FILEM OH MAK KAU! 16 MAY 2013 nie tayangan...

Tuesday, February 19, 2013

Filem Oh mak Kau!antara filem pertama lakonan saya dalam industri lakonan ini..alhamdulillah saya bersyukur walaupun saya tak begitu famaous lagi terima kasih pada Nurul Ain Noordin memberikan saya sedikit peluang merasai pengalaman beraksi dalam arena Filem sekali gus menambahkan lagi skop pencapaian saya dalam dunia lakonan.Filem ini adalah filem aksi komedi yang memapar semua aspek kekeluargaan,percintaan,komedi dan semuanya..hero utama adalah kumpulan Sepah 2,Dalam filem ini saya memegang watak HUSNA...nama macam kelakar tapi dia adalah pengiring utama PAK MAUN yang di lakonkan oleh ABON (kumpulan OSBON).

saya berharap selepas ini akan makin banyak tawaran berlakon filem untuk saya.Saya bermula dari bawah dengan pergi casting dan tiada siapa pun datang membantu saya.Walaupun saya merupakan Pelajar Rumah Aktor Seniman tapi pihak seniman melepaskan saya bergerak sendiri dan merasakan kepayahan dan kesusah menjadi anak seni.Ramai ingat saya dari RAJALAWAK..saya tiada keluar dari mana2 program realiti.




mencabar dan pelbagai dugaan saya tempuh untuk menjayakan pencapaian saya dalam filem ini.Ini kisah saya bukan senang kalau nak menjadi seorang pelakon..lagi saya tak kacak,hendsome tapi saya yakin dengan apa yang tuhan anugerahkan pada saya..semua pelakon yang terlibat dalam pengambaran ini semuanya sporting dan seronok berkerja walaupun adalah sedikit masalah tapi itu semua di jadikan sebagai panduan untuk berjalan ke tahap seterusnya.




dengan berkat doa anda semua serta usaha saya mudahan suatu hari nanti saya akan lebih menyerlah dan setaraf mereka2 yang hebat.saya nak jadi mereka yang mampu hiburkan ramai orang tanpa merasakan takut untuk mencuba.





terima kasih semua...mudahan nama JAZLI HASSAN akan semakin meningkat naik...KURANGKAN KONTREVERSI BERDIRI ATAS BAKAT SENDIRI