JAZLI HASSAN DAN ARWAH BOB KUMAN Dua Orang yang berbeza.

Wednesday, November 28, 2012
 Lama sudah tak menulis blog....alhamdulillah kali ini terdetik ingin menulis entry terbaru blog saya.Teringat bila set pengambaran semua ingat saya adik kepada Arwah BOB KUMAN.saya hanya tersenyum..semua pembaca blog harap sedekahkan AL-fatihah kepada arwah bob kuman yang merupakan senior yang sangat hebat dan punyai ciri-ciri tersendiri dalam menghiburkan ramai orang.masa saya kanak-kanak lagi diorang dan beraksi di dalam industri seni.tersa masih kerdil saya untuk setanding dengan arwah bob kuman.banyak benda lagi saya kena belajar dan terus belajar.saya hanya mahu jadi diri saya sendiri iaitu jazli hassan.saya hanya menyambung atau sebagai pelapis2 kepada senior yang telah pergi dan ada juga yang telah bersara.bukan mudah nak menjadi seperti bintang yang sentiasa di ingati bukan senang nak mencapainya banyak liku-liku serta halangan yang perlu di hadapi.



sebenarnya saya dan arwah abg kuman tiada apa2 petalian darah hanya saudara sesama islam,mungkin faktor fizikal kami yang membuatkan ada persamaan.mengikut penceritaan rakan2 krew yang pernah kerja dengan arwah abg kuman dia seorang yang tinggi.saya pendek dan gemuk..alhamdulillah buat masa ini tuhan berikan saya kesihatan yang masih sihat,tapi saya akan ubah juga diri saya selepas saya selesai sebab jadi gemuk nie macam berat jek.....hehehehehhe

terima kasih pada mereka yang ingat saya nie adik kepada Arwah abg kuman.banyak ingat saya adik kepadanya...saya tak nak menumpang populariti arwah abg kuman..dia adalah seorang otai dalam industri nie.saya masih baru dan banyak lagi saya kena belajar..saya bermula berlakon pada supermak TV3 julai 2011..baru cukup setahun saya dalam industri ini..alhamdulillah banyak peluang2 saya dapat dan tanpa sedar saya menaiki satu tahap ke tahap seterusnya...macam2 cabaran saya jumpa yang mematangkan saya...


terima kasih pada semua kawan2 dan peminat yang menyokong dan berikan saya sokongan dari belakang..tak lupa juga ABANG KUMIN yang banyak berikan tunjuk ajar tentang setiap ilmu2 serta share pengalaman dia dalam industri ini.terima kasih semua producer serta pengarah2 yang mengajar saya dari 0 sehingga belajar dan terus belajar...saya tak kisah kalau tak popular tapi saya mahu buat ramai tersenyum walaupun saya menangis....


Arwah abang kuman Dan ABG KUMIN merupakan antara orang atau otai2 yang saya jadikan rujukan pembelajaran saya untuk terus maju.saya bersyukur kerana saya di temukan dengan semua orang hebat...semoga ROH ABANG KUMAN di tempatkan antra orang yang soleh.....AL-FATIHAH..

saya cuba yang terbaik selaku generasi baru :)