Futsall Bersama Rumah Aktor Seniman Batch 1.

Monday, May 30, 2011
semalam adalah yang paling best.bukan sahaja kami berlakon tapi kami juga aktif bermain futsall bersama-sama.inilah ikatan persahabatan yang cikgu Zulhuzaimy telah latih kami.Kami pergi casting pasti akan bersama-sama serta kami akan lepak minum pun sama2.biarpun peringkat umur kami berbeza-beza namun kami tetap mesra..ehehehehehe saya join main futsall sebab nak senaman dan bersukan.Main tue tak ada la power sangat tapi boleh la setakat nak menyepak bola...ehehehhee

Tercipta Untukku. :)

huuuuuuu...this hot posting dari saya jazzel.gempak...!siapakah dia..adakah namanya dania danielle...heheheehe memang saya minat dia tapi tak mungkin saya dapat cinta darinya.pejalanan saya masih jauh bukan esok atau lusa saya mampu miliki hati dia.apa2 pun dia antara salah seorang inspirasi saya untuk saya semangat mara ke hadapan.agak mustahil mungkin saya kena jadi sehebat Aron Aziz dan Adi Putra atau seperti Cikgu saya Zulhuzaimy.

Mencari Suatu kepastian.

Sunday, May 29, 2011
Setiap hari bila saya bangun dari tidur saya selalu bayangkan saya adalah terbaik.tapi saya belum lagi yang terbaik.saya belajar cara untuk menjadi yang terbaik.Saya dahulu sering menjadi bahan sindiran.tak pernah saya tersenyum untuk mendapatkan pujian dari orang di sekeliling.mungkin takdir saya untuk saya belajar bagaimana mengunkan kelebihan yang ada dalam diri saya.heheheh saya juga bukan seorang yang mudah mengaku kalah.Kalau saya nakkan juga saya akan dapatkan..

Himpunan Belia 1 Juta Di Putrajaya

Saturday, May 28, 2011

hye...lenguh2 kaki di buatnya berjalan satu putrajaya.kalau orang x ada stamina agak payah juga nak berjalan mengelilingi setiap acara belia di putrajaya.Yang bestnya jazzel datang betul2 masa Perdana Menteri Malaysia datang merasmikan himpunan belia 1 juta.Ramai sangat2 orang di putrajaya.Parking agak susah kena sabar banyak2.Tapi best dapat lihat

Filem Tun Abdul Razak Arahan Suhaimi Baba.

Friday, May 27, 2011
hye...jazzel baru bangun tidur terus tulis blog...sebab dalam mimpi tadi tgh menulis blog.Penat giler dan letih berada dekat tempat shooting di kampung baru bersama kawan2 lain.Pertama kali tengok persona picture production berkerja.tapi pandangan jazzel la nampak macam agak kelam kabut.kesian talent2 extra kena halau balik.Inilah di katakan permainan dunia seni..Termasuk jazzel la.Jazzel jadi extra sahaja nak melihat,belajar persekitaran pembikinan filem.maklumlah jazzel bukan power sangat dalam acting.masih belajar dan akan terus belajar.

Teater Sidang Gila PETA 2011

Thursday, May 26, 2011
Bertempat di aswara jazzel menambahkan ilmu tentang teater.melihat method yang cuba di sampaikan oleh aktor untuk menambahkan libary diri tentang dunia lakonan.Ramai ingat berlakon senang tapi hakikatnya agak sukar untuk bermain dengan lakonan.perghhhh sangat penat dengan permainan emosi.apa2 pun jazzel ucapkan taniah pada mereka sebab melakonkan semua watak dengan sepenuh emosi.walaupu ada kelemahan di lihat.saya tak layak menilai tapi ini just pandangan.

Cinta Bukan Kepastian Tapi Keikhlasan.

Wednesday, May 25, 2011
tertiba malam yang penuh kesunyian nak terdetik menulis suatu perasaan yang sedang bermain di fikiran.jam sekarang menujuk pukul 3.05 am.Saya telah berjumpa dengan seorang gadis yang agak istimewa tapi agak pelik dan senget sikit..eehehehhehehe anyway dia nie menjadi rebutan ramai.saya hanya melihat dan memerhati dari jauh,sebab saya bukan jenis mengejar cinta tapi saya memberi cinta dengan keikhlasan..dalam acting sedar ruang dan sedar diri.saya tak layak untuk menyanyangi dia sebab saya sendiri pun tak mampu nak sayang diri saya sendiri.

Jazzel Ahli Nujum Teater MuZika Andalusia.

Friday, May 20, 2011
Saya tahu kegemukan bukan penghalang untuk saya mencuba sesuatu yang baru.Cikgu Zulhuzaimy sangat garang bila direct teater.tak di nafikan tapi ini adalah untuk kebaikan.sedaya upaya orang yang tak tahu pasal teater untuk mencuba melaksanakan dan melakonkan tugas dengan watak yang di beri.Agak susah dan agak payah juga untuk mendalami apa yang di rasai.nampak seolah-olah senang tapi hakikatnya agak mencabar.MUZIKA ANDALUSIA bukan sebarang teater muzikal.kami hanya memakan masa 10 hari.untuk mencipta skript,lagu,gerakan tarian serta characterlazation.perghhhhh terseksa jiwa dan raga...

