan semuanya..hero utama adalah kumpulan Sepah 2,Dalam filem ini saya memegang watak HUSNA...nama macam kelakar tapi dia adalah pengiring utama PAK MAUN yang di lakonkan oleh ABON (kumpulan OSBON).

pemenang ABPBH 2012 ...

Sunday, February 17, 2013
 ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2012 siapakah pemenangnya.,,kadang termimpi nak sampai ke tahap ini tapi jauh lagi insyallah suatu hari nanti pasti akan ke sana...apa2 pun usaha akan di teruskan untuk mencapai ke tahap itu..kalau lah ada rezeki saya pergi ke tahap ini...sayalah merupakan pelakon lelaki pertama yang berbadan gemuk tersenarai dengan mereka2 yang kacak lagi hendsome..perghhhh...

Drama Shara Astro Prima (provokasi pada pemahaman islam)

Wednesday, January 30, 2013

Drama shara Astro Prima.ini drama islam mana ada peluk..siap cakap ilove u lagi..memang mencabar sensitiviti org islam betul..ada hikmah dulu saya di tolak oleh Production manager..mula2 kata terima siap dah deal harga lagi..inilah balasan producer yang mementingkan keuntungan semata-mata..reason stesen Tv astro tak nak...saya tak ada masalah tuhan berikan saya rezeki lain...mula2 masa casting takut juga saya sebab melakonkan watak2 yang islamik nie...yerlah itu merupakan tangungjawab besar...time tue saya casting bawakan watak seorang genius dan lurus bendul....ada ke creative director suruh saya hyper aktif meloncat2 macam org tak betul..ini islamik.

tip untuk komunikasi dgn wanita:

Monday, January 28, 2013

Wanita ibarat sutera yangcantik harus di jaga di belai dan di peliharan kacantikan sutera itu nescaya nampak mahalnya dari kain-kain lain yang di tenun.lembutnya wanita dan sucinya wanita kerana terciptanya mereka dari tulang rusuk kira nabi adam.wanita juga ibarat permata yang besinar di sebalik kaca yang berselerakkan..cukup2 sampai di situ kita bermadah puisi tentang wanita...terbaca tadi saya di page facebook Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah..

bagaimana nak jadi seorang pelakon?

Tuesday, January 15, 2013

bagaimana nak jadi seorang pelakon?....soalan yang saya dapat dari pertanyaan media social...jawapan saya senang kena ada minat..bukan mudah dan bukan senang seperti kita menonton shaizy sam,bront palare berlakon dan arron aziz berlakon.nampak macam senang dan mudah...yang penting sekali kesabaran...dan minat yang sangat mendalam..kena tahu bawa diri dalam industri seni yang penuh warna warni nie..

UNDI Untuk Drama "SAHABAt" at ASTRO GEMPAK

Friday, January 4, 2013
asalamualaikum/salam sejahtera buat semua para blogger...yeah mungkin pertolongan dari anda semua vote saya dapat beraksi untuk berlakon dalam DRAMA "SAHABAT" terbitan SUHAN MOVIE untuk Astro tak lama lagi...mungkin ini dapat menjadikan satu lagi platform untuk saya terus maju dalam industri lakonan selaku orang baru..



 Undilah Video kegemaran anda sekarang! Tempoh undian dari 02 Januari 2013 hingga 20 Januari 2013. Anda hanya boleh mengundi sekali sehari untuk setiap video kegemaran anda. Lihat video-video terkini dan undilah video kegemaran anda setiap kali anda kembali melawat laman web SAHABAT.

 cara nak mengundi senang. masuk di link ini... (website astro gempak) http://www.astrogempak.com.my/sahabat/Undian.aspx?movideo_m=258477&auth=true


cari nama MUHAMMAD JAZLI dan klik Vote.

Telemovie Haron Ron Ron bersama YUSOFF KELANA.. "SHAUKI"

Thursday, January 3, 2013
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi akhirnya menulis juga saya setelah sibuk menguruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran...Setelah hampir 2 minggu tak berlakon akhirnya Director yang sangat garang dan tegas memberikan peluang untuk saya berkerja dalam salah satu telemovie arahan dan terbitan productionnya YKS production.Telemovie ini bertajuk HARON RON RON..dalam banyak2 job lakonan ini paling mencabar semua aspek mental dan kesabaran.Kalau tak nak di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai...macam tue juga lah kalau nak berlakon dengan Yusoff kelana kalau tak tahan nak kena marah jangan rasa nak berlakon drama arahannya.sampai menitis air mata tue...bukan dekat set bila dah balik rumah.