Bintang Mencari Bintang Tv3 bakal melahirkan bintang..siapakah?

Wednesday, April 24, 2013


Bintang mencari bintang Tv3 kini menghampiri puncak.taniah pihak tv3 berusaha melahirkan pelapis-pelapis pelawak yang semakin versetalite bukan berlawak kosong tapi punyai isi untuk di persembahkan.semua perserta hebat-hebat dan separuh dari mereka peserta-peserta yang ada pengalaman.mula-mula ada juga pergi ujibakat tapi mungkin tak ada rezeki untuk ke tahap seterusnya.Apa-apa pun saya kagum dengan semangat peserta yang tabah hatinya dan sedaya upaya untuk bersaing mendapatkan yang terbaik.Boleh katakan saya melihat setiap perkembangan mereka dari mula konsert dan rasanya sekarang masuk ke konsert yang semakin hangat dan bukan masa untuk main-main lagi kerana markah mereka menetukan siapa yang layak untuk bersaing peringkat akhir.


masing2 sifu ada strategi masing2 dan ini pertandingan bukan show pemestasan taeter yang panjang perlukan penyatuan semua aspek persembahan.Anyway nampak beberapa permainan sifu yang bijak mengunakan anak2 murid masing-masing untuk membuat suatu keistimewaan yang dapat memberikan sinar persembahan sekaligus dapat menarik penonton untuk mengundi mereka.Taniah semua perserta yang cuba berikan persembahan yang warna warni.


selaku orang yang bergiat dalam industri ini.saya kagum dengan setiap naskah hasil penulisan sabri yunus.memang betul kata juri ini adalah sifu yang punyai pemikir yang hebat.dan beliau juga antara penulis skript bagi pelawak hebat malaysia.kalau betul caranya anak2 murid sabri yunus boleh menyinar luar daripada biasa.sebab setaip naskahnya bukan ayat2 biasa tapi ayat2 yang perlukan olahan bahasa tubuh dan penghayatan yang tinggi untuk sampaikan naskah yang cuba di berikan..sifu yang cuba buat kelainan..kalau di berikan naskah ini pada mereka yang mampu pasti ia akan jadi lawak yang lain dari lain...


abg afdlin shauki juga boleh dikatakan seorang pemikir yang cuba membuat setiap persembahan cerita yang bersambung-sambung membuatkan penonton yang melihat persembahan akan sentiasa mengikuti perkembangan setiap anak muridnya dalam masa yang sama dia sedang membentuk suatu follower untuk anak muridnya.seperti boboy lakukan..taniah cerita yang cantik bukan berapa ramai org gelak yang cuba di nilai tapi persembahan serta isi yang mereka olah untuk menjadi komedi.mungkin pengalaman abg afdlin di olah menjadi cerita yang menarik.starategi yang di tonjolkan abg shauki memang sesuai di gunakan untuk persembahan...hebat dan saya banyak memerhati dan melihat setiap yang di sampaikan untuk rujukan saya masa hadapan..


yeahhh abg harun salim bachik..taniah achey anda merupakan yang berbakat besar dan punyai kebijaksanaan yang luar biasa.saya kagum sebab anda bergerak solo.sebanrnya abg harun banyak ilmu dan pangalaman di dalam dirinya.kebanyakan di cuba berikan kebebasan dan cuba untuk memberikan tunjuk ajar yang betul.seorang mentor yang rilek dan saya pasti ada sesuatu yang masih tersembunyi yang akan di sampaikan oleh abang harun salim bachik..ini merupakan bekas cikgu saya dalam lakonan dan pernah berlakon sekali dalam satu set yang sama..nampak macam rilek bersahaja tapi saya pasti dia tahu apa yang dia lakukan..yeahhh xoxo pun hebat..


ini sifu paling sempoi..sampat beborak dengan dia masa opening konsert bintang mencari bintang tv3.eheehehehe taniah dah ada 2 orang anak murid yang hebat tinggal nak gilap dan berikan tunjuk ajar.lawak banyak tapi okeylah nak putus juga urat perut tengok masa persembahan dengan murid-muridnya..mungkin aura sifu faizal kuat sangat.kalau tak mana mungkin dia mampu buat panggilan hangit pada semua org...asal usul faizal ismail pun dari landasan yang sama..cuma caranya yang sempoi main langgar jek...yeahhh pernah sekali berlakon dengan abg faizal ismail dan shaizey sam dalam filem mamak cup cake akan datang di pawagam tak lama lagi...yeahhh

apa-apa pun saya tahu setiap peserta semua hebat dan ada keistimewaan luar biasa di mata mentor masing-masing.terima kasih dengan menonton satiap persembahan anda semua banyak benda saya berlajar untuk kegunaan saya kelak.warna-warni yang di persembahkan membolehkan saya melihat dan memberikan yang terbaik..bintang baru bakal lahir pada setiap sahabat saya yang bertanding setiap mereka ada harapan yang tinggi dan saya tahu mereka semua punyai matlamat masing2...insyallah setiap usaha pasti akan ada hasilnya..all the best. :)