Saya Suka Awak sebab saya Dah mula sayangkan awak.. :)

Thursday, February 16, 2012
blog oh blog.inilah tempat saya menulis tentang sesuatu yang saya rasa..sesuatu yang kadang2 saya tak faham.sesuatu yang tersirat, saya hanya berjalan mengikut arus perjalanan takdir..mungkin ini suatu kisah atau suatu pembelajaran baru untuk saya ke tahap seterusnya untuk menjadi seoarang manusia yang berjaya dalam kehidupan...siapa sangka perasaan itu akan datang biarpun macam tak percaya...ini semua kuasa sang pencipta dalam mencipta perasaan itu...saya hanya berserah andaikata dia adalah yang tercipta untuk saya..saya terima seadanya...sekiranya dia merupakan suatu ujian untuk saya harap tuhan berikan saya kekuatan untuk menempuhnya...

pertama kali saya melihat mata dia ,saya ternampak suatu keegoaan di sebalik kelembutan.hanya dia sahaja mampu menarik saya untuk mengenali siapa dia?..Karma atau QADA dan QADAR tapi saya percaya ini adalah QADA dan QADAR saya bertemu dengan dia..sebenarnya saya masih merasa sedikit takut dengan apa yang saya laluai sebelum ini..setiap kali saya melihat dia ada sesuatu yang perlu saya lindungi...tak tahu kenapa saya nak mengenali lebih dekat siapa dia...hehehehhe saya suka melihat semua tetang dia...semangat dia,telatah dia,penceritaan dia dan kadang2 saya trauma dengan ada satu sifatnya yang tak suka angkat PHONE..ibarat saya kehilangan coverage dalam hutan...dia kata memang cara dia macam tue..

bermula di suatu set pengambaran siapa sangka suatu perasaan akan timbul...niat hati nak menafikan sesuatu persamaan saya dengan seseorang tue jek niat asal...saya tak suka disamakan dengan yang lain.bergaduh sehingga timbul segala penceritaan tentang karma..eheheheheheh nak tergelak bila kita kenangkan saat itu...macam budak2 kecik plak....start dari tue warghhhhhh dia datang kacau dalam mimpi dan kadang2 tengah berborak dengan kawan2 keluar nama dia....saya tertiba rasa blurrrrr macam komputer kena virus...ahhhh!sudah...!

adalah suatu ketika tengah ON FB nampak plak status FB dia tengah sakit...automatik hati saya risau n susah hati plak...sampai search dekat googel map jalan nak ke hospital yang dia masuk..ishhhhh!takut pun ada..adakah ini suatu perasaan??????....saya teruskan berjalan mengikut apa yang di tentukan....janji saya nak tengok keadaan dia ok jek...sampai2 hospital semua nurse tak kenal nama dia..tapi just INGAT NAMA WAD yang dia tulis dalam status FB..satu katil ke satu katil cari..terima kasih pada seorang kawan yang membantu....terdiam sekejap bila tengok keaadan dia....serius!nak nangis...tapi kena kawal macho...perghhh!hati tanya kenapa dia mesti sakit macam nie?.....sedih hati nie beb...rasa macam kekasih sendiri sakit..tak snggup tengok air mata dia...sayu tengok mak dia menjaga dia...sebenarnya dia ni sangat lembut..harap pada dia pasnie jangan masuk hospital lagi...saya tak sanggup tengok awak sakit lagi...ada suatu rasa yang saya tak mampu nak terangkan dengan kata2.. :)

saya suka dengan semangat dia nak berusaha...saya kagum dengan apa yang dia cuba capai...saya akan sentiasa doakan awak berjaya....awak marah awak takkan kawan saya kalau saya jadi popular nanti....saya cuba nak kasitahu awak tapi tak ada kesempatan....kalau saya di takdirkan menjadi seoarang yang popular suatu hari nanti saya akan pastikan awak sentiasa ada di sisi saya...saya nak awak ada sepanjang saya susah atau senang...dan saya akan sentiasa ada untuk awak taakala awak susah atau senang...saya akan pastikan....sebab setiap kegembiraan awak dan kebahagian awak adalah keutamaan saya sekarang nie....ehehehehhehehe :)

perjalanan saya masih jauh....saya kena terus berusaha untuk mencapai masa depan...terima kasih pada pencipta kerana engkau telah mencipta satu muka surat kisah baru dalam kehidupan manusia bernama muhammad jazli..awak mungkin saya tak hendsome tapi hati saya hendsome dan comel....waaaa!kalau saya tulis kisah tentang dia sampai esok takkan habis....cukup saya beritahu rasa itu saya rasai....saya suka tengok telatah dia...heheehehe...kadang2 saya suka bakar line dia....nak tengok semangat dia...kalau saya di beri peluang berada dalam hati awak,saya akan cuba jaga awak baik2....kalau tak ada ruang pun mungkin saya boleh jadi kawan yang buat awak senyum selalu.... :)