Pelakon tak tahu malu..pelakon di ibarat sampah..

Monday, September 30, 2013


hye ramai nak jadi seorang pelakon..pelakon nie tak tahu malu..pelakon ini juga di ibarat sampah...ramai ingat mudah dan nak cepat popular dan tak lepas juga ada yang buat kontreversi untuk mendaki dengan mudah menjadi seorang pelakon yang di kenali ramai..sejujurnya bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon..bukan mudah untuk menjadi orang yang di perhatikan dan lebih senang di ibaratkan seorang manusia sedang berbogel di khalayak ramai.Bukan semua pelakon malaysia punyai ciri2 kualiti sebagai seorang pelakon yang terbaik.

sejujurnya industri lakonan malaysia tak seperti industri lakonan di hollywood.di bollywood..sini banyak politik dan kualiti tak di jaga....ada seorang pelakon melakonkan watak yang sama dalam setiap drama...ada yang di minta berlakon atas sebab pemintaan setesen tv..ada juga kerana peminat yang ramai..sebab tue industri lakonan malaysia tidak setanding thailand,korea dan indonesia....tak tahu apa jadi kalau tiada perubahan dan kawalan tertentu untuk pihak2 yang bertangung jawab..



ramai gelakkan sinetron malaysia tak best....tapi semua pelakonnya yang berlakon di malaysia di bayar dalam USD dolar...pelakon malaysia di anak tirikan di bumi sendiri...kalau tiada nama asal boleh RM150 sehari dari pagi sampai malam...macam2 persatuan wujud..macam kata2 janji di lafazkan...last2 satu apa pun tak jalan...Korea bukan sekadar rupa tapi lakonan mereka mantap dalam melakonkan watak2 yang di berikan walaupun kebanyakkan pelakon korea tak banyak mengunakan method yang dalam tapi mereka mempunyai method mereka sendiri....sebab tue kita tengok semua artis baik yang menyanyi dan berlakon pasti akan meletop...bakat dan rupa setanding bukan rupa melebihi bakat..

penulisan ini bukan kerana menangih simpati tapi pengalaman mengajar dan menceritakan segalanya....bermula dari bawah nampak semua permainan industri seni tanah air..tak hairan lah nama top yang pernah main peringkat Hollywood kecewa dengan industri malaysia dan merajuk..sebab ini telah berlaku dari dulu..

Artis2 singapore indonesia dia agungkan..di bayar mengalahkan artis malaysia...kepada mereka yang berhajat nak jadi seorang pelakon lupakan hasrat nak bermain dalan industri ini..kalau nak terus hidup pastikan anda semua cukup bekalan...kebanyakan pelakon yang bermasalah tak tahu konsep...."nak berlakon jangan pemalu tapi pelakon kena ada sifat malu" sebab tue kita dapat lihat gambar2 yang kurang enak di naikan di media sosial dan akhir sekali banyak berkata "semuanya saya serahkan pada tuhan"...sebelum buat sesuatu tak pernah fikir mana buruk dan baiknya..

Selagi nama tidak terukir di atas sana anda pasti akan di layan sebagai sampah...ramai pelakon yang telah lama dalam bidang ini pun ada di layan macam sampah tapi bila pelakon luar datang ramai tatang ibarat minyak yang tengah penuh...siap promote sana sini...lambakan realiti Tv yg tumbuh macam cendawan selepas hujan pun menyebabkan ketidak seimbangan dalam industri seni malaysia...kebanyakkan mereka mempunyai attitude out ada rasa diri DIVa sebab stesen Tv sayang...dan hal ini meyusahkan orang2 yang berkerja dalam industri..

Harap pihak2 tertentu dapat mainkan peranan sebelum industi seni dan lakonan malaysia ibarat pusat pembuangan sampah...banyak job tapi hanya orang kenali sekadar setahun dua...biar kita lahirkan yang kualiti seperti Allahyarham Tansri P Ramli....huhhhhh cukup sampai disini..banyak lagi nak tulis tapi sekarang dah pagi nak tidur...terima kasih kerana membaca.