Kenapa Saya Suka Menjadi Pelakon?

Monday, February 20, 2012
wowwwwww....tajuk nak gempak tapi ini adalah penulisan pada kejujuran...saya nak jadi popular?...saya nak terhegeh2 nak jadi artis?...saya dah gila bayang?..anyway semua soalan tadi bukan jawapan mengapa dan kenapa?...sebenarnya saya hanya mengikut jalan yang di takdirkan bukan saya suka2 nak menjadi seorang pelakon atau nak jadi macam pelakon2 yang hebat yang lain...sebenarnya sebelum begelar seoarang pelakon saya telah terlibat dalam kerjaya Perniagaan,penjualan Insuran,internet marketing,penjual nasi lemak tepi jalan,penjual tempoyak dari office ke office dan pernah menjadi engineer WIMAX...dan saya telah terpilih menjadi USAHAWAN PROSPER PEMODALAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD....dalam diri manusia ada suatu pencapaian atau sebab yang perlu kita cari untuk jadi seorang manusia..

semua ini saya belajar dari hinaan yang luar biasa..bukan mudah untuk jadi seorang manusia yang istimewa macam saya...bagaimana saya menangis setiapkali saya gagal,tiap kali saya di maki di hina dengan kelemahan fizikal saya....sehingga ayah saya memberikan saya kata2 semangat "BURUK MANA ANAK ABAH,ABAH TAHU ENGKAU YANG TERBAIK SEMPURNA SEMUANYA"....itu kata2 yang membuatkan saya ingin mencari keistimewaan itu...semua tanya saya macam mana nak jadi seorang pelakon?..sebenarnya jadi seorang pelakon bukan semudah poluar di kaca TV....pelakon adalah suatu aspek yang menguji siapa kita bagaimana kita kawal setiap tingkah laku kita di hadapan komuniti besar...

seorang pelakon yang terbaik akan berfikir lebih ke hadapan dari manusia biasa?pemikiran itu yang saya mahukan untuk mencari setiap yang tersirat di sebalik tersurat penciptaan saya...biarlah mereka yang berkenaan hina saya dahulu sebab saya tahu rahsia setiap kejayaan adalah usaha...bukan sekadar berkata-kata...saya sentiasa menganggap diri saya perlukan ilmu saya suka di gelar sebagai seorang pelajar..pelakon itu bukan sesuatu yang kita anggap terlalu senang....saya bermula dengan kosong bermula dengan dendam apabila saya di tolak secara bulat2 atas fizikal saya untuk suatu jawatan agak style dalam salah satu syarikat multi nasional...saya nekad saya pilih kesusahan dulu,saya pilih hinaan dulu..sampai mak saya cakap "KAU JADI PELAKON BUKAN KAYA PUN?"...MAK saya sendiri tak kasi saya beraksi untuk filem pertama saya FILEM MAEL LAMBONG.....dan mak saya juga pernah halang saya untuk berkerja di DUBAI sebagai juruteknik rangkaian komputer di sana.....

hehehehehe saya percaya ini semua adalah qada dan qadar..saya berjalan dengan penuh kesungguhan dan cuba mencari setiap yang tersirat....ramai memandang saya sebelah mata...it's okey saya dah belajar bagaimana dan di mana ?...untuk menjadi seorang manusia yang berjaya perlu hadapi komuniti manusia yang penuh negative..

saya menjadi pelakon nak level upgrade diri saya secara peribadi...dari segi confident level,pemikiran,penyampaian,cara menggunakan seluruh tubuh untuk bentuk suatu nilai yang boleh menjadi suatu perniagaan....suatu ucapan atau lakonan yang boleh di gunakan untuk kehidupan...saya bukan seorang yang gilakan populariti...saya bukan manusia yang sentiasa anggap diri saya hebat...saya suka anggap diri saya seorang pelajar..semua pengalaman LIVE MHI TV3,TEATER,LIVE MELODI VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA,LIVE MENTOR3 dan macam2 lagi...saya nak gunakan pengalaman ini untuk menambah baik setiap kelemahan diri saya...kalau nak menjadi seorang yang tahu suatu makna kena tahu menulis dan membaca setiap makna2 yang penuh erti...

lakonan juga mengingatkan saya pada setiap kisah2 silam saya untuk membakar semangat sedekit demi sedikit kehadapan..kan lakonan ada memori RECALL sistem...eheehhehe...sebenarnya sangat seronok bila kita menyelami diri kita sendiri..jangan nak kejar sangat populariti...saya tahu populariti akan kejar saya...dan saya semakin rasainya..motif utama saya adalah untuk bangun dari setiap kelemahan dan perbaiki lagi setiap yang ada dalam diri ini..
terima kasih sahabat2 yang menyokong dan kritik hebat saya..sesungguhnya tekanan dan dugaan menjadi saya mengenali suatu makna yang orang lain susah untuk mengetahuainya..mungkin sekarang saya di bawah saya telan setiap apa yang saya rasa...saya tahu mungkin ada sebab tuhan berikan jalan saya sebagai pelakon mungkin di hadapan ini kita tak tahu apa yang telah di tetapkan untuk kita...terima kasih dunia lakonan...kerana saya dapat belajar ilmu2 hebat dari cikgu2 yang banyak pengalaman...terima kasih 3 seniman malaysia PAK RAHMAN B ,DATO JIN SHAMSUDIN,DATO AZIZ SATAR....kerana nasihat dan kata2 semangat masih tergiang2 dalam telinga...insyallah mungkin apa yang 3 seniman ini jangkakan pada saya akan jadi kenyataan...hanya masa,takdir akan menentukan...biarkan mereka2 pandang rendah siapa saya..janji saya tahu apa yang saya cari.. :) terima kasih pada semua yang membaca blog saya.. :)