Jazzel Pelajar Rumah Aktor Seniman 1

Thursday, May 19, 2011
Terima kasih RUMAH AKTOR SENIMAN..mula2 masa nak casting masuk rumah aktor seniman nie saya main redah jek.Yerlah dalam pemikiran manalah ada orang nak ambil berlakon org gemuk nie.bukan senang nak berlakon nanti diorg suruh bersilat habis.hehehehe macam2 andaian sebelum join rumah aktor seniman.bayangkan masa mula2 sampai finas tertiba semua kawan2 yang datang macam pelakon2 jek...perghhhhh dalam hati gempak diorg nie...mula2 nak masuk finas jek blur2 tertiba pak guard kata tak ada apa2 pasal rumah aktor dalam nie..sampai masuk office finas main facebook dengan staff dia lagi...hampeh ingat diri ini tertipu.

Jazzel Dan Kedai Mamak..

ermmmm!sampai sekarang dengan dahulu tabiat saya suka lepak mamak atau maple.Dulu suka melantak roti canai 2 keping banjir kuah dal sambal.takpun Roti telur potong2 banjir kuah dal sambal..saya tak suka kari mamak sebab tak sedap..tapi kalau saya gila nak makan saya suka makan roti sardin campur kuah dal sambal...air paling suka milo ais,teh ais kaw2 tak pun teh O ais limau

Jazzel Bukan Sekadar Penulis Blog.


Tertiba nak tulis sesuatu yang terbuku dalam otak yang penuh idea ini.Saya sebenarnya suka menulis apa yang tersirat dalam hati dan yang bermain dalam fikiran kerana ia adalah kebenaran dan kejujuran dalam penulisan.Ramai sekarang sekadar menulis tapi tak tahu makna dan maksud yang tersirat.sebab tue banyak lambakan karya yang tak terjual.dalam erti kata dalam dunia lakonan orang selalu sebut "klaisyer"..saya tak kata saya penulis tapi saya ada sepupu saya seorang penulis..

Siapa Inspirasi Jazzel?

Wednesday, May 18, 2011

Saya hanya manusia biasa.saya belajar dari sejarah untuk menjadikan sesuatu reality menjadi kenyataan.tapi di sebalik usaha saya.saya jadikan segala kisah2 lalu sebagai pembakar saya untuk terus maju.ramai orang tanya saya apa yang membuat saya berubah.ramai kagum dengan semangat saya tapi saya sahaja yang tahu apa penderitaan kesakitan serta kelukaan yang terlalu dalam saya laluai.Saya pernah menangis depan ayah saya kerana seorang perempuan.Saya pernah marahkan penciptaan saya di dunia ini.saya pernah minta supaya di cabutkan nyawa awal...sebab saya benci dengan diri saya dulu.

Jazzel dan GYM.


Dahulu jazzel gi training di True fitness gym paling mahal dan gempak.Siap ada trainer,time tue masa arena bussines tgh menaik...last2 sekali ada musibah menimpa habis semuanya hilang sekelip mata.mungkin tuhan nak berikan jazzel supaya bersyukur dengan apa yang ada.tapi Gi gym sebenarnya best..kita dapat luahkan apa yang kita rasa dalam jiwa dengan senaman..punca nak gi GYM pun sebab di kecewakan oleh oleh teman wanita yang sangat saya sayang.

Jazzel & Pengacara MHI Tv3.

Tuesday, May 17, 2011
JAZLI BERSAMA KAK WARDINA.


Terima kasih banyak Pada TV3 kerana telah memberikan peluang pada saya untuk merasai pengalaman on air serta berjumpa secara rapat dengan pengacara2 rancangan MHI TV3.walaupun pertama kali saya menjejak kaki di sana di studio B.tapi pengalaman itu tidak akan saya lupakan sampai bila2.saya belajar sesuatu dari pengalaman yang saya dapat.bukan semata-mata nak masuk TV3 tapi sokongan dari semua orang menyebabkan saya semakin bersemangat untuk terus mencapai matlamat saya menguruskan badan dan membuang lemak2 degil ..

Terima Kasih Cikgu Zulhuzaimy :)

Saya ucapkan terima kasih pada CIKGU ZULHUZAIMY serta Pengerusi SENIMAN MALAYSIA EN HARUN SALIM BACHIK yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam seni lakon.saya tak pernah telibat secara langsung depan kamera atau sebarang pengambaran drama tv dan filem apa yang saya pernah harungi ialah LIVE MHI TV3.Saya rasa setiap ilmu yang cikgu ajar menyebabkan saya semakin naik ke satu tahap lagi sebelum nie..

Kenapa Aku Ingin Kurus?


Hehehe banyak orang nak tahu kenapa saya ingin Kurus?..sebenarnya bukan saya tak bersyukur dengan apa saya miliki tapi saya ingin seperti mereka semua.Bukan Mudah untuk berada dalam kelompok berbadan besar ini atau dalam bahasa melayu org GEMUK...saya percaya ramai orang2 gemuk di malaysia pasti akan merasa seperti yang saya rasakan sekarang ni..ada suka,ada duka,ada hinaan,ada pujian dan ada juga yang sangat menyakitkan..

Who ME?

Monday, May 16, 2011
Hye!nama saya Muhammad Jazli,Boleh panggil saya JAZZEL @tau JAZLI.Tiada yang istimewa pada saya cuma saya suka mencuba,merasai serta menyatakan bertapa setiap kepayahan dalam hidup ini.Nampak macam best tapi kepayahannya hanya saya sahaja rasainya..."MELIHAT TAK SEMIUDAH MERASAI"