Cinta Bukan Kepastian Tapi Keikhlasan.

Wednesday, May 25, 2011
tertiba malam yang penuh kesunyian nak terdetik menulis suatu perasaan yang sedang bermain di fikiran.jam sekarang menujuk pukul 3.05 am.Saya telah berjumpa dengan seorang gadis yang agak istimewa tapi agak pelik dan senget sikit..eehehehhehehe anyway dia nie menjadi rebutan ramai.saya hanya melihat dan memerhati dari jauh,sebab saya bukan jenis mengejar cinta tapi saya memberi cinta dengan keikhlasan..dalam acting sedar ruang dan sedar diri.saya tak layak untuk menyanyangi dia sebab saya sendiri pun tak mampu nak sayang diri saya sendiri.

Susah juga nak jadi perempuan.perlukan kasih sayang dan di hargai.saya kesian mendengar penceritaan dan kisah hati dia.sebab tue saya katakan dia terlalu istimewa.Ramai menyalahkan dia tapi saya tahu kenapa dia buat begitu.apa saya boleh buat hanya dapat memberikan bantuan kata2 semangat dan nasihat yang berguna.Saya tak mampu untuk berikan cinta sekuat kekasihnya.dia juga tahu saya sukakan dia...jeng2...opssssss saya bukan perampas sebab saya faham apa makna cinta.

mungkin takdir tuhan temukan saya dengan dia..saya hanya gunakan peluang dan kesempatan ini sebagai hamba Allah yang ikhlas memberikan kasih sayang sebagai seorang sahabat.untuk lebih dari sahabat agak sukar kerana saya tak merasakan diri saya layak untuk mencintai dia.sebab dia mencintai orang lain.saya tak rasa kecewa pun sebab selama ini saya banyak belajar dan dah lali dengan kecewa nie...bila hati kita ikhlas membantu dan menyanyangi seseorang tanpa paksa hati kita akan sentiasa tenang..sebab jodoh pertemuan di tangan tuhan.

bagi saya dia tak cantik mana pun.tapi dia ada keistimewaan yang buat saya tertarik.saya selesa bersama dia..ehehehehhehe tanpa melibatkan sebarang perasaan.terima kasih pada dia kerana mempercayai saya untuk mencerita semua masalah yang dia alami.mudahan segalanya baik2 bagi dia.saya bukan mengejar cinta tapi saya belajar dari apa yang dia alami..baru saya tahu mengapa dan kenapa?....

nasihat saya pada kaum lelaki yang terdesak mencari cinta..faham betul2 apa makna cinta?..cinta bukan boleh di beli dengan apa yang kita miliki..tapi cinta adalah persefahaman,keyakinan,kepercayaan serta tolenransi yang membuat kedua pihak rasa bahagia dan selesa.bukan suatu tekanan dari sebelah pihak.jangan ingat org yang kita cintai adalah jodoh kekal untuk kita kerana segala ketentuan adalah dari pencipta.

walaupun saya nie bukan orang istimewa dalam hati dia..tapi saya rasa gembira dan puas.hanya satu malam saya dapat bersama insan yang istimewa bukan milik saya..terima kasih pada dia.maafkan saya andaikata setiap kata2 saya agak kasar nasihatnya...saya nasihat adalah dasar keikhlasan tanpa melihat mana2 pihak terluka...saya tak berhak memiliki cintanya sebab ada org yang lebih layak untuk cintanya....


"SAYA DI TAKDIRKAN UNTUK DIA ITU JANJI SAYA PADA DIA....."....

TERIMA KASIH PADA DIA :